Khamis, 30 September 2010

PRK Galas...BN Telah Berjaya Langkah Pertama!!!


KUALA LUMPUR 29 Sept. - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini.

"Dengan restu Presiden (UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak, saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. - Bernama

Komen

Alhamdulilah...apa yang dihajatkan oleh ramai pemimpin, ahli dan penyokong UMNO telah direalisasikan oleh pemimpin tertinggi parti...sikap berlapang dada dan terbuka ini memberi contoh baik kepada anak buah bahawa kepentingan parti merupakan agenda utama!!!

Kesediaan Tok Pa menggalas amanah sebagai Timbalan Pengarah jentera pilihanraya juga menampakkan sikap kesederhanaan dan toleransi yang tinggi yang jarang ada pada sesetengah pemimpin umno yang lain...syabas Tok Pa!

UMNO telah meletakkan kepercayaan kepada dua tokoh besar negeri cik siti wan kembang untuk mengemudi jentera UMNO/BN. Rekod menunjukkan kedua dua tokoh ini pernah dan telah berjaya mengembalikan kekuasaan UMNO/BN di negeri serendah se kebun bunga itu.

Tahniah YAB Presiden dan YAB Timbalan Presiden! UMNO/BN telah mengharungi langkah pertama dengan jayanya...dan InsyaAllah akan terus berjaya...amin

2 ulasan:

  1. Cuma teman pesan, masa berkempen jangan bawak si Nazri Lenggong, Khairy Rembau dan Adnan Putrajaya kat Galas nih, buat damage control jer.
    Peranan Tok Him Perkasa tersangat-sangat dialu-alukan. Dalam masa yang sama, tak payah PM nak umumkan bantuan kat sekolah cina - depa ni manis muka jer depan tapi tetap sokong hamba DAP iaitu PAS. Byk lagi sekolah Melayu, surau, rumah orang asli, estet India dan perkampungan siam yang masih belum terbela.

    BalasPadam
  2. salam, tuan, blog tuan sudah saya pautkan.

    BalasPadam