Jumaat, 13 Jun 2014

Amacam Perlawanan Pembukaan..!


Pasukan lagenda dunia selaku tuan rumah membuktikan bahawa mereka tetap berbisa dan tidak mudah ditundukkan..!

Kemenangan pertama diperlawanan pembukaan seperti mana yang ramai ramalkan jelas membuktikan bahawa Brazil tetap menjadi pasukan pilihan yang seharusnya digeruni oelh setiap pasukan yang bakal berdepan dengannya..!

2 Gol dari Neymar dan 1 gol dari Oscar sementara Crotia dihadiahkan gol sendiri oleh pemain pertahanan Brazil Marcelo terhasil dalam perlawan pembukaan ini.

Syabas kepada Brazil atas kemenangan dan tahniah juga kepada barisan pertahanan Crotia yang kental berdepan dengan serangan yang dihasilkan oleh barisan serangan Brazil.

Apa pun bola bulat..! masih terlalu awal untuk menjangkakan sesuatu..! Walaupun faktor pemain dan rekod yang setiap pasukan miliki dikaji dan diberikan perhatian dalam membuat ukuran, namun terkadang sesuatu yang baru dan tidak terjangka sentiasa wujud didalam siri siri perlawan bola sepak Piala Dunia..! Kita nantikan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan