Khamis, 3 Februari 2011

Dato Ajib Dalam Kenangan...


Jam 4.40 petang tadi Dato Ajib Ahmad, bekas Menteri Besar Johor telah kembali kerahmatullah. beliau yang berusia 64 tahun meninggal dunia akibat sakit jantung.

Jenazah beliau telah dibawa ke Masjid Saidina Umar di Damansara petang tadi, seterusnya disembahyangkan dengan kahadiran lebih 200 orang yang hadir memberikan penghormatan.

Jenazah beliau dibawa ke tanah perkuburan Islam bukit kiara selepas sembahyang maghrib tadi untuk dikebumikan...


Beliau telah menjadi Menteri Besar Johor dari tahun 1982 hingga 1986 menggantikan Tan Sri Osman Saat, 1986 beliau bertanding di kerusi Parlimen Mersing dan dilantik menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum digugurkan dari kabinet setahun kemudian...


Semoga Allah menempatkan roh beliau disisi para solihin...amin

Al Fatihah...!

Tiada ulasan:

Catat Komen