Dah bagi tau...kertas takkan mampu membungkus api..! kebathilan dan pembohongan takkan mampu menutup kebenaran..! Penyelewengan yang membusuk pasti akan mengeluarkan nanah..!
Busuk bro..!
Layan tulisan isam ni..! bukan isam warning tau..! auu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
sumber tukartiub
KALAU GUA JADI NAJIB
Tulisan ini gua tujukan kepada kawan-kawan gua yang baru hendak memahami politik Malaysia. Tulisan ini juga gua tujukan sebagai alat pencerahan kepada anak-anak muda mahasiswa yang mahu menangkap Malaysian Official 1.
Paling penting tulisan ini gua tujukan kepada para YB - yang jantan dan yang betina - dari Pakatan Harapan. Juga untuk sesiapa saja yang sedang mengumpul duit untuk dijadikan modal bertanding dalam PRU14. Dalam istilah politik anak muda mereka
yang bermimpi dan berniat nak jadi YB ini dikenali sebagai YB Wanabee.
Kepada YB Wanabee ini gua harap mereka akan membaca tulisan ini berkali-kali. Ini penting sebelum mereka jual tanah atau pecah tabung buluh. Bertanding dalam pilihanraya ini bukan murah. Nak jadi YB ini bukan pekara enteng.
Kepada mereka semua anggaplah tulisan gua ini sebagai amal jariah. Gua lakukan dengan ikhlas tanpa meminta dedak dan sekam.
Ramai yang berkata bahawa politik ini adalah seni kemungkinan. Dalam politik semua mungkin berlaku. Tapi gua tak seratus peratus bersetuju dengan pandangan ini. Untuk gua politik di Malaysia pada ketika ini ialah politik menyelamatkan Najib.
Semua yang berlaku di Malaysia pada ketika ini bertujuan untuk menyelamatkan Najib. Malah ketika menyambut kemenangan pilihanraya kecil di Sungai Besar - Ku Nan telah melondehkan seluar.
Ramai tidak sedar babak londeh ini pun adalah sebahagian dari taktik strateji untuk menyelamatkan Najib. Bila seluar Ku Nan terlondeh orang ramai ketawa terbahak-bahak apabila ternampak Budak Kecik milik Ku Nan hingga terlupa tentang Najib yang sedang dikepong.
Dikepong bukan bermakna Najib dan Rosmah sudah jual rumah dan pindah ke Kepong untuk lebih rapat dengan pengundi China. Mustahil ini akan berlaku.
Najib sedang dikepong bermakna Najib sedang dikelilingi. Ini bermakna Najib seorang diri dalam bulatan dan ramai orang disekeliling bulatan melaung-laung dan menjerit-jerit. Orang ramai ini makin lama makin rapat datang untuk mencekik Najib. Orang ramai tidak berkeupayaan untuk mencekik Rosmah kerana Rosmah tidak ada leher.Khalas.
Jangan silap faham. Najib belum kena cekik lagi. Ini metapora. Ini contoh untuk pembaca memahami apa yang gua gambarkan dengan ayat: Najib sedang dikepong.
Siapa orang orang yang hendak mencekik Najib? Siapakah yang sedang mengepong Najib?
Gua tidak tahu sama ada Zahid Hamidi dan Hisham Hussein hendak cekik Najib atau tidak. Yang ini belum bagitu jelas.
Apa yang jelas ialah ada satu kumpulan bernama Gerakan Tigma. Gerakan Tigma - 3M dan 1A - dikepali oleh ialah Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan Adfal. Gua rasa hal ini satu dunia sudah tahu.
Gerakan Tigma ini adalah musuh tradisional Najib. Kumpulan ini semakin berkembang dibawah pimpinan Yang Amat Mulia Tun Mahathir. Tujuan Gerakan Tigma ini cukup jelas. Mereka mahu Najib berundur sebelum PRU14.
Ini kerana dari bacaan mereka jika Najib memimpin PRU14 maka United Malays National Organisatioan kan lingkup. Pada bacaan Mahathir parti Ketuanan Melayu ini telah hilang punca. Ianya bukan lagi parti untuk Melayu tetapi parti untuk Najib dan Rosmah.
Dari luar negara pula Najib menghadapi dua media antarabangsa yang tak henti-henti menibai Najib. Serangan media luar ini sedang memaksa Najib menelan air ketum siang dan malam.
Media luar negara ini bukan kecik anak. Ini media bertaraf dunia. Media ini melalui laporan berita boleh menaikkan dan menjatuhkan Presiden di Amerika atau mana mana Presiden atau Perdana Menteri dalam dunia ini. Ini bukan Baca Ria atau Sinar atau Utusan.
Akhbar yang menyerang Najib ini bernama The Wall Street Journal (WSJ) yang berpengkalan di New York. Akhbar WSJ semenjak 3 tahun tanpa rehat terus menerus mengeluarkan tulisan yang membocorkan semua rahsia gelap Najib. Akhbar ini secara teperinci telah membocorkan tipu helah Najib merembat duit 1MDB.
Pembocoran demi pembocoran rahsia Najib ini ini telah menakutkan Ku Nan. Lalu Mat Londeh ini menuduh bahawa WSJ ini diupah oleh Mahathir Muhamad.
Selain dari WSJ ada satu portal berita bernama Sarawak Report (SR) yang berpengkalan di London. Ini juga satu media yang hebat. Portal SR terus menerus mendapat maklumat saheh tentang kerja dalaman pentadbiran Najib. SR melaporkan bahawa Najib akan ditangkap kerana kes rasuah. SR melaporkan Kevin disimin kerana mendiang ini tahu tentang kertas tuduhan terhadap Najib. SR tahu number akoun Najib di AMBank. Pelik tetapi benar - semua ini dilapor oleh Sarawak Report.
Portal internet ini terbukti hebat sahinggakan Raja Petra - Raja Putar Alam - terpaksa menulis minta maaf kepada SR kerana satu laporan berita Raja Putar yang terbukti palsu.
Jeng jeng jeng - pada 20 Julai yang lalu muncul satu lagi pasokan yang amat kuat menibai Najib. Kumpulan ini dikepalai oleh Peguam Negara Amerika yang bekerja sama dengan pasukan Federal Bureau of Investigation (FBI). Puan Loretta Lynch - Peguam Negara sedang menyiasat kes Najib/1MDB dengan bantuan Encik Andrew Maccabe Timbalan Pengarah FBI.
Puan Loretta dan Encik Andrew ini adalah pasukan yang maha hebat dari Amerika. Kalau pasukan ini ke Olympic Rio pasti mereka akan mengondol berbelas-belas pingat emas.
Justeru mustahil Najib tidak gentar. Mustahil Rosmah tidak sedar. Mustahil kaum keluarga Najib tidak tahu. Mustahil ahli United Malays National Organisation tidak terdengar berita ini.
Pekak sepekak badak pun pasti ada tercium berita berbilion-bilion duit 1MDB masuk ke akaun pribadi Najib.
Sebanyak mana pun dedak ditabur mustahil berita Puan Loretta Lynch Peguam Negara Amerika tidak sampai ke telinga itik oppsss..maaf .. ke telinga pemimpin Majlis Tertinggi Parti Ketuanan Melayu. Orang Belgium kata: impossib. Mustahil tidak terdengar.
Yang gua nyatakan disini hanya tiga kumpulan induk yang secara berterusan sedang menyerang Najib bertalu-talu. Semua mahu Najib berundur. Semua mahu Najib didakwa.
Ini belum lagi termasuk ratusan NGO yang juga sedang menyebarkan maklumat untuk menyingkirkan Najib. Contoh terbaik ialah Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM). Ini satu kumpulan bekas ahli parti Bani Ketuanan Melayu yang telah murtad. Ahli-ahli GKCM kini mula menyerang Najib imam besar parti lama mereka.
Gerak kerja GKCM ini disambut oleh Kumpulan Tangkap MO1 terdiri dari pelajar dan anak muda, Kelab Tak Sokong Najib, Gerakan Anti Rambut Rosmah, Peminat Karton Zunar, JAMS - Jaringan Anak Muda Sarawak dan beratus lagi kumpulan dan sosok individu yang mahu Najib dan Rosmah masuk penjara.
Apa yang gua tulis ini bukan adaian. Ini memang sentimen diseluruh Malaysia. Hari ini ke mana sahaja gua pergi orang akan bertanya - bila Najib nak ditangkap?
Juteru apa yang wajib Najib lakukan? Kalau lu Najib apa yang akan lu lakukan? Lu jangan ingat Najib bodoh. Lu jangan ingat Najib bebal politik. Lu jangan ingat Najib tak melawan.
Kalau gua Najib apa yang akan gua lakukan akan memeranjatkan para pembaca.
Pertama: Gua akan tabur dedak. Ini cara tradisional dari zaman kerajaan Melayu Melaka lagi. Kaki bodek istana akan diberi Persalinan. Sosok yang berani melawan atau memperlekeh Sultan Melaka akan diberi gelaran Datuk. Mereka akan senyap dengan pangkat dan gelaran. Mereka akan diberi peluang untuk cium tangan Sultan. Silap-silap hari bulan ketika masuk ke Istana ternampak Inang dan Sida. Kalau bintang menyerlah mungkin dapat gundek dan dapat berbinikan Inang Istana.
Hari ini semua yang sedang dilakukan oleh Najib tidak jauh bezanya dari taktik strateji Kesultanan Melayu Melaka. Kaki bodek naik pangkat. Kaki bodek dapat gelaran Datuk dan Datuk Seri. Yang cuba melawan dinaikkan pangkat jadi Menteri. Yang cuba-cuba buat bising dijanji dapat kerusi YB. Kaki ampoo dapat projek. Kaki bodek Najib dapat cium tanga Najib. Kaki jilat yang afdal dan terpilih khas akan dapat cium tangan Rosmah. Dapat bau bincat pun okay.
Pembaca akan bertanya -mana inang dan gundek istana untuk dinikahi? Sabar dulu biar gua terangkan. Inang dan gundek Istana zaman ini ialah pengacara Tv, Radio, pelakon Tv, pelakon drama swasta - semua ini adalah akan jadi para gundek moden. Lu ada faham apa gua tulis?
Kedua: Gua tahu Najib tahu jika Menteri atau pemimpin United Malays National Organisation bersuara mempertahankan Najib tidak ada sesiapa percaya. Tidak ada siapa ambil pot.
Media Prima hanya indah khabar dari rupa. Akhbar Utusan milik United Malays National Organisation kini telah jatuh muflis. Bukan sahaja tidak ada pembaca malah gaji para pekerja juga ada yang masih belum tuntas.
Kalau gua Najib dalam keadaan terkepong. Dalam keadaan cemas - gua wajib menyelamatkan diri. Najib diserang oleh media. Najib diserang oleh NGO. Maka kalau gua Najib gua juga akan gunakan media dan Ngo untuk menyerang kembali.
Gua akan munculkan banyak portal yang menyamar sebagai portal anti-kerajaan pada awalnya kemudian perlahan-lahan muncul untuk mempertahan Najib.
Kerana gua diserang dari luar maka gua akan hantar macai ke Australia, ke United Kingdom atau ke Amerika. Di negara ini gua akan tabur dedak kepada penulis blog kokak untuk menaikan nama Najib. Untuk menyerang Mahathir. Dan untuk menyerang Puan Loretta Lynch.
Bukan susah untuk mengupah saekor lawyer buruk di Australia untuk bersuara mempertikaikan kerja Perguam Negara Amerika. Tidak ada sesiapa di Malaysia tahu bahawa Peguam ini sebenarnya tidak pernah ada pelanggan. Peguam ini hidup dengan duit ‘dole’ - duit bantuan penganggur.
Ketiga: Senjata gua ketiga aini adalah senjata bergenre nuklear. Gua akan ledakan bila tiba masa dan ketika. Semua musuh Najib akan menggelupur. Kalau gua Najib gua wajib menang besar dalam PRU14. PRU yang akan datang ini adalah senjata nuklear Najib. Hendak tahu cara Najib menang besar dalam PRU14 tunggu minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
bila spin angin kentut madey kutty beginilah jadinya ... melantun hangit punya satira ... go fly kite !!!
BalasPadamSejak dari isu baling kebuloq, isu mata lebam, mahafiraun dan kini mahajib, semua itu hanyalah isu politik. Fakta mungkin betul atau mungkin diolah agar nampak betul. Cerita sama yang dibancuh berulang kali pasti jadi tawar tetapi dedak dan sekam punya pasal cerita yang sudah tawar itu hanya cai cai saja yang akan langgan untuk bacaan dikala su yi! Kah kah kah.
PadamCai2 sengaja buat kecoh bagai nak berparang bergolok
BalasPadamSenenar nya tiidak ada apa iisu pun kerajaan diperolok
Kalu diliihat pembangunan negara semua berjalan elok
Puak caii ambil peluang poket Matdey tunggu nak cilok
Siapa yg masih tak nampak lg bugis penyamun sedang dikepung.....sah sangat....masa dlm kandungan terkena Virus Zika....otak dan kepala kecik.
BalasPadamIni satu contoh cai tak ‘educated’ taraf budak kampong
PadamCai ni syok hanyut dibuai mimpi angan-angan terapong
Kemain suka cai ni tengak kartun sewel Najib dikepong
Tunggu tindakan saman DOJ sampaii tua ler melopong
Ekonomi hampir meleset teruk. Akhbar cina sudah menasihat orang cina untuk mengikat perut dan menyimpan cash.
BalasPadamAkhbar melayu masih berangan siang dan malam.
Ekonomi Malaysia dah teruk, suruh mereka pegi cari negara lain yg lebih baik dan makmur ekonominya.
PadamDuduk sini pun kena ikat perut. Tak ke bodoh namanya?
Jgn lupa bawak sekali harta benda yg banyak tu.
Boleh Akbar China kau itu pergi Singapore itu mereka dah hadapi masalah ekonomi itu he.he.he.
Padam4:18 mungkin orang hulu. Tidak tahu keadaan ekonomi semasa. Elok dapatkan nasihat dari pakar ekonomi. Cuba keluar dari kepompong umno.
PadamMemang ada juga tempat atau keadaan ditimpa petaka
BalasPadamContohnya Tuhan udah hantar ke sini kuman virus Zika
Mungkiin disebabkan angkara mungkar manusia puaka
Satu contoh skandal seks macam dengan nyonya Nika
In malaysia, malays cannot change their leaders as they have been BANGSATed and DEDAKed! Chinese and Indians are equally helpless becos of internal strife.
BalasPadamDoJ actions aside, i personally think that Cash is Kinb Najib can get prosecuted in malaysia only if Yes Boss Apandi and Twitter King Khalid are removed from their respective positions by Duli Yang Maha mulia Agong. Is not their appointments were consented by Agong???
Bila baca komen sekor cai kat atas hatii rasa agak sayu
BalasPadamBincang pasal Agong tapi haram tak reti bahasa Melayu
Tak kan dia China, mungkin duduk negerii bawah bayu
Bahasa tu ok dah, tetapii idea hujah macam kuda kayu
Admin ni makin teruk bila berkawan dengan DAP China
BalasPadamDia bukan lagi komen mengkritik tapii tahap menghina
Apa admin pun macam Muidiin ke udah sangkut betina
Kesian lah bila tengok bangsa Melayu dah jadi durjana
Caii blogger inii sejak kawan DAP kemain lagii dia juah
BalasPadamTiada pun buktii yang kukuh PM dituduh terima rasuah
Dibayar puak pembelot huru harakan ini bumi bertuah
Usah mimpi le cai penyudahnya nko akan makan kuah
Bila baca komen sekor cai kat atas hatii rasa agak sayu
BalasPadamTAKUT KEHILANGAN NAJIB KE? SAYU KALAU NAJIB MASUK JEL?
Bincang pasal Agong tapi haram tak reti bahasa Melayu
SAYA DAPAT "A" DALAM BAHSA MLAYU SEBAB SAYA BANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM. AGONG ADALAH RAJA NEGARA KITA MALAYSIA
Tak kan dia China, mungkin duduk negerii bawah bayu
SEMESTINYA SAYA BUKAN CINA SEBAB SAYA MELAYU DAN MUSLIM...SAYA DOK KAT KAWASAN NOH OMAR......HAHAHA
Bahasa tu ok dah, tetapii idea hujah macam kuda kayu
SEMEMANGNYA BAHASA SAYA EXCELLENT. IDEA SAYA SEBENARNYA MENYEBSBKAN RAKAN SAYA DALAM KAWASAN JAMAL BERPALING TADAH. DIA BERIYA2 BENAR NAK MASUK PARTI BETSATU.
Sdra,
Saya pernah berhujjah dengan ahli umno bahawa sebenarnya tak perlu buka parti baru nak kembalikan kekuatan Umno. Remove najib and send him to jail. Find a new leader and get reorganised.
Saya terperanjat apabila kawan umno saya dalam ka77wasan jamal ikan hangus berkata....bro, susah le....kami semua kena hulur,,,tak ambik dituduh pengkhianat, ambik guilty to the core. Sebab itu he is looking for a way out. By the way this friend of mine was a graduate of UIA...dalam bidang syariah....so this case speaks for itself.
Bro 2.06,
Most umno boses takut Agong will act....this is not rumours becos these were the words of UMNO MEMBERS WHO ARE SERBA SALAH.... SWALLOW MOTHER DIE, SPIT FATHER...:) :) :)
Parti Bersatu sesuai untuk mereka yang rasa kecewa
PadamMereka inii pelahap susah kenyang macam ular sawa
Tidak ada nak fikir masa depan Melayu punya nyawa
Contoh mudah ketua partii dapat usung nyonya lawa
Tengok gaya bahasa cai seperti Wak Seman menyamar
PadamSama sahaja asal tempat diia tinggal rumah dan kamar
Dulu udah banyak kali lari macam pendatang Myanmar
Usah lah buat gaya menikus begini Wak kita tak gemar
Kejora inii adalah ibarat bintang setiiap masa gemerlap
PadamPelbagai kaedah tektik perjuangan kitorang dah digilap
Ada jugak berkebolehan ala- SB atau mata-mata gelap
Kita tangkap Wak jam 2.29 ptg ni memanglah tak silap
Geng Kejora cepat bertindak cekap, tangkas dan rakus
PadamWak Seman kini mata pudar macam ikan siakap kukus
Tidak jalan jugak dicuba kaedah samaran dia ala tikus
Dah kerap kantoi agaknya kali inii akan terus bungkus
Kitorang Geng Kejora ni memang terlatih cukup cekap
PadamWak Seman ini Kejora dah kenal lama dari gaya cakap
Walau pun diia menyamar berjaya jugak kiita tangkap
Apa Wak nii nak join Syafiqah ke tidor dalam sel lokap
2:47...
PadamBukan usung nyonya Mongolia ke..?
Teruskan usaha Putera M. Pencacai umno dah macam cacing kepanasan. Bongkar pembohongan. Laporkan kebenaran
Padamya...kita tengok sapa yg kena... samada yg dikepung atau yg mengepung...PRU14 jadi penentu... tika ini najib mmg dikepung diasak oleh para tentera Dajjal... puak2 yg mengepung ini akan takkan putus asa mencipta pelbagai pembohongan, fitnah dan kejahatan utk membelasah najib... puak2 ni tau segala tuduhan depa adalah fitnah semata2... cuma penjilat2 lobang taik depa je yg tak tau...
BalasPadamKah kah kelakooo suara keadilan nok keadilan pada semua.... politik adalah seni kemungkinan.. patutlah seni fitnah menjadi jadi..... nok adil mimtak adi pd budak fapizi... cikrbard terhadap kezaliman assmin.... dan kroni... sesama parti pun x adil nok citer org lain... puiiiiiii.... jubo ooo jubo .....jubo sendiri pun tak kemaskini ade ati nak ckp pasal lain....
BalasPadamSaya malas nak masuk campur.
BalasPadamDoJ dituduh pembohong dan memfitnah MO1 dan malaysia walaupun ribuan dokumen dihimpun dan diketahui umum dan sekarang menunggu hari perbicaraan, jika ada......
AG Apandi cakap mulut tak ada kes tanpa tunjuk dokumen. Jika ada dokumen rajah yang ditunjuk pun nyata ada kes....itu tak fitnah dan pembohongan pulak????
Hassan PAC boleh tukar2 fakta dalam laporan......bukan fitnah dan pembohongan???
Barangkali istilah fitnah dan berbohong tiada dalam kamus pro najib.
Fakta adalah fitnah
Kebenaran adalah pembohongan.
Kita akan tengok fakta adalah fitnah dan kebenaran adalah pembohongan dalam bulan september ini
Wallahuaklam
Cai munafiq nii mula ayat cakap dia malas nak campor
PadamTapii gaya penghujahan iitu ala bahasa nak bertempor
Biar jujur sikit nak komen nanti jadi ayam berak kapor
Kalu ada yang panas baran silap gaya kena penampor
3.27,
PadamKebenaran senantiasa mengatasi kepalsuan
Fakta tak dapat dilawan dengan auta
Reality menggagalkan fantasi
Sebab itu jika ada komen yang berfakta membuktikan kebenaran, realitinya ramai yang gentar dan terus kutuk ini kutuk itu. Itulah kepalsuan berdasarkan auta dalam fantasi....
Wallahuaklam
Admin blogger ni puas mencari akal nak pusing keliling
BalasPadamIkhtiar mahu bantu pengerusi Bersatu si Matdey keling
Bulan lepas kempen hasut rakyat atas jalan berguliing
Macam mana sekalii pun rakyat bijak takkan berpaling
Pasal 1MDB, boleh senaraikan APA YANG FITNAH DAN APA YANG PEMBOHONGAN? Kelirulah
BalasPadamIn na solati wanusuki wa mah ya ya wa ma ma ti lil lah hi rab bil aa lamin...
BalasPadamLa ila haillallah, muhammadar rasullullah...
Alhamdulillah.. Telah islamlah kamu seandainya kamu cina, kristian atau hindu yg melafaz ayat diatas..
4.25,
PadamIni ditujukan pada siapa? Pelik
Admin ambik jalan selamat menghentam pm najib dgn menggunakan isyam tukar tiub. Bila disoal, admin akan kata sumbernya tukar tiub. Cerdik2 alang begitu. Teruskanlah buat provokasi begini sebab skmm mungkin masih tido. Silakan berangan dan bermimpi yang indah2... buat seketika.
BalasPadamHebat putar merdeka ni macam puki mak dia phuii....fuckin shit
BalasPadamAdmin semakin teruk sejak berkawan DAP pengkhianat
BalasPadamMakin seharii makin diia buat posting gaya siial lahanat
Selaiin bertambah dosa admin hanya akan dapat penat
Bukan hanya geng Najib caii2 pun udah sepii tak minat
Apa la punya artikel ni. Tak ada substance langsung. Kalau nak kondem pun kondemlah cara berhemah dan subtle. Ini nampak sangat dendamnya .
BalasPadamWak Seman Kadok konon menyamar sembunyi belang
BalasPadamTapi langkah pak tua ini sumbang dia bernasib malang
Kali ini Kejora udah betul-betul tunjuk dia jalan pulang
Baru dia tau si tua bahlol ini terus dia sepi menghilang
Admin ni blogger paling bodoh di msia. Xde idea sendiri utk kuarkan hujah. Sume posting kutip dr berita lain asalkan dpt menghasut. Benar atau tidak, dia xpeduli. Janji masyuk...!!!
BalasPadamSdra Admin
BalasPadam1. Saya melihat banyak "cacing" kepanasan dek artikel anfa tulis.
2. Biar mereka tuduh anda bermacam2 kerana anda berani kerana benar buksn macam "nothing hide" :)
3. Argumen dari penentang anda sebenarnya tak ada value...asyik kutuk orang fitnah, fitnah dan fitnah.
4. Kadang2 selit isu agama kononnya merekalaj tahu hal agama sedangkan mereka bersekongkol dengan penyamun.
5. Kalah dalam argumen akan terus takutkan anda dengan SKMM lah, ini itu..untuk defend penyamun.
6. Isu sebenar adalah 1MDB kena samun namun tdm kena kutuk.
Jadi sdra admin, jangan gentar dengan gertakan. Teruskan usaha murni anda sehinggalah penyamun ditangkap kalau boleh dalam malaysia. Kita hendak tengok muka penyamun dan cai2 mereka.
admin blog ni berani? berani keluarkan statement yang dikutip dari blog tukar tiub yang sejak dulu bulunya tak sama dengan bulu melayu? bulu penakut semasa anwar ditangkap zaman reformasi dgn lari keluar negara? sudah2 la memuji, puji patut kena pada tempatnya. admin atau blogger ni orang sekarang sebut TAK ADA TELOR!!! apa2 hal nanti akan disalahkan kepada blog tukar tiub...
PadamTeruskan Putera M. Mereka ni semua dah macam cacing kepanasan.
PadamAdmin Putera M ni dah jadii sampai tahap budak-budak
BalasPadamKalau air yang dia saji pun udah makin banyak keledak
Tak tahu lah kalau itu caranya Matdey punya kehendak
Nanti kalau tidak ikut perintah tak dapat ler pula dedak
Hanya kerana sesuap dedak Putera M ni rela jadi kaldai
BalasPadamMau bekempen untuk jatuhkan PM tapi cara tak pandai
Kini blog ini dah kena serang bagaikan ribut membadai
Cari makan cara lainlah admin elok tutup saja ini kedai
Kesian, ramai juga BABI UMNO di sini ya...
BalasPadamRamai BABI umno bagai cacing kepanasan di blog ini. Teruskan PMerdeka.......let them get exhausted to see najib in jail
PadamPencacai dah kepanasan. Bongkar lagi. Cari berita
BalasPadam