Selasa, 11 November 2014

HOT APEC Beijing ~ Video Putin Yang Menjadi Viral Dunia..!


Kalau Obama tobat dia takkan berani buat..! tengok gambar kat atas tu pun dah tahu Obama ni jenis takut bini..! Nasib baik tak kena singgung..!

Cuma dalam Persatuan Takut BINI ni Obama tak dapat la jadi Presiden kerana jawatan tu dah ada orang pegang...dulu, kini dan selamanya..! HEHEHE..!

Berbeza dengan Putin...


Ketika ini, 21 pemimpin APEC atau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik menyertai sesi pemukiman di Tasik Yangi, Beijing termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Apa yang menariknya tentang persidangan APEC ini adalah tentang apa yang berlaku semalam semasa sesi makan malam dan pembukaan. Ketika itu, hos yang juga tuan rumah APEC kali ini iaitu Presiden China, Xi Jinping sedang sibuk berbual dengan Presiden Obama di sebelah kanannya. Disebelah kirinya, isteri beliau Peng Liyuan dilihat sedang berbual dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Mungkin kerana cuaca malam agak sejuk, wanita pertama China berkenaan memulakan perbualan dengan bercerita tentang situasi suhu ketika itu

Mungkin kerana cuaca malam agak sejuk, wanita pertama China berkenaan memulakan perbualan dengan bercerita tentang situasi suhu ketika itu. Bertindak ala ‘gentleman’, Putin bingkas bangun dan memakaikan jaket beliau kepada Liyuan. Tindakan Putin itu sempat dirakamkan lensa kamera dan turut ditonton oleh jutaan rakyat China.
Tindakan Vladimir Putin memakaikan jaketnya kepada wanita pertama China jadi perbualan di media sosial
Tindakan Vladimir Putin memakaikan jaketnya kepada wanita pertama China jadi perbualan di media sosial

Selang beberapa saat kemudian jaket Putin ditukarkan oleh pembantu Liyuan dengan jaket yang lain.

Namun begitu, insiden tersebut telah dengan cepat menjadi viral serta heboh diperkatakan melalui Weibo dan beberapa media sosial yang lain. Malah, rakaman insiden itu turut ditonton berulang kali di platform YouTube.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen