Ahad, 8 Jun 2014

MB Johor Buat Musuh Lembik..!



Teruskan la usaha untuk mengambil balik hak kita yang sudah tergadai..! usahakan dan bertawakallah..! Kepada Allah Berserah..!

8 JUN: Kerajaan negeri Johor bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang akan dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi mengkaji dan mendapatkan bukti baharu mengenai Pulau Batu Putih.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dengan penubuhan jawatankuasa itu, kerajaan negeri akan dapat mengkaji dan mengumpul bukti baharu yang tidak dikemukakan pada proses penghakiman terdahulu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
“Ini selari dengan Artikel 61(1) Statute of The International Court of Justice yang menyatakan bahawa setiap rayuan hendaklah disertakan dengan bukti baharu yang kukuh,” kata Khaled ketika berucap pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13, di Nusajaya, petang Ahad.
Pada Khamis, 29 Mei lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya kerajaan negeri itu menubuhkan pasukan khas untuk membuat rayuan bagi membatalkan keputusan ICJ berkaitan tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih oleh Malaysia dan Singapura pada 2008.
Sultan Ibrahim bertitah, perkara itu juga adalah amanat Almarhum ayahanda baginda bahawa pulau itu adalah milik Johor dan mestilah menjadi sebahagian daripada negeri berkenaan.
Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kedua DUN Johor Ke-13.
Pulau Batu Putih, yang dipanggil Pedra Branca oleh Singapura, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh, Johor.
Baca lanjut di bnbbc disini.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan