Rabu, 4 Jun 2014

Cadbury ~ Baca, Nilai & Fahamkan..!


Setelah itu anda tentukan tindakan yang boleh  anda dan keluarga lakukan..! Kita tahu bahawa musuh Islam tidak akan sunyi dari melakukan kerosakan keatas kita umat Islam. Namun kita juga perlu berlaku adil dalam menanganinya.

Kita perlu bijaksana dalam mendepani pelbagai isu yang menyerang kita..! Jangan sampai kita sendiri dilihat menghina diri dan agama kita..!

Baca kupasan justread-disini dan baca juga tulisan Saudara Norden Mohamed di Sinar Harian dibawah ini…

APABILA Menteri di JPM, Datuk Jamil Khir Baharum mengumumkan penemuan JAKIM bahawa tiada DNA babi ditemui di dalam coklat Cadbury, ada pihak yang bertanya pula bagaimana dengan penemuan DNA seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini? Hendak percaya kepada JAKIM atau Kementerian Kesihatan?

Kita boleh makan coklat Cadbury kembali jika menerima keputusan JAKIM. Sebaliknya boleh terus tidak memakannya bila berpegang kepada keputusan Kementerian Kesihatan. Ia adalah keputusan peribadi.

Tiada sesiapa boleh menghalang. Tiada sesiapa juga boleh memaksa kita menerima mana-mana keputusan.

Jikalau kita mahu tunggu dan lihat, itu pun terpulang pada diri masing-masing. Betapa pun, jika kita berada di luar negara, baharulah kita sedar dan bersyukur akan betapa prihatinnya pihak pemerintah hingga menjaga halal atau haram apa yang kita makan.

Saya teringat tatkala saya menghadiri Frankfurt Book Fair beberapa tahun yang lalu. Saya menginap di sebuah hotel yang kecil di pinggir bandaraya itu. 

Saya bingkas dari tidur pada keesokan hari setelah tercium bau harum roti yang baru dimasak. Bila saya mengintai ke jendela, baru saya sedar bilik saya betul-betul berada bertentangan dengan dapur hotel.

Perut saya tiba-tiba lapar dan saya turun ke kafe. Niat hati hendak mencapai pelbagai jenis roti yang ada. Namun, saya tersentap seketika bila pelbagai bentuk roti yang tampak segar itu diletak bersebelahan dengan sosej dan ham!

Tekak saya terasa kembang dan saya hanya minum air mineral pada pagi itu. Mujur terdapat sebuah kedai Pakistan yang menjual nasi berhampiran dengan hotel. Di situlah tempat saya makan dan minum di sepanjang waktu berada di bandaraya itu.

Dua tahun lalu, saya menghadiri pula sebuah persidangan penerbitan di Bali, Indonesia. Hotelnya menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak-enak mengikut selera timur.

Namun, bila menyedari ianya tidak semestinya dimasak oleh orang muslim, saya menjadi lebih berhati-hati. Saya tidak menjamah daging dan ayam. Cukup sekadar makan ikan dan sayur.

Kerana ingin berhati-hati bersarapan di hotel, saya hanya memilih roti yang dimakan bersama telur dadar.

Hanya setelah mengunyah, baharu saya perasan yang tukang masaknya membuat telur dadar yang dihiris bersama sosej dan ham untuk pelanggan lain yang bukan Islam. Dalam pada berhati-hati pun, saya terlalai menjaga apa yang saya jamah.

Kepekaan saya untuk mencari makanan yang halal di negara orang pun adalah pilihan sendiri.

Ia berdasarkan kesedaran akan betapa pentingnya makanan halal yang akan mendarahdaging di dalam tubuh saya.

Sedangkan di waktu kecil dahulu, saya kecur makan roti seri kaya yang dibuat oleh orang Cina sehingga menjilat kaya yang meleleh di lengan. Saya biasa makan sotong bakar berkuah lada yang dibungkus dengan surat khabar Cina, yang dibuat oleh penjaja Cina. Tidak terfikir mengenai halal dan haram sekompleks fikiran saya pada hari ini.

Pada hari ini, kita patut memilih produk yang bertanda halal. Jika makan di restoran pun, memang elok kita memilih restoran yang sudah memperoleh sijil halal. Dalam pada itu, kita makan juga di restoran yang kita yakin halal, walaupun yang tiada mempunyai sijil halal jika kita benar-benar yakin dengannya.

Saya biasa lihat ramai orang Islam makan char kuey teow yang dimasak oleh penjual Cina kerana benar-benar yakin dengan halalnya makanan itu.

Atau makan di restoran Cina di mana seluruh pekerjanya termasuk tukang masaknya terdiri daripada orang Islam. Tentu sekali kita makan di restoran Melayu kerana yakin dengan masakannya meskipun ia tiada sijil halal.

Kerana itu, kita tidak mempersoal, apakah ayam, kicap, sos atau mi yang digunakannya daripada sumber yang halal atau sebaliknya. Jika kita begitu menyelidik tentu sekali kita tidak boleh makan di kebanyakan restoran Melayu kerana banyak yang tiada logo halal.

Tetapi, jika kita terlalu cerewet, makan di restoran yang punyai sijil halal itu pun belum tentu bersih kerana ada di antara gelas yang dihidangkan kepada kita mungkin pernah digunakan oleh pelanggan sebelum kita dari kalangan yang memakan khinzir.

Islam tidak menggalakkan kita terlalu menyelidik sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesusahan.  Andainya sampai begitu kita hendak berkira, nescaya sebilangan besar di antara orang lelaki akan was-was dengan solat masing-masing.

Ini adalah kerana, ramai di antara kita yang menyimpan dompet di poket. Dompet itu mengandungi wang. Wang itu boleh sahaja datang dari urusan mendapatkan rumah, kereta, buku, dadah, judi dan rasuah. Mungkin juga kita menyimpan sekeping RM1 yang mempunyai DNA babi. Bagaimana, ya?

Islam itu mudah dan memudahkan. Tetapi jangan sekali-kali dipermudahkan. Kita tidak boleh belasah apa sahaja atas alasan tawakal tanpa memeriksa. Sebaliknya, jika terlalu berhati-hati, janganlah pula sampai mengharamkan apa yang halal. Wallahu a’lam.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Berikan kemudahan (kepada orang) dan jangan menyusahkan mereka. Berikanlah khabar gembira dan janganlah kamu menjadi mereka menjauhkan diri (daripada Islam).” ~ Hadis Riwayat Bukhari.

Tepuk dada..tanya iman kita..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Satu huraian dan penjelasan yang mantap, berkualiti dan mudah difahami.

    BalasPadam
  2. Aku lebih percaya JAKIM – bila-bila!

    Siapalah si KEJADAH kat Kem. Kesihatan, yg. disyaki SABOTAJ Cadbury ni - dan kenapa Kem. Kesihatan tak dedahkan kedai mana kononnya, Kem. tu ambil sampel Cadbury tu - kenapa nak BERAHSIA pula kalau benar sampel tu dr. kedai?! Jadi aku syak, mungkin sampel tu di SABOTAJ oleh MUSUH ISLAM dr. DAPBANGKAI/PKRSODOM kat Kem. tu sendiri; utk. menjatuhkan Felda, sbg. sebahagian pemegang saham Cadbury dan juga JAKIM - lihat artikel BERNAS dr. Anak Bukit gantang di - http://anakbukitgantang.blogspot.com/2014/06/cadbury-lagi-serangan-atas-perusahaan.html , Cadbury- lagi serangan atas perusahaan makanan milik equity Melayu Islam, Posted by Anakbukitgantang at Tuesday, June 03, 2014!

    Yg. aku heran kenapalah Malaysia ni sbg. NEGARA ISLAM dan pusat Halal, tak tubuhkan sendiri MAKMAL ISLAM yg. besar (dgn. bekerjasama dgn. Dunia Islam lain terutamanya yg. kaya dan tidak pro-ZIONIS, cthnya dr. UAE dan Brunei); dgn. SAINTIS-SAINTIS/pekerja ISLAM tulen (bukan PENYAMAQ - mesti disiasat latarbelakang mereka dgn. teliti)! Jadi tak payah bergantung kpd. Kem. Kesihatan atau mana-mana makmal; yg. senang diSABOTAJ si KAPIRDAJAL! Bahkan makmal Islam ini juga boleh digunakan utk. mengkaji vaksin campuran ubatan tradisonal dan moden, yg. boleh membunuh virus penyakit spt. kanser, yg. makin meluas contohnya.

    Sebenarnya ada perancangan halus dr. si KAPIRDAJAL Barat-ZONIS/Israel dan ejen tempatan mereka dr. DAPBANGKAI-CELAKA/PKRSODOM utk.membubuh DNA babi secara RAHSIA, dlm. semua makanan terutamanya yg. halal [melalui bahan perasa (flavours/additive) yg. tidak dinyatakan kandungannya, terutamanya 'serbuk bacon' yg. menyebabkan ketagihan (addiction)], di Dunia Islam - salah satu cara utk. MENGURANGkan jumlah umat Islam global dgn. pelbagai virus dan penyakit yg. amat merbahaya, dlm. Genosid! Bayangkanlah Dunia Islam yg. majoriti penduduk satu negara adalah umat Islam terutamanya di Timur Tengah - amat senang disasarkan dgn. cara ini! Sebab itulah ALLAH SWT MENGHARAMkan babi; kerana ternyata babi sgt. merbahaya - lihat di - http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2012/12/12/eating-pork.aspx , Why I Do Not Recommend Pork - Nearly 70 Percent Contaminated with Dangerous Pathogens, By Dr. Mercola, December 12, 2012!

    Dan memang seluruh umat Islam global mahu diKURANGkan melalui pelbagai cara oleh si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS yg. berterusan di samping merompak kekayaan minyak-gas-minerals Dunia Islam - spt. yg. disyaki oleh Dr. Kevin Barrett, termasuk melalui wabak penyakit terbaru yg. sungguh GANJIL, yg. sedang melanda Dunia Arab, terutamanya mungkin juga mensasarkan JEMAAH HAJI yg. BERJUTA - disyaki didalangi ZIONIS-Israel dan sekutu mereka (lihat di http://www.presstv.ir/detail/2014/05/05/361346/bioweapons-could-lead-to-apocalypse/ , Bio-weapons could lead to ‘apocalypse’, By Dr. Kevin Barrett, May 5, 2014; dan di http://www.nst.com.my/latest/mers-cases-reach-more-than-400-more-than-100-dead-1.588584 , MERS cases reach more re than 400, more than 100 dead, 06 May 2014)!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  3. Dan aku TAK setuju dgn. cadangan KP KKM ni - nak letakkan SEMUA makmal utk analisis HALAL, di bawah SATU agensi; adakah ini bermakna di bawah Kem. Kesihatan, yg. Menterinya pun Bukan Islam - entah esok pula bawah "World Health Org" (WHO) kat PBB yg. memang dikuasai Barat-ZIONIS?! Tengok disyaki si ZIONIS-Israel mensasarkan pula UAE yg. anti-ZIONIS dgn. virus MERS- di http://www.presstv.ir/detail/2014/06/04/365572/mers-death-toll-in-uae-hits-10/ , MERS death toll in UAE hits 10: Health Ministry!

    Sepatutnya JAKIM tubuhkan MAKMAL ISLAM sendiri - dan hanya pekerja/saintis ISLAM dr. Dunia Islam (yg. mesti disiasat dgn. teliti latarbelakang mereka supaya jgn. ada PENYAMAQ)!

    Lihat di - http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140605/dn_27/KP-Kesihatan-jelas-isu-coklat-Cadbury , KP Kesihatan jelas isu coklat Cadbury:

    Wujud juga desakan agar pihak kementerian menjelaskan bagaimana DNA babi boleh wujud dalam sampel yang diuji sedangkan ujian yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan tiada DNA babi dalam sampel coklat itu yang diambil dari kilang. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjawab segala persoalan itu dalam satu temubual dengan wartawan MUZDALIFAH MUSTAPHA semalam. Ikuti sedutan temubual itu....

    ....Tiga perkara perlu dilihat semula bagi melancarkan semua aktiviti dalam mana-mana kementerian dan agensi.

    Pertama, menyelaraskan semua makmal di bawah satu agensi yang sama dengan menggunakan satu sistem standard sahaja termasuk untuk jabatan kimia supaya mengikut satu piawaian sahaja. Kedua, kementerian akan meningkatkan kerjasama dengan Jakim yang bukan sahaja soal status halal dan haram bahkan vaksin, ubat-ubatan, organ transplan dan perkara berkaitan Islam. Dan ketiga, semua kenyataan yang berunsurkan perkara sensitif seperti ‘babi' perlu mempunyai sistem ‘coding' supaya mengelakkan berlakunya kebocoran maklumat....

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  4. Kekeliruan penuh persoalan apa agenda pegawai kementerian kesihatan nak buat analisa kandungan DNA bukankah tugas kementerian kesihatan hanua merungkai bahan yang memudaratkan kesihatan. Agenda apa yang menyebabkan mendedahkan hasil ujian tanpa melalui JAKIM - Ambil alih tugas

    BalasPadam