Rabu, 4 Jun 2014

ADUN Kempas Tunjuk Telor..!

gambar hiasan…wakakakaka

Sebenarnya sekarang ni dah tak ramai wakil rakyat baik di Parlimen mahupun di peringkat Dewan Negeri yang berani berterus terang dalam berhujah didalam Dewan.

Itu sebab persidangn Dewan terutama di dalam Dewan Rakyat dilihat hambar dan tidak berbisa..! Yang pembangkang cuma tahu membangkang…! yang penyokong hanya tahu menyanjung…! takut tersinggung katanya..! atau takut yang lain?

Berikut dipaparkan ucapan ADUN Kempas didalam Dewan Negeri Johor yang menyentuh isu rakyat yang perlu kita ambil perhatian..! tapi pihak kerajaan jangan la pulak cuma ambik perhatian..! kena la jugak ambil tindakan..!

Syabas YB Dato Tengku..!

Datuk Speaker

15. Baru baru ini saya juga terbaca laporan berita di dalam dan luar negara mengenai ujudnya percaturan kuasa asing terhadap untung nasib bumi bertuah ini.

16. Laman sesawang luar negara tersebut menyiarkan berita seorang hartawan hebat dari negara jiran telah memeterai memorandum persefahaman @ MOU dengan  pihak tempatan di Johor bagi mengujudkan sebuah syarikat keselamatan di  Wilayah Pembangunan Iskandar.

17. Khabarnya syarikat milik jutawan itu juga sedang “mengintai” peluang melebarkan jaringan perniagaannya bukan hanya untuk membekalkan tenaga pengawal keselamatan dengan kekuatan sejumlah enam ratus orang lengkap bersenjata, malahan ia bakal mengujudkan jaringan peralatan serba canggih termasuk sistem perisikan.

18. Pasukan kawalan keselamatan milik jutawan tersebut hampir menyamai satu batalion pasukan tentera, bakal berada di Wilayah Pembangunan Iskandar, jika beliau berjaya memperolehi kontrak tersebut.

19. Dan jika tidak silap kefahaman saya, berita tersebut turut menyatakan syarikat milik jutawan negara jiran itu juga, di jangka memperolehi kontrak untuk membekalkan anggota dan sistem keselamatan dan jaringan peralatan di negeri Pulau Pinang dan ibunegara kita Kuala Lumpur atas nama perkongsian intelektual.  Fikirkanlah, Wilayah Iskandar, Pulau Pinang dan Kualal Lumpur, Tiga wilayah yang strategic yang boleh menyenangkan kegiatan "international sabotage" jika perlu. 

20. Dan jika benarlah seperti  yang diberitakan, ini bererti negeri Johor tidak lagi berperanan sebagai benteng utama negara. Malahan negeri Johor berkemungkinan menjadi jambatan terpenting bagi negara ini melebarkan jaringan wilayahnya secara langsung.

21. Dengan menerima pakai sistem keselamatan serta kehadiran gerombolan pengawal keselamatan milik syarikat tersebut di bumi ini nanti, dapatkah di jamin bahawa setiap rahsia kerajaan terpelihara dari sebarang kegiatan intipan?  Mampukah pihak berwajib yang bertanggung jawab terhadap kedaulatan dan kerahsiaan negara menjamin kesiagaan kita?

22. Janganlah hendaknya percaturan politik serta salah urus tadbir meletakkan untung nasib masa depan kepimpinan, bangsa dan rakyat Johor berada di laluan sukar dan menghampiri suatu jurang kehancuran yang sebenarnya boleh kita elakkan sekarang sebelum ianya terjadi. Insh'Allah.


Kupasan yang lebih mendalam boleh dibaca di anotherbrickinwall.disini

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan