Selasa, 31 Disember 2013

Perusuh Bersiap Sedia…!


Nampaknya pelbagai senjata termasuk bom telah dijumpai oleh pihak Polis. Baca di PolisDirajaMalaysia. Mengikut berita dari rakan rakan dilapangan juga melihat bahawa seakan pertempuran tidak dapat dielakkan seperti yang ditulis oleh sahabat theunspinners.disini.

Apapun diharap dan dirayu kepada para ibu bapa agar dapat menjaga dan mengawal anak anak anda..! Jangan biarkan anak anda pulang dengan membawa berita sedih dimalam tahun baru ini. Anda mampu mengubahnya…!

Shah Alam: Seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan di lampu isyarat Taman Permai, Ampang selepas polis menemui satu objek dipercayai bahan letupan di dalam bag sandangnya kira-kira jam 10.30 malam pada Ahad lalu.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata bom berkenaan dipercayai akan diletupkan pada malam sambutan tahun baru.
Yang ramai berdemo Melayu..! yang bawa bom..Melayu..! jadi kalau yang bakal mati kena bom pun nanti..Melayu..! 

Ada cadangan dari sahabat penulis di kayangdailypost.disini yang boleh kita fikir fikirkan…

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan