Selasa, 10 Disember 2013

DAP dan Biadap Seiring..!


Biadap dan DAP bukan jauh pun..! kelahiran parti rasis komunis ni pun berteraskan sikap biadap dan kurang ajar kepada ketuanan Melayu dan kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan…!

Apa nak heran..!

Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang melabelnya "racist grandmother" atau nenek rasis sebagai biadab dan tidak sopan.
Beliau yang sangat kecewa dengan label itu mahu Ketua Menteri memohon maaf dengan serta-merta dalam persidangan DUN.
"Lim tidak sepatutnya merendah kaum wanita dan perkataan itu tidak seharusnya keluar dari mulut seorang Ketua Menteri.
"Itu adalah satu penghinaan kepada semua wanita di dunia ini dan saya mahu Lim memohon maaf," katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Dalam laporan akhbar pada Selasa, Lim telah melabel Jahara sebagai seorang nenek rasis kerana membawa isu perobohan gerai-gerai makanan tidak berlesen yang didakwa dilaksanakan secara tidak adil dalam persidangan DUN, Isnin.
Sementara itu, Jahara berkata kerajaan negeri pimpinan DAP telah bersikap "berat sebelah" dengan perbezaan layanan dalam meroboh gerai-gerai makanan tanpa lesen di negeri ini.
Katanya, terdapat empat restoran "makanan laut" yang besar telah beroperasi di tanah milik kerajaan negeri di Jalan Bagan Ajam yang berada tepi pantai namun tiada tindakan perobohan dilakukan.
"Restoran seafood berkenaan dibina dengan konkrit tetapi hanya diberi kompaun setahun sekali sebaliknya seorang makcik yang berniaga di depan rumahnya di Persiaran Gurney, gerainya telah diroboh tanpa diberi sebarang notis minggu lepas," katanya.
Beliau berkata keempat-empat restoran makan laut itu dibina di satu bangunan kekal tetapi mereka hanya dikenakan kompaun.
"Ini satu tindakan yang tidak telus dan kurang adil dan saya berharap Lim dapat memberikan penjelasan yang munasabah," katanya. - BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan