Ahad, 15 Disember 2013

Barisan Baru PAS Kedah ~ Mahfoz Beri Signal Nak Bersara..!!!


Mahfoz nampaknya sudah semakin tersepit..! lidahnya yang bercabang selama ini sudah semakin terbelit..! penolakan PAS Kedah keatas dirinya sudah seakan tidak dapat dibendung lagi. Ia  menyebabkan Mampoz terpaksa merombak struktur PAS Kedah bagi menjaga hati serta menyediakan barisan pelapis bagi mengambil tampuk apabila tiba masanya mampoz mengundur dan mengendur kan diri..!

Tau tak per..!

Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah sementara Dato’ Dr. Ismail Salleh dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi adalah muka baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3.
Ketika mengumumkan senarai kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar selaku Pesuruhjaya memberitahu, lantikan dibuat adalah dengan mengambil kira bakal pemimpin akan datang yang perlu dipersiapkan dari awal.
Bekas Presiden Kulim Hi-Tech Park, Muhd Sobri Osman dilantik sebagai Bendahari dan Che Had Dhali sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri.
Mereka berdua juga ialah muka baru dalam Dewan Harian.
 Ustaz Musodak Ahmad dan  Muhammad Sanusi Md Noor dikekalkan sebagai Setiausaha dan Ketua Penerangan.
Mahfuz turut mengumumkan tujuh ahli jawatankuasa tambahan yang terdiri dari Dato’ Abu Kasim Lebai Abdullah, Senator Dato’ Mohd Yusof Husain, Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman, Ustaz Ahmad Yahya, Ustaz Ahmad Izat Shauki, Taufek Baharom (peguam) dan Siti Rasazah Razak (peguam).
Sebanyak 23 lajnah/jabatan diwujudkan di bawah Badan Perhubungan PAS Kedah bagi melaksanakan semua aktiviti parti
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan