Isnin, 5 September 2016

HOT ~ Jejak Najib..!


Gambar diatas tu hanya sebahagian yang digambarkan oleh malaysiakini..!

Cuba baca apa yang Din Turtle dedahkan ni pula..!

Layan...

HOT ! Jejak Wang 1MDB - AKaun Najib DiDedah ! ( Terjemahan Artikel Terbaru WSJ )


Berikut adalah 'terjemahan' kepada artikel terbaru WSJ How $1 Billion Made Its Way to the Prime Minister . Menarik kerana WSJ telah melakarkan satu grafik yang berupa jaringan ala batang paip disebuah kilang di mana ditunjukkan pergerakan Jejak Wang ( Money Trail ) bagaimana dana yang asalnya dari 1MDB boleh berakhir dalam akaun Najib.

Bukanlah terjemahan word by word tapi mengikut pemahaman saya agar mudah difahami ramai.

                                ***********************

Setiap kali 1MDB buat pinjaman atau menerima sejumlah wang yang besar, akan ada sebahagian besar juga darinya akan diselewengkan atau dibawa lari keluar dari tujuan asal pinjaman itu dibuat.

Semuanya direkodkan melalui penyata2 bank dan bukti menunjukkan hampir USD1 bilion dari wang2 yang diselewengkan dari 1MDB akhirnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Artikel terbaru dari WSJ ini menceritakan jejak wang ( money trail ) setakat yang dikenalpasti. Skandal ini masih dalam siasatan pelbagai pihak berkuasa dari 7 negara dan tindakan DOJ menyita harta2 yang dipercayai diselewengkan dari 1MDB adalah sebahagian dari siasatan itu.

Kesemua wang yang didakwa Najib kononnya sebagai derma dari pak Arab itu dijejak kepada 3 transaksi utama dan setiap satu mempunyai jejaknya yang tersendiri. Ada yang masuk terus ke akaun Najib dan ada yang memasuki beberapa akaun lain sebelum berakhir dalam akaun2 AmBank milik Najib. Jejak wang itu meliputi pelbagai negara seperti Singapura, Switzerland, Arab Saudi, Thailand, Seychelles, British Virgin Islands dan Curacao.

Sebahagian besar dari jumlah USD681 juta itu dikembalikan kepada akaun asal ( Tanore ) dan telah digunakan oleh Jho Low sebagaimana perbelanjaan mewah yang disebut dalam saman DOJ.

Sebahagian juga dikesan melalui Arab Saudi dan sebanyak USD80 juta yang masuk ke akaun Najib juga dikesan datang dari Kementerian Kewangan Arab Saudi. Siasatan masih dijalankan bagi mengesan sumber2 lain dari Arab Saudi.


TRANSAKSI 1 - 1MDB-Petrosaudi



Semua masih ingat kerjasama 1MDB-Petrosaudi di mana 1MDB telah melabur sejumlah USD1.8 bilion dan dari situ syarikat milik Jho Low, Goodstar telah menerima USD1.03 bilion. Tidak hairanlah kenapa pihak kerajaan bersungguh2 menafikan GoodStar itu adalah milik Jho Low dan kita tertanya2 kenapa tidak diteruskan usaha mendapatkan maklumat secara terus dan resmi mengenai status pemilikan Goodstar setelah isu Hasan PAC mengedit maklumat itu dari laporan PAC ? 

Kenapa disenyapkan ? Apakah kerajaan tidak berminat nak tahu akan Kebenaran ?

Pengasas Petrosaudi menerima USD24.5 juta dari Goodstar sebelum memasukkan USD20 juta ke dalam akaun Najib melalui orang tengah. Orang tengah yang sama juga dikesan melalui dokumen pemindahan wang telah beberapa kali memasukkan wang ke dalam akaun Najib dan perkara ini masih disiasat.


TRANSAKSI 2 - Dana IPP




Ingat lagi 1MDB buat pinjaman melalui bank Yahudi Goldman Sachs sebanyak USD3.5 bilion kononnya untuk pembelian IPP ?

1MDB kononnya telah bayar deposit kepada Aabar dan juga bayar tebus Option tapi pihak Ipic telah menafikan anak syarikatnya Aabar ada menerima pembayaran itu. Akhirnya didedahkan yang 1MDB telah bayar kepada sebuah syarikat palsu yang namanya menyerupai Aabar. ( iaitu Aabar BVI )

Dari Aabar BVI sebanyak USD637 juta masuk ke akaun Blackstone BVI. Sebanyak USD463 juta lagi masuk ke 2 akaun di Curacao dan kemudiannya masuk ke akaun Blackstone BVI. 

Dari akaun Blackstone BVI, beberapa transaksi yang berjumlah USD170 juta dikesan masuk ke akaun Najib sepanjang tahun 2012.


TRANSAKSI 3 - DANA TRX ( 1MDB Global Investment )



1MDB kononnya mahu memajukan TRX bersama Aabar dan telah memohon pinjaman USD3 bilion juga dari bank Yahudi Goldman Sachs. 

Sebaik saja terima wang pinjaman itu, 1MDB telah pindahkan hampir setengah darinya kepada beberapa akaun perantaraan di British Virgin Islands dan Curacao dan jejak itu berakhir di akaun Tanore Finance sebanyak USD1.27 bilion.

Dari akaun Tanore itulah Najib telah terima USD680 juta ( atau yang lebih dikenali sebagai RM2.6 bilion ). 

Sebanyak USD620 juta kemudiannya dikembalikan Najib kepada Tanore. Wang itu kemudiannya lesap dibelanjakan Jho Low untuk beli pelbagai aset dimerata dunia termasuk yang dibekukan di US.


Jejak Wang Ke Akaun Najib




Apa yang anda lihat di atas bukanlah jaringan paip disebuah kilang tapi merupakan JEJAK WANG ( money trail ) yang berjaya dikesan melalui bukti2 dokumen dan penyata bank. Begitu kompleks dan rumit untuk dihadam oleh para penyiasat professional apatah lagi kita orang biasa. Begitulah contoh apa yang disebut sebagai Money Laundering atau Penggubahan Wang Haram di mana wang haram dilalukan ke beberapa akaun supaya sukar dikesan.

Dari sejumlah USD1.05 bilion yang diterima Najib, hanya USD80 juta saja yang jelas datang dari Arab Saudi melalui Kementerian Kewangan walaupun maklumatnya masih tidak diketahui. 

USD120 juta lagi dikesan melalui orang tengah yang berpusat di Arab Saudi dan ini masih dalam siasatan. USD20 juta dari jumlah itu, jelas dapat dikesan kepada dana 1MDB.

Selebihnya baki USD850 juta yang masuk ke akaun Najib datang dari Tanore Finance dan Blackstone Asia ( BVI ) dan menurut penyiasat, dikesan bersumberkan dari 1MDB.


Kemana Najib Belanjakan 


Melalui dokumen2 siasatan, WSJ mengesan 500 transaksi yang telah digunakan oleh Najib dan ini termasuk perbelanjaan peribadi dan politik. Cek2 dikeluarkan kepada ahli2 politik jutaan ringgit lagi bagi tujuan perbelanjaan peribadi contohnya USD130,625 di kedai Chanel di Hawaii dan Euro750,000 di sebuah kedai permata di Switzerland.

                             **************************** 

Semalam Rahman Dahlan sudah mengesahkan apa yang selama ini diperkatakan oleh rakyat bahawa MO1 itu adalah Najib. Rakyat tidak terkejut pun sebab memang dah lama tahu cuma terkejut kerana wakil kerajaan mengambil masa lebih sebulan untuk mengakui perkara ini.

Kenapa tidak diakui lebih awal ? Kenapa bersungguh2 mengelak ke tahap memperbodohkan diri selama sebulan ? Sehingga ada yang sanggup menghina YDP Agong dengan menyamakan MO1 kepada baginda hanya kerana mahu mempertahankan Najib ?

Kita semua pun tahu yang Najib memang tidak disebut dalam saman DOJ kerana Najib bukan yang dituduh. Tapi untuk mengatakan bahawa Najib tidak disiasat, adalah satu dakwaan yang silap.

Baca kupasan peguam Hanif Khatri yang mengulas dakwaan Rahman Dahlan itu - ( FB Hanif )


FMT

Wahai Pengarah Komunikasi Strategik BN, RAHMAN DAHLAN :

ANDA TIDAK BERHAK UNTUK BERCAKAP BAGI PIHAK SEMUA PEGUAM !

1. Anda telah dipetik oleh FREEMALAYSIATODAY.COM pada 01.09.2016 sebagai berkata :
" ... Mana-mana peguam dapat mengesahkan bahawa perbezaan antara dinamakan sebagai subjek dalam saman sivil dengan mereka yang hanya dirujuk dalam siasatan, adalah seperti hitam dan putih. ... " !!

2. Saya adalah seorang peguambela dan peguamcara yang didaftarai sejak 08.05.1992. ANDA TIDAK BERHAK BERCAKAP BAGI PIHAK SAYA !!

3. Kenyataan anda yang dipetik di atas penuh dengan kekhilafan, ketidak fahaman dan ketidak jelasan ketara, yang menyebabkan kenyataan itu menjadi SALAH di sisi undang-undang !!!

4. Tanpa perlu mendalami kenyataan itu, anda perlu tahu, terdapat perbezaan ketara di antara "SAMAN SIVIL" dengan "SIASATAN", yang menjadikan kenyataan anda itu TERLAMPAU PINCANG !!

5. Dokumen DoJ yang anda rujuk sebagai "saman sivil", adalah kertas kausa/kertas guaman yang difailkan di Mahkamah Tengah California, Amerika Syarikat. Ianya BUKAN "kertas siasatan" !!

6. "Siasatan", yang telah dimulakan sebelum "saman sivil" difailkan, masih boleh diteruskan dan tidak terhenti secara automatik apabila "saman sivil" itu difailkan di mahkamah. Justeru, dari segi undang-undang, ianya adalah SALAH serta PINCANG untuk mengatakan ataupun merumuskan bahawa "memandangkan orang yang dinamakan sebagai subjek dalam "saman sivil" adalah jelas, maka kononnya orang yang cuma dirujuk di dalam dokumen "saman sivil" itu tidak disiasat" !! 

"Saman sivil" itu bukan "siasatan". "Siasatan" berada dalam milikan dan pegangan agensi siasatan jenayah Amerika Syarikat, termasuk dan tidak terhad kepada FBI mahupun DoJ semata-mata !!

7. Dalam bahasa mudahnya RAHMAN DAHLAN, walaupun ada orang yang cuma dirujuk dalam "saman sivil" DoJ itu, dan tidak dinamakan dengan khusus, ini tidak bermakna bahawa tiada "siasatan" jenayah terhadap ORANG YANG TIDAK DINAMAKAN itu !!

8. Sebagai seorang "pemimpin" silalah perolehi nasihat guaman lengkap sebelum membuat kenyataan undang-undang !! Dan, yang sama pentingnya adalah, anda TIDAK BERHAK untuk mengatakan kononya “MANA-MANA PEGUAM dapat mengesahkan bahawa perbezaan antara dinamakan sebagai subjek dalam "saman sivil" dengan mereka yang hanya dirujuk dalam "siasatan", adalah seperti hitam dan putih.", seperti yang dipetik di atas !!

SAYA ADALAH SEORANG PEGUAM dan saya MENGESAHKAN KENYATAAN ANDA yang dipetik di atas, RAHMAN DAHLAN , adalah SALAH SAMA-SEKALI, dari segi undang-undang !!!

                             ***************************

Menarik untuk disentuh juga adalah CABARAN ANAK JANTAN yang dilontarkan oleh Muhyiddin kepada Najib ini !


Mkini
Muhyiddin berkata Najib harus bertindak demikian jika dakwaan dakwaan rasuah melibatkan 1MDB yang dilontarkannya tidak benar.

“Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri.

“Jangan guna budak suruhan seperti (setiausaha akhbarnya) Tengku Saruffuddin (Tengku Ahmad) dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak kamu.

“Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Status sepenuhnya boleh dibaca di FB Muhyiddin


Lu Fikir La Sendiri!!!

24 ulasan:

  1. Aku doakan jgnlah kita bongok...Psal apa tau jgn jaaaadikan WSJ sebagai Peguam Negara.

    WSJ rekod Uturn nya boleh tahan.Najib tak payah saman dah uturn klau dulu bkn kemain berapi -api kata 2.6 b bkn dari saudi.Tak sampai 1 minggu gedebuk kata dari saudi.

    KAmi penyokong Najib lagi bermaruah kerana memberi ketaatan pada AG,PDRM,SPRM,Bank Negara dan Audit Negara.

    Yang geng protun tak abis2 kata WSJ terhebat la..depa siasat ikhlas nak bantu malaysia..keikhlasannya sudah terbukti la..FBI sayangkan negara la..ceh semua bongok.


    p/s...berita baik dari kedai roti canai telor DOJ bersidang bulan 11 waktu bulan mengembang..Rileks semua kena tengok sapa yg kena.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bermaruah..
      Kahkahkahkahkahaaaakkktuiiih

      Bermaruah kasi saman la siapa yg yg menfitnah.
      Kahkahkah..

      Xpayah kona sana sini tukar topik alih tiang gol.

      Cukup2la najis dah kelihatan penakot lg bodoh. Cai hanya jdk penambah kpd sifat semulajadi najis

      Padam
  2. Najib seorang pelupa & gagal matematik.
    Usia Tun Mahathir ialah 91 tahun, bukannya 92.

    BalasPadam
  3. Anon 6.09...
    Fahami dulu apa itu money laundering. Kalau tak faham2 juga adalah lebih baik diam sahaja daripada buka mulut tapi menonjolkan kebodohan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tak bongok macam engkorang la ..klau dulu kata 7 negara dalam siasatan..najib dah kecut perut la..najib tak tido malam la..sudah lah

      Kau nak suruh percaya apa lagi?

      Tun M kata 2.6 b yg bagi arab gila? la ni apa?
      Tun M kata 42 b lesap ..bongok la korang ni

      la ni nak sembang money laundering plak?
      AG singapura bila nak sekat 1MDB?
      AG swiss bila nak dakwa 1MDB?

      korang tau tak knapa rakyat dah muak dgn engkorang?

      semua sembang kencing korang tau..jgn jadi bongok prn sarawak dan 2 prk sapa menang?

      Padam
    2. ko tak bongok tapi bahalul... PRN dan PRK BN menang sebab ramai yg masih tertipu mcm ko.. insyallah PRU nti harap ramai yg buka mata..

      Padam
  4. "Patutkah saya takut pada orang tua 92 tahun ? "
    -Najib 1MDB-

    BalasPadam
  5. buatlah sekali jejak Mahathir, Anwar, Lim guan eng... camna depa ni jadi kaya raya... jangan hipokrit la ! nape malaun2 ni semua bersungguh2 nak jatuhkan najib... dah tentunya utk dapatkan kuasa...dan seterusnya mengumpulkan kekayaan... slogan Save Malaysia hanyalah utk mengaburi mata rakyat je... korang pun faham tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Putramerdeka dah bgtahu la...semua pemimpin pakatan adalah pejuang..mana ada makan duit rakyat.

      Pemimpin Pakatan memang betul betul tolong rakyat.

      Padam
    2. ada 2.6b masuk akaun ke... duit rakyat lak tu...

      Padam
  6. Baru balik dari malaysiakini..

    Wah... bkn main suka bila Tun M salam Anwar.
    Siap kata najib dah gigil lutut. Alahai

    Kat web kadir jasin plak siap doa wooo agar DOJ berjaya..yg tukang komen plak siap angkat jgn main2 dgn FBI depa hebat pergh....takut gila wei cuma satu ja aku nak cakap...bukan cakap besar la....

    Najib dah kata M01 adalah dia ..jadi bila FBI nak berani sebut nama najib?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha dah terdesak baru mengaku...dasar munafik..x layak jadi pemimpin

      Padam
  7. Perhatikan carta yg mempunyai warna biru menunjukkan najib pulangkan balik wang dicuri.....

    Hampir 1 billion ringgit malaysia najib telah gunakan untuk berjoli sakan, bersuka ria dan memuaskan nafsu serakahnya sebelum pulangkan balik belen usd 620 juta.

    Pencacai sekalian, 1 billion ringgit malaysia HILANG!!!

    BalasPadam
  8. Tak salah Macai khairuddin cakap FBI siasat pada September 2015 ini dah masuk September 2016
    CAI protun kenapa lambat sangat nak tangkap najib,
    FBI memang buat kerja macam ciput babi

    Korang sebagai macai protun patut Tanya pada khairuddin kenapa FBI lembat sangat macam ciput babi ITU he.he.he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai kenapa suruh cai protun tangkap najiib... UNDANG2 ditangan siape...pemakan dedak nie dah la bodoh bangang pulak tuuu ..

      Padam
  9. Tapi apahal lak jibooo kena lari bila orang tanya mana duit tu PEGI..bole ke jibo dianggap betul bila lari lintang pukang bila ditanya...ada orang umno bole tutup mata sebelab jer kesalahan depan mata pasal dia president tapi kitaorang umno gak tapi kita orang takda president yang bacul penakut dan tkdak telor....itulab masaalab kitaorang dgn tuan president...kitaorang takbole kena beli ....kamilah yang dipanggil pejuang sebenar...satu puak lagi selalu crita busuk pasal datuk tu la .tansri ni la .tapi bila jumpa macam takda apa2 .jet..Hippocrates

    BalasPadam
  10. Iqra'.....nabi muhammad saw di suruh malikat jibril BACA...beberapa kali diulangi....MENGAPA?

    Di sekolah rendah kita diajar memBACA, menulis, mengira. Di sekolah menengah diajar bahasa inggeris, matematik, sains, ilmu perdagangan, chemistry dan lain. Di universiti kita dilatih berfikir......MENGAPA?

    Jadi cuba kita BACA artikel PMerdeka di atas. Nak percaya tak nak percaya itu sial pilihan peribadi. Namun yang jelas dan nyata tuduhan yang kononnya dikatakan FITNAH adalah FAKTA BERDOKUMEN.

    Untuk memahaminya kita baca, kita kira sikit2 dan kalau boleh buat catitan bertulis yang mana patut.

    Jadi ada 2 kumpulan bertentangan pendapat:

    1. Mengiyakan fakta dan bukti berdokumen
    2. Mencerca, menghina orang dan menuduh orang lain Fitnah.

    KEJORA, OTHAMAN, PENULIS SEMALAM YANG KEJORA SANGAT HATI MASING2 MEMPUNYAI PENDAPAT MASING2.

    SAYA MELIHAT KEJORA BERBICARA DENGAN MENGUTUK MENCERCA OTHAMAN.

    SAYA TIDAK TAHU PANDANGAN OTHAMAN KERANA SAYA TIDAH PERNAH LIHAT KOMENNYA.

    SEMENTARA PENULIS SEMALAM MERUPAKAN PENYOKONG KUAT ARTIKEL2 YANG PMERDEKA TULIS (DEVIL'S ADVOCATE...HAHAHA)

    Secara peribadi, saya dah Baca dan Faham apa yang berlaku pada 1MDB. SEJUJURNYA MEMANG WANG IMDB TELAH DICURI. WANG YANG MASUK KE DALAM AKAUN NAJIB SEMEMANG NYA WANG 1MDB, BUKAN DARI DERMA

    Kejora....jangan tipu diri sendiri






    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhirnya anda keluar juga Othaman sebab hati terguris
      Dah banyak kali tertangkap dan kerap jua nyaris-nyatis
      Tapii kini anda tidak berani lagi komen bahasa Inggeris
      Lenggok gaya bahasa identity diri tetap juga bocor tiris

      Padam
  11. Wow.... mereka ni cukup bijak lerrr.....heheheh

    BalasPadam
  12. Semua itu ceriita yang Matdey upah Najib mau diserang
    Lebih banyak jejak lagii pun boleh kalau mahu dikarang
    Sedihnya ia mudah dipercaya oleh cai bingai memerang
    Cai-cai pembangkang ni sejak dari dulu suka berperang

    BalasPadam
    Balasan
    1. 8.23,

      Ada bukti Mahathir upah?????

      Kalau tak ada bukti.....ianya FITNAH....

      Padam
    2. 9.15 n 9.25,

      Mengapa kecoh mahathir dengan anwar?

      Padam
  13. Dengar sini hai orang Melayu muslimin dan muslimah
    Lepas inii jangan dilayan lagii Matdey punya ceramah
    Ini manusia munafiq tiada maruah dan tak berhemah
    Kemain si tua ni gi jumpa bodek Nuar kat mahkamah

    BalasPadam
  14. Dulu Matdey kata Nuar peliiwat wajar masuk penjara
    Kini dia mula guna hadis 'kita Islam adalah bersaudara'
    Dia udah mula terhegeh-hegeh si tua ni tak ubah kera
    Mula perancangan mahu julang aljuburi ni jadi perwira

    BalasPadam