Khamis, 21 Oktober 2010

Parlimen! Soal Jawab Lisan...



Tuan Lim Guan Eng ( Bagan ) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil ke atas pengetua dan guru sekolah di Kulai, Kedah dan Pulau Pinang yang menghina pelajar India sebagai anjing dan pelajar Cina balik ke China.

Dato’ Seri Nizar bin Jamaluddin ( Bukit Gantang ) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil ke atas pengetua sebuah Sekolah Menengah di Kulaijaya, Johor dan sebuah sekolah lagi di Sungai Petani, yang mengeluarkan kenyataan menghina pelajar Cina dan India di sekolah tersebut baru – baru ini.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali ( Gombak ) minta PERDANA MENTERI menjelaskan apakah status penyiasatan terhadap Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman , Kulai yang dilaporkan membuat kenyataan bersifat perkauman di hadapan para pelajar.

Tan Sri Datuk Dr. Fong Chan Onn ( Alor Gajah ) minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah tindakan akan diambil untuk memecat pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra serta Sekolah Menengah Bukit Selambau kerana kenyataan mereka yang berunsur rasis terhadap murid – murid di sekolah mereka.

Tuan Nga Kor Ming ( Taiping ) minta PERDANA MENTERI menyatakan apa tindakan dan surcaj yang akan diambil terhadap Pengetua SMK Bukit Selambau , Kedah dan Pengetua SMK Pulai Jaya , Johor yang mengeluarkan kenyataan berbentuk perkauman yang menghina pelajar – pelajar kaum Cina dan India di sekolah – sekolah tersebut.

JAWAPAN :

Tuan Yang di Pertua,

Saya mohon izin supaya soalan YB Bagan ini dijawab bersekali dengan soalan daripada YB Bukit Gantang ( 18 Oktober ), YB Gombak ( pada I November 2010), YB Alor Gajah ( pada 29 November 2010) dan YB Taiping ( pada 6 Disember 2010) kerana ia berkaitan perkara yang sama.

Tuan Yang di Pertua,

Kerajaan sedar bahawa sejak kebelakangan ini terdapat segelintir pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitivity kaum dan agama. Kerajaan memandang serius mengenai perkara ini dan sama sekali tidak akan bertolak ansur ke atas perbuatan tersebut walaupun bilangan terlibat amat kecil berbanding 1.2 juta orang pegawai awam. Kerajaan akan berusaha membendung perbuatan tersebut yang boleh meruntuhkan kerukunan antara pelbagai kaum yang dinikmati selama ini. Kerajaan member jaminan akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pegawai terbabit berasaskan peruntukan undang – undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

Insiden – insiden yang melibatkan segelintir pegawai awam itu tidak seharusnya dilihat sebagai menggambarkan pendirian Kerajaan.Malah pihak petadbiran Kerajaan tidak pernah dan tidak akan membiarkan berlaku apa –apa tindakan dan kelakuan yang bertentangan dengan keharmonian kaum yang dipupuk selama ini terutamanya daripada pegawai awam yang merupakan golongan pelaksana dasar – dasar Kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan melalui Ketua Setiausaha Negara telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2010 mengenai Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Yang Mengeluarkan Kenyataan Menyentuh Sensitiviti Kaum dan Agama. Langkah ini adalah sebagai peringatan tegas dan serius Kerajaan kepada semua penjawat awam agar tidak membuat apa –apa kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama dalam apa –apa keadaan sekalipun . Kerajaan juga telah memutuskan supaya mana – mana pegawai yang didapati berbuat demikian, akan digantung daripada menjalankan tugasnya serta – merta sementara menunggu siasatan dijalankan.

Tuan Yang di Pertua,

Mengenai tindakan ke atas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, pengetua yersebut kini sedang dalam prosiding tatatertib berdasarkan Peraturan – peraturan Pegawai Awam ( kelakuan dan TYatatertib) 1993. Tindakan ini diambil kerana pihak Kerajaan mengambil kira factor bahawa pengetua tersebut telah membuat empat kali permohonan maaf dan menarik balik ucapannya kepada pihak terlibat iaitu semasa perhimounan mingguan, di Bilik Gerakan Sekolah semasa pertemuan dengan guru bukan Melayu ( sesi pagi), dikantin sekolah dan dari kelas ke kelas.

Pengetua tersebut telah dihadapkan dengan tiga (3) pertuduhan kerana membuat pernyataan yang menyentuh sensitivity kaum dan berbaur perkauman . Surat pertuduhan terhadap pegawai telah pun dikemukakan dan pegawai diberi peluang untuk membela diri selama 21 hari. Apabila pegawai mengemukakan representasi bertulis, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No.1) akan bersidang dan memutuskan hukuman tatatertib terhadap pegawai sekiranya didapati bersalah.

Dalam tempoh prosiding tatatertib berjalan, pegawai telah digantung daripada menjalankan tugasnya dan pegawai ditempatkan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor berkuatkuasa pada 23 Ogos 2010.

Sementara itu, bagi Pengetua Sekolah Menengah Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, beliau telah diberikan amaran oleh pihak kementerian Pelajaran Malaysia.Pegawai juga telah memohon maaf secara terbuka kepada pihak terlibat di atas ucapan berbaur perkauman yang dilakukannya. Pegawai telah digantung daripada menjalankan tugasnya dan kini ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda berkuatkuasa pada 23 Ogos 2010.

Sekian,Terima Kasih.

5 ulasan:

  1. macam berpakat pulak soalan mereka. namewee siapa pun tak tanya ka? aku ingat hisyamkerismudin dah kena tukar. dia tak layak

    BalasPadam
  2. Patek pun ingin tahu tentang Namewee apa jadi.?
    Adakah tunggu dan lihat lagi.?
    Tak boleh tergesa2 sebab dia Cina, kalau tak Cina akan berdemonstrasi dan jadi isu perkauman besar.? Habis.??? Apa tindakan kerajaan terhadap haramjadah si Namewee tu.???

    BalasPadam
  3. aku sakit hati betul namewee, rais yatim lepaskan. senang2 je jawab tak cukup bukti. aduh, kalu bab dia, cekap giler.

    BalasPadam
  4. Mohon promosi blog kami. Terima kasih.

    - Galas untuk BN -

    BalasPadam