Ahad, 16 Jun 2013

Melayu Bersatu Menggorak Langkah...





Mudah mudahan terjalin la kerjasama yang lebih erat, mesra dan ikhlas diantara kedua kerajaan baik di pusat mahupun di pihak kerajaan negeri Kelantan. Apapun duduk la semeja dulu, berbincang la dengan hati terbuka dengan sejuk kepala.

Nawaitunya mudah...demi Allah bagi agama, bangsa dan negara..! cukup!

Perpecahan melayu hanya menyebabkan umat Islam didalam negara lemah, umat lemah membuatkan cacing naik ke mata..! kadok naik junjung..! Malah orang boleh ceroboh dan bunuh anggota keselamatan kita..! cukup la..!!!

Masa politik matang perlu digerakkan dikalangan bangsa dan umat..! Berhenti la dengan gaya politik binatang yang dibawa hingga menyebabkan negara huru hara. Orang tak pernah tidur dan tak pernah alpa...teropong mereka tetap menyala nyala..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Panas, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini menyatakan persediaan menjadi orang tengah untuk menjalinkan kerjasama di antara kerajaan pusat dan kerajaan Kelantan. 

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mahukan jalinan kerjasama yang lebih erat di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu diberi perhatian serius. 
"Ucapan Tuanku perlu diambil berat oleh kerajaan pusat. Kerjasama ini (juga) kehendak akar umbi dan kita (pusat) memang ada hasrat untuk tingkat kerjasama (dengan Kelantan). 


"Kita juga perlu kerjasama kerajaan negeri untuk laksanakan beberapa projek yang dinyatakan Tuanku," katanya selepas Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Negeri (DUN) Kelantan Ke-13 di Kota Darul Naim di sini, hari ini. 

Sultan Muhammad V semasa bertitah merasmikan istiadat pembukaan penggal pertama DUN Kelantan itu menyarankan supaya kerajaan Kelantan dan kerajaan Persekutuan mewujudkan kerjasama dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi kemudahan rakyat Kelantan. 

Baginda bertitah antara kerjasama itu adalah pembinaan jalan Central Spine Road', laluan menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai serta kemudahan bekalan air bersih, selain beberapa projek yang membabitkan pengambilan tanah seluas 8,800 hektar oleh kerajaan Persekutuan di negeri itu. 

Semalam, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kerajaan PAS Kelantan tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan pembinaan Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai. 
Bagaimanapun, Mohd Amar berkata, ia bergantung kepada keadaan semasa dan kerajaan negeri kini sedang memperincikan kaedah terbaik bagi merealisasikan projek berkenaan. - BERNAMA

1 ulasan:

  1. DULU LAGI SEPATUTNYA BN DAH BANGUN KAN KELANTAN,..
    DI SELANGOR , PENANG , JOHOR MAJU AKHIRNYA KE PEMBANGKANG JUGA.
    MALAY MUST UNITED

    BalasPadam