Sabtu, 3 September 2016

MO1 ~ Kata Pedang..!


Apa pulak pedang pedang ni..! 
Samun menyamun membawa bencana..!


KATA PEDANG: Episod siapa MO1 selesai, tetapi………..

Akhirnya, Malaysian Official 1 (MO1) atau ‘Pegawai Nombor Satu Malaysia’ SECARA RASMI DIUMUMKAN. Beliau adalah Datuk Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak berumur 63 tahun yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam pada 3 April 2009.
Sebelum ini, walaupun, rakyat Malaysia dan dunia mengetahui siapa yang dimaksudkan sebagai MO1, tidak ada kenyataan rasmi dibuat oleh mana-mana pemimpin kerajaan, sehinggalah kelmarin dalam satu temu bual dengan BBC News, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, mengesahkan Najib adalah MO1.
Bagaimana isu MO1 ini boleh timbul? Pedang ingin mengajak pembaca mengimbas kembali secara ringkas isu yang mencetuskan gegaran dalam dunia perniagaan, politik dan pentadbiran negara.
Ia bermula pada 2009 ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri yang mengambil peluang ‘merampas’ Terengganu Investment Authority (TIA) dan menukarnya menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beliau sendiri menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat.
1MDB dijadikan syarikat pelaburan kerajaan yang menyasarkan pelaburan secara langsung pelabur asing. Walaupun, Najib menjadi Perdana Menteri pada April 2009, beliau masih terus memainkan peranannya dalam 1MDB, malah mempunyai kuasa penuh meluluskan hal-hal kewangan.
Pada September tahun yang sama, 1MDB menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat minyak dari Arab Saudi – PetroSaudi. Laporan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan 1MDB melabur AS$1 bilion, di mana US$300 juta dimasukkan ke dalam akaun 1MDB PetroSaudi Ltd di dalam bank JP Morgan (Suisse) SA.
Tetapi, US$700 juta daripada jumlah pelaburan 1MDB itu ‘dilencongkan’ dan dimasukkan ke dalam satu akaun di RBS Coutts Bank Ltd. Akaun itu dimiliki oleh Good Star Limited yang mana jutawan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low, adalah pemiliknya. Kenapa wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun syarikat Jho Low?
Dan, pada tahun-tahun berikutnya berlakulah pelbagai urusan di dalam 1MDB termasuk melaksanakan beberapa perjanjian kerjasama, selain serangan penceroboh di Sabah pada 2013.
Pada 2014, portal pendedah makluamt – Sarawal Report – dan akhbar kewangan antarabangsa, The Wall Street Journal, mula mendedahkan berita-berita mengenai salah laku dalam dana 1MDB.
Pendedahan terbesar yang mengejutkan negara ialah mengenai wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib. Apabila akaun itu terdedah kepada umum, maka bermacam-macam jawapan diberikan semata-mata untuk meyakinkan rakyat bahawa ‘Najib tak salah’.
Januari lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, juga menegaskan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam kes wang di dalam akaunnya itu.
Rentetan daripada itu, macam-macam perkara berlaku, termasuk pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pegawai kanan kerajaan, termasuk penyiasat-penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditangkap, Peguam Negara dibersarakan, manakala mereka yang membangkitkan isu 1MDB serta menentang Najib akan berdepan tindakan sebagaimana yang berlaku terhadap bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Siasatan oleh pihak berkuasa negara luar juga dimulakan, termasuk di Singapura, Switzerland, Hong Kong, Britain dan Amerika Syarikat (AS).
Dan, Julai lalu, Jabatan Kehakiman (DOJ) AS memberitahu akan menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion milik individu dan syarikat selepas mereka menyiasat aliran dana 1MDB, dan mendakwa MO1 menerima jutaan dolar dari 1MDB. Individu tidak dinamakan itu dirujuk sebanyak 32 kali dan dinyatakan sebagai ‘pegawai tinggi kerajaan Malaysia’.
Saman yang difailkan di mahkamah itu turut menyatakan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB telah disalahgunakan. DOJ mendakwa kesalahan itu dilakukan sepanjang tempoh empat tahun dan membabitkan pelbagai individu, termasuk pegawai Malaysia dan rakan mereka yang berkonspirasi untuk melencongkan berbilion ringgit wang 1MDB. 
DOJ menamakan anak kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz – sebagai ‘individu berkaitan’, selain ahli perniagaan Jho Low, Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Kelmarin Abdul Rahman menamatkan episod berjudul ‘Siapa MO1?’. Tetapi yang belum berakhir ialah kenyataan DOJ yang mengatakan MO1 menerima jutaan dolar dari 1MDB.
Lumrah dunia seseorang akan menyokong sesuatu yang memihak kepada mereka dan begitulah sebaliknya. Contohnya, jika DOJ kata MO1 menerima wang jutaan dolar dari 1MDB sudah pasti pihak MO1 tidak menyukainya dan meminta rakyat jangan mempercayainya dengan memberi macam-macam alasan, termasuk campur tangan kuasa asing dan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Tetapi, bagaimana pula jika DOJ mengatakan MO1 tidak terbabit dan tidak menerima wang jutaan dolar dari 1MDB? Pedang percaya ‘berlari-lari lah’ MO1 dan pengikutnya di seluruh pelosok negara dan dunia menjaja cerita itu dan mengatakan “lihatlah.. FBI dan DOJ telah mengesahkan MO1 tidak terlibat…” dan lain-lain lagi, termasuk menyalahkan penentang mereka.
Namun, penjelasan lanjut Abdul Rahman (bagi melindungi Najib) bahawa MO1 tidak didakwa oleh DOJ adalah isu kecil. Sebaliknya isu besar ialah kenyataan DOJ mengatakan MO1 (Najib) menerima jutaan dolar wang 1MDB, ada penting.
Kata Pedang: Pedang mengucapkan syabas atas keberanian Abdul Rahman mengesah dan mengumumkan siapa MO1. Baik buruk kepada Najib hasil pengumuman Abdul Rahman itu biarlah masa yang menentukan. Satu yang Pedang lihat dari sudut penulisan ialah dengan pengumuman itu media bolehlah mula merujuk terus Najib sebagai MO1.
Takkan Najib nak buang Rahman pulak lepas ni? Tapi mungkin dah ada hembusan dan saranan..!
Berani?
Lu Fikir La Sendiri!!!


33 ulasan:

  1. Putera M ni udah tahap meroyan bukan le lagi melatah
    Asyiik ulang citer yang sama orang dah nak termuntah
    Tak larat angkut posting ler dia nii semua dikasii patah
    Akhirnya ke Tanjong Rambutan le ini blogger cai lintah

    BalasPadam
  2. Lain yg budak rsman tu cakap lain pulak yg msiakini tulis... mkini dari dulu mrnipu....alahaiii

    BalasPadam
  3. Anon 7.46 dan 7.53.
    Sila tonton video temuramah tu dulu sebelum komen.

    BalasPadam
  4. Dah beratus kali tgk... tonton keseluruhanya faham btul2.... jgn tgk dn trus spinn ... mcm medey dan janggut nabi dulu masa pundek jdi PM...

    BalasPadam
  5. Memang beginilah kebiasaan Matdey punya cai balaci
    Olah tambah jadi berdepa dari perkara asalnya seinci
    Disamping tu tak ketinggalan le selit umpat maki caci
    Begitulah hidup bila sentiasa jer dibayangi rasa benci

    BalasPadam
  6. Blogger-bloger cai Matdey ingat pembaca ni orang buta
    Lain yang si Rahman tu cakap lain pula dijadikan cerita
    Tapii apa nak buat dah tugas mereka karang reka aota
    Semua jenis kuat mentekedarah dedak mengalah unta

    BalasPadam
  7. memang la doj tak dakwa mo1 @ pm najib, tapi nama tersebut disebut lebih 30 kali. nama najib aka mo1 itu disebut kerana kelulusan dan kemasukan wang yang besar dalam akaun dan perbelanjaan duit yang digubal secara haram di amerika. apa kejadahnya najib terlibat dalam penggubalan wang haram di amerika. begitu bodoh sekali hingga tak terfikir akal yang waras kebodohan cai dan macai najib sehingga tak mampu untuk berfikir melainkan menggunakan fakta air liur bahawa amerika nak bunuh melayu, nak jajah negara, nak campur tangan dalam negara.
    jawab la najib kerana najib juga yang berkata bahawa mereka yang disebut dalam dakwaan doj itu perlu menjawab untuk membersihkan diri mereka. atau cai dah lupa apa yang najib cakap serupa najib juga yang cakap tak serupa apa dia buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawapan bagi pertanyaan anda boleh didapatkan dari isu Perwaja. Kalau Erik Waja kena tuduh masakan pendedak22 nak suruh TunMak bela tertuduh. Tertuduh kena bela dirinya meskipun Waja itu anak emas TunMak, betulkan?

      Padam
  8. 1MDB TAK MERUGIKAN ku TAPI potong hak beli rumah dan kedai 10% DISCOUNT NYATA BODOHKAN BANGSA ku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..Melayu cuba nak di bodohkan PKR ,dan Macai DAPig.

      Padam
    2. Laporan PAC mnyatakan 1mdb berhutang 50b.
      Apa bisnes 1mdb yg berpotensi membyr hutang sbnyk itu cuba acim terangkan?

      Padam
  9. Hari itu ada yang marah aku kata cai tak tinggi sekolah
    Walau DOJ sebut seribu kali pun itu dia punya masalah
    Kalu MO1 iitu Najib pun apa hujah yang nak diperbalah
    Ada tidak mana mahkamah dakwa atau buktii bersalah

    BalasPadam
  10. Putera M serupa Matdey le juga aota keling putar alam
    Dia bimbang kalu tongkang si Matdey nanti tenggelam
    Tambahan pula masa depan parti Bersatu hitam kelam
    Lepas PRU14 nanti tinggal jadi sejarah kenangan silam

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah akhirnya Najib sbg Raja Bugis aka Panglima Bugis berani mencabar FBI agar tunduk dan mengaku beliaulah M01.

    FBI sebagai Polis dunia mesti berani mengeluarkan kenyataan baru dan war2kan seluruh dunia dgn menggunakan saluran media antarabangsa,

    FBI tidak perlu takut dan lembap.FBI mesti berani kerana sekiranya dalam masa 24 jam FBI masih diam ni bermakna Raja Bugis aka Panglima bugis akan menyebabkan geng2 putramerdeka dianggap takda telor dan telor dikepit.

    Sudah sampai masanya FBI menjadikan tukang2 komen di laman web putramerdeka sebagai saksi di mahkamah.

    Itu kalau FBI berani la.Korang pun tau FBI nak sebut Najib gigil kaki tau.

    BalasPadam
  12. Putera M inii putar pusiing rendang goreng resepii lama
    Tujuan dia mau tolong naikkan anak Matdey ‘apa nama’
    Setiap hari rintis jalan ke neraka tambah dosa percuma
    Begini ler hidup kalu tak berpegang pada ajaran agama

    BalasPadam
  13. Aku paling suka ayat Duit dilencong dalam akaun PERIBADI NAJIB.
    Power la wei.Mana ada dalam DUNIA ni simpan duit yg kata {RASUAH} simpan kat bank peribadi.

    Paling best lagi bila Bank Negara pun tau..Wah Hebat Najib. Bukanya najib beli lukisan letak kat US tapi tunai di ambank malaysia wei..Berani tak?

    Cuba korang bgtahu Presiden mana simpan duit RASUAH kat akaun peribadi bank negara sendiri? aku cabar engkorang dalam masa 48 jam.Bgtahu kalau ada telor la.

    BalasPadam
  14. Putramerdeka itu ari aku tanya camna kes DOJ 22 ogos kau kata tangguh 1 hb.
    apa citer? dah 3hb.. takkan senyap.

    Putramerdeka jgn malas sangat dapatkan cepat citer DOJ ni bknnya SR..Faham tak putramerdeka?

    Kau jgn jadi balaci ja seumur hidup hanya harapkan SR ja. SR ni nyamuk ja dunia tak iktiraf la. Usahakan yg fakta cam DOJ.Kau mesti ingat Najib mana standard sembang SR cikai cikai pun WSJ..Tapi klau aku AG US dan FBI la.

    Setakat sembang SR bg kat tukang komen kau ja putramerdeka.
    Jagalah standard putramerdeka.

    ok lah putrameerdeka dah hampir 4 tahun berjuang nak jatuhkan najib .semangat betul engkau walaupaun tun m dah kna terajang dari UMNO. Mukris plak dah kna sepak.
    muhiydeen kna seligi.
    Apa nak buat Putramerdeka ni lah perjuangan sepak terajang politik.Ada yg menang ada yg kalah.

    Tapi kau untung la Tun M duit berkepul2 ..tukang komen engkau macam biasa berjuang mesti ikhlas dan duit adalah rasuah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm nila otak kl dah tepu ngan dedak...bukti nyata depan mata pun masih x kata tiada......apa apa la labu....

      Padam
  15. Biar saja lah dengan kejahilan cai-cai pak lebai malang
    Memang susah nak terang dekat cai2 Madey petualang
    Meraban konon duit 1MDB nak suruh Najib kasi pulang
    Wal hal pihak audit sahkan duit 1MDB tidak ada hilang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aik....bkn ke dulu hulubalang hulubslang jibby ksta lebih wang ferma dah pulang.....iish..otak kl dah tepu ngan dedak cam ni la...masih nak tegak benang yg basaaah....suka ati la labu......

      Padam
  16. Sdra Admin,

    Jangan kecil hati dengan melayu yang dalam dongeng mereka membela bangsa, agama dan negara.

    Kerana ramai melayu (tidak semua) yang telah dibangsatkan dengan dedak - shahril, 3.85, jamal, puteri umno dll, agama di canang ikut nafsu politik - komen harussaini tentang pendapat peguam quentin, mufti pahang pasal kafir harbi dll, negara dimalukan - negara tak dihormati, digelar negara kleptokracy, rakyat yand hidup dalam kebingungan, keresahan dan ekonomi yang amat menyedihkan.

    Kita rakyat melayu islam yang cintakan negara akan tunggu dan lihat,

    1. Perkembangan kes DoJ

    2. Kononnya Khalid twitter nak mohon MLA untuk tujuan siasatan luar pantai malaysia (walaupun "makanan" memang dah sedia dalam negara)

    3. Penerimaan BERSATU oleh rakyat malaysia

    4. Snap Election, jika ada

    Kita terus berdoa ke hadrat Illahi agar kebenaran pasti muncul tiba...........
    insyaAllah

    BalasPadam
  17. Madey bermatii-matian mahu jadikan PM si boboi botak
    Moga boleh tolong cover wang berbilion dulu dia lantak
    Tubuh parti Bersatu harap sokongan yang tak ada otak
    Dia pedulii apa kalu bangsa Melayu nak pecah ke retak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apakah saudara dan sekutu tiada bahasa lain selain daripada mengarut..? Saudara orang Islam ke bukan??

      Padam
    2. Apa cai ni mau tuduh kami ni Yahudi atau agama Pagan
      Memang Bersatu nanti akan tinggal secawan sepinggan
      Lepas PRU14 ia akan jadi hidup tidak mahu matii segan
      Kesudahan nya tidak tau kat mana kubor mati beragan

      Padam
  18. Nampaknya cai-cai kini umpama menangis tak berlagu
    Hari demi hari laporan darii DOJ terus hampa ditunggu
    Melopong kosong ler korang cai nanti menongkat dagu
    Caii-caii kelak sakit jiiwa fikiran akan makin terganggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdra Anon 9.58,

      Semalam 2 sept merupakan expiry date bagi reza, jho low, khadem dam alhussainy dan syarikat2 yang berkenaan to file challenge on the civil suit by DoJ. YANG HANYA FILE CHALLENGE ADALAH RED GRANITE....ITUPUN TENGAH RUNDING PASAL FENCING THE PROCEEDS FROM ITS REVENUES FROM FILMS. Reza, jho liw, khadem dan alhussainy.....envelop kosong pun tak nampak....

      So, sdra anon di atas, sabar ya.....masakan tiba jua. Jangan ngelabah. Rahman dahlan dah buat najib dan semua macais ngelabah sekarang...haha MO1 ADALAH NAJIB.

      Padam
  19. Citer dongeng kurap DOJ ini udah nak masuk setahun
    Tidak tau jemu ke dengan fitnah basii ini cai2 mala‘un
    Sangup bermatiian berjuang hanya untuk Mahafira‘un
    Dia pun udah hampir “inna lillahi wa inna ilaihi roji‘un’”

    BalasPadam
  20. Pada 11.36 pg..teman nak pesan pada meke..ajal maut orang jangan kita main mainkan..persedakan orang.meke ingat meke tu panjang umur ke..ingat..kakak teman kena kanser orang muda macam meke cakap kat dia..kak sabar kak..takda apa apa..yg cakap tu la yg sekarang ni dah meninggal dunia dulu..dua tiga orang..kakak teman masih panjang umurnya ..dah dekat 70 tahun..tahun lepas kena serangan jantung pulak 5 kali..berhenti denyut jantungnya..yg terakhir 5 minit berhenti..yeop teman nasihat je..kakak teman sihat lagi sekarang ni..meke ni akan kena sekali ni..teman rasa..jantung berhenti sekejap..ni...bongkak sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab meke nulih elok teman idok ler anggaap sampah
      Kalau meke nak tahu teman nulih ini idok dibayor upah
      Tapii Matdey tu nak gadoh jugak kat wad jalan dipapah
      Yeop, idop bukan sebab doa mati bukan sebab sumpah

      Padam
    2. Kenaper yeop iidok keluar teman udoh lame jugak nanti
      Meke maghoh ke teman sebab ngate dekat Matdey kutii
      Tak ape ler yeop meke nasihat teman idok ler amik hati
      Yeop kate ke teman jangan2 jantung yeop udoh berenti

      Padam
  21. 8.49..Meke mungkin tak pernah rasa antara hidup dan mati..yeop..jangan terlebih sangat..nak buat apa pun jangan sebut babitkan ajal maut..yeop..orang berdoa..mati memang le ditakdir Allah..tapi sakit dan dugaan itulah yg kita tak duga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teman tau meke ni penyokong kuat Matdey ‘apa nama’
      Nengok ke gayer tu meke ini oghang kuat amal agama
      Tapi kenaper meke tersoghok komen kat posting lama
      Maghii ler yeop ke posting baru kiter bincang bersama

      Padam
  22. sudah laa jing jibo..kau melalut aje yg bolehnya.diajak berdebat takut.duit 1mdb tak ilang kunun..bayar hutang pun korek duit ananda..jual ipp jual tanah trx.lepas tu bayar kat aabar bvi. kan haramjadah punya kerja tu.bila mintak bukti hilang tak menjawap..

    BalasPadam