Ahad, 10 Oktober 2010

PRK Galas...Aura Seorang Raja...





Gendang Perang telah dipalu! Gendang yang dipalu oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah telah bermula hari ini apabila beliau menghadiri majlis Ramah Mesra Hari Raya Kelab Anak Anak Gua Musang ( KAGUM ) di rumah En Lukman Ghani petang tadi.


Majlis yang dihadiri hampir 2000 orang ini telah berjaya mengumpulkan anak anak Gua Musang yang kebanyakkan bekerja di sekitar Lembah Klang, pihak penganjur juga telah mengambil peluang dengan menyediakan meja bagi pengundi pengundi DUN Galas untuk memeriksa daftar pengundi terkini mereka.

Dalam temuramah Kuli kepada wartawan yang hadir, beliau telah menjelaskan bahawa sokongan padu dan jitu mestilah diberikan kepada beliau oleh seluruh pemimpin dan ahli UMNO/BN baik di Kelantan mahupun dari pusat bagi mempastikan kemenangan kerusi DUN Galas pada 4 November depan.

Soal calon kata beliau, akan diputuskan apabila beliau bertemu dengan YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN serta menyerahkan kepada parti untuk memutuskannya. Menyentuh soal kriteria calon yang difikirkan sesuai bagi menggalas kerusi di Galas, YBM Kuli berkata
' Seorang yang dikenali baik oleh rakyat tempatan serta disenangi, yang tidak mempunyai rekod yang buruk, seorang yang amanah dan setia'.

Dalam menjawab soalan bahawa PAS akan meletakkan calon dikalangan orang asli, Kuli berkata itu adalah hak mereka dan beliau percaya bahawa sokongan orang asli kepada BN masih kukuh, menjawab isu yang dimainkan oleh PAS yang mengatakan bahawa Kuli menyokong dan membela PAS dalam isu royalti minyak, beliau menegaskan bahawa beliau menyokong dan membela rakyat dan negeri Kelantan, tidak timbul soal beliau menyokong PAS, dalam soalan berkaitan yang mengatakan bahawa PAS menerima 'budi' beliau dalam isu ini, Kuli berkata 'kalau gitu PAS tak payah bertanding la'.

Melihat kepada sokongan dan perpaduan yang jitu dikalangan anak anak Gua Musang kepada Kuli petang tadi jelas menampakkan 'aura' beliau sebagai pemimpin begitu disenangi dan disayangi serta masih diperlukan oleh rakyat di Parlimen Gua Musang terutama mereka yang menjadi pengundi di DUN Galas.

Hakikatnya UMNO/BN Gua Musang 'solid' dibelakang Kuli, pastinya keharmonian yang terjalin dikalangan kepimpinan diperingkat bahagian jelas memberikan kekuatan asas dalam mendepani Puak Parti Ajaran Sesat dalam 'perang' yang bakal bermula pada 26hb Oktober nanti...

InsyaAllah UMNO/BN akan merampas kerusi DUN Galas...

1 ulasan: