Sabtu, 10 September 2016

Mimpi Ngeri UMNO BN Najib Semakin Nyata..!


Makin laku la ubat tidur..! tak pun telan ubat batuk ajer la..! janji boleh lolap..!

'Kalau Kit Siang boleh, mengapa tidak Anwar?'

"Kalau saya boleh bekerjasama dengan (Lim) Kit Siang, kenapa saya tak boleh kerjasama dengan Anwar?" kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu menjawab pertanyaan wartawan yang menemuinya di Putrajaya hari ini.
Terdahulu Dr Mahathir ditanya sama ada beliau ada bincang untuk mengadakan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan PKR ketika bersemuka dengan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak berbincang isu itu dengan Anwar.
"Saya tidak berbincang, tetapi kalau saya boleh bekerjasama dengan Kit Siang, kenapa saya tak boleh kerjasama dengan Anwar?" katanya.
Kedua-dua mereka bukanlah presiden bagi mana-mana parti namun Dr Mahathir bertindak sebagai Pengerusi BERSATU manakala Anwar sejak sekian lama dianggap pemimpin sebenar PKR.
PRK kini diketuai isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Tiga penjuru bagi BN menang
Sementara itu, Mahathir berkata parti pembangkang yang menentang kerajaan hari ini perlu mengelakkan daripada pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya kerana BN kemungkinan besar menang dalam situasi itu.
"Daripada pengalaman saya dahulu, kalau parti pembangkang atau parti menentang kerajaan hari ini tidak bekerjasama, mereka akan kalah dalam pilihan raya seperti telah berlaku kepada mereka sejak 1959 tahun dahulu.
"Apabila mereka bertanding sebagai parti berasingan daripada pakatan parti pembangkang, mereka sebenarnya berjuang untuk BN menang.
"Jadi kita harap kita akan berusaha supaya semua parti lawan bekerjasama dalam satu jenis kesepakatan agar tidak ada pertarungan tiga penjuru," katanya.
Ditanya sama ada ia termasuk penyertaan PAS, Mahathir hanya berkata: " Saya kata semua parti pembangkang termasuklah PAS."
Ditanya sama ada BERSATU akan menghantar ahli hadir himpunan BERSIH 5.0, Mahathir berkata jika matlamat perhimpunan untuk kerajaan bersih, maka ahli BERSATU boleh menyertai himpunan itu.
Dengki la tu..! hahahahaha..!

22 ulasan:

  1. Terbaiikklah tun..pelan2 kayuh biar sampai tujuan...

    BalasPadam
  2. Bismillah....teruskan usaha.
    Kami dibelakang terus menyokong.

    BalasPadam
  3. saya seorang pesara dan tlh memerhati serta mengikuti jejak kerja pimpinan2 kita sejak merdeka.

    rakyat sudah cukup celik sekarang n sukar d kelentong lagi. insya'allah saya akan memohon menjadi ahli PPBM n berhajat utk bergiat d kawasan Pekan.

    banyak kecacatan kepimpinan Najib yg tidak jujur n lebih becelaru ekoran campur tangan insan2 yg lebih bersemangat utk mengaut harta.

    contoh pemimpin bersih tidak susah utk kita cari. ikuti saja cara serta jejak kepimpinan JOKOWI n AHOK(BJP) d Indonesia.

    saya amat kagum dgn pernampilan mereka yg ikhlas, transperen n ' mesra rakyat' secara total.

    ikhlas saya berani mengatakan sifat2 ini tidak ujud lagi d kalangan pemimpin2 UMNO. Tok Pa saja yg mungkin masih memberi sedikit harapan.

    saya berdoa agar Negara kita akan melahirkan insan2/pemimpin saperti mereka dlm masa terdekat.

    PPBM wajib memikirkan perkara ini secara serios mulai sekarang. gerakan mengenal pasti ahli2 muda yg berpotensi perlu d mulai dari sekarang. mereka harus d bimbing n d terapkan semangat utk mengabdikan diri utk rakyat terbanyak.

    bagi permulaan,mungkin system 'attachment' bolih d perkenalkan agar mereka yg terpilih dpt mempelajari cara kerja Pak Jokowi n Ahok.

    selamat berpolitik secara berhemah.

    BalasPadam
  4. Don't worry be happy!,borang keahlian bolah segerakan mustahak.

    BalasPadam
  5. Betul kata tun...parti pembangkang yg tak mahu bergabung dan lawan 1 to 1 sebenarnya mahu memenangkan BN.
    Dalam masa yg sama tun kena ada back up. Calun pembangkang ke 2.
    Kalau 1 to 1 dengan mudah calun tersebut dibeli disaat akhir. Offer rm10 juta sapa pun lemah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau ingat semua orang boleh beli ke? Kalau semua orang boleh dibeli dgn 10 juta, dah lama kerajaan pas Kelantan tumbang.

      Pakai otak tu sikit

      Padam
    2. Bangang ko tu simpan weh. Mmg lah bukan semua orang tp yg umnu dah buat banyak katak lompat...contoh perak jatuh ketangan bn.

      Padam
    3. Pas bleh dibeli.
      90juta cukup..
      Halalan toyiba

      Padam
  6. Kalau tak 3 penjuru pun BN menang juga. Liaht sejarah S46,Ku Li ,Musa ,Pak Lah, Tunku (Mantan PM ) THH (Mantan PM) bergabung nak jatuhkan Umno BN gagal juga. Malahan masa tu PAS pun bersama dan parti dari sabah yg di ketuai Pairin pun join sekali,pun gagal.Bukan mudah nak pisah kan orang Melayu dari Umno.Rekord Mahathir selama 22 tahun memerentah teruk ,kerana beliau sendiri yg mengakuinya sekarang,banyak benda yg dia buat dulu salah,dan beliau menjilat ludahnya sendiri.S46 dulu,tak ada penjilat ludah sendiri macam tu,dan pesalah sodomi pun tak ada dalam team mereka.Pendek kata team S 46 ,jauh labih mantap dan bersih.Tak caya tunggulah kesudahannya nanti.Kalau nak berjaya,lama dah orang berpusu-pusu sokong Mahahtir tak perlu tunggu dia berjabat tangan dgn Anwar,apa kurang nya Mahyuddin berbanding Anwar beliau pun org no 2 Umno,tentu dah ramai org Umno keluar parti ikut Mahyuddin.Tapi sunyi je.Jangan-jangan sasilnya nanti,orang PKR yg akan ramai melompat masuk Umno,gara-gara jabat tangan Mahathir -Anwar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. DEDAKMAN dah tak tahu apa nak kata .
      Yang keluar hanya kata-kata BANGANG.
      TOTALLY NONSENSE

      Padam
    2. 3:12 selagi ada manusia pembangkang yg bodoh mcm kau ni, selagi tu umno menang.
      Pembangkang di Malaysia mmg bodoh, kalau cerdik dah lama umno/bn tumbang.

      PEMBANGKANG DI MALAYSIA SEMUA BODOH MCM ANON 3:12

      Padam
  7. "Mahathir selama 22 tahun memerentah teruk ,kerana beliau sendiri yg mengakuinya"

    Tang mana yg teruk?

    Tang mana tun mengakuinya?

    Cer citer skit? Jangan ambil sekerat2 ye chai, kerana pencacai ni hadis dan al quran pun ambil sedikit dan sekerat sahaja ikut nafsu dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg ambik Quran dan hadis sekerat-sekerat tu mamak mahathir dan penasihat-penasihat dialah... bodoh kau ni.

      Simpan sikit bodoh tu utk anak cucu

      Padam
    2. Cai jibo dah stress.

      Wakakaka

      Belum lg pru.

      Padam
  8. Cai jibo tak pernah stress yang stress ialah geng kau yang setiap hari reka dan keluarkan article merapu kih kih kih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cai Jibo hidup tanpa stress kerana disogok dedak yang diproses dari hasil wang yang dicuri...wang rakyat. Kerana makan duit haram maka cai Jibo kan menghalal apa saja jibo buat.

      Padam
    2. article merapu? yg pemakan dedak membaca n komen merapu knP ye? dah tak leh tiduR ke?

      Padam
  9. Semoga berjaya tumbangkan BN dan Untuk Macai Najib Only

    BalasPadam
  10. Kenapa kelihatan macam lengang saja ini petang Sabtu
    Sedangkan tajuknya hebat pasal Muydin punya Bersatu
    Kelmarin gah kemain tak kan sekejap sudah matii kutu
    Boleh kah jika hamba ini nak tumpang berkata sesuatu

    BalasPadam
  11. Jing jadah jangan tuan kata begitu,bukan senyap cuma ini petang sabtu, balik kampung jumpa bini boleh cumbu, lainlah tuan mintak bini kena siku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa cai anjing5.46 ni kelihatan begitu resah terharu
      Udah tak senang duduk seperti tempat tak gatal digaru
      Mahu bagii komen merapu hingga tidak pergi memburu
      Kalau rasa dirii hebat pergii lah komen kat posting baru

      Padam
  12. Parti yang di asaskan dato onn dahulu adalah Unaited Malay National Organisation sekarang sudah bertukar menjadi Untuk Macai Najib Only. Sudah bukan parti yg mewakili bangsa melayu, tetapi sebuah parti milik najib & macai²nya.

    BalasPadam