Rabu, 9 Februari 2011
Pemuda BN Sarawak Bersiap Sedia Mengunyah Pakatan Pembangkang Dalam Pilihanraya Negeri Yang Bakal Tiba...
Kesempatan bertemu dengan YB Dato Haji Fadillah Yusof Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi merangkap Ketua Pemuda PBB Sarawak yang juga Pengerusi Pemuda BN Sarawak petang tadi merupakan peluang baik bagi penulis untuk bertanya banyak perkara terutama perkembangan politik terkini Sarawak terutama persiapan barisan Pemudanya menghadapi pilihanraya negeri yang bakal menjelma bila bila masa.
Seperti biasa YB Dato Fadillah seorang yang 'humble person' begitu mesra melayan penulis walaupun pertemuan itu hanya sementara kerana sebenarnya beliau sedang bertemu dengan anak muda yang datang dari kawasannya Petrajaya yang pasti merujuk beliau untuk mendapatkan nasihat atau menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Menjawab kepada persoalan berkenaan pertemuan PM dengan ADUN BN Sarawak tempohari, beliau menjelaskan bahawa PM serius dan mengotakan janjinya untuk bertemu dan mendengar sendiri akan permasalahan yang masih belum diselesaikan di setiap kawasan yang wakil rakyat BN wakili. Ianya merupakan satu lagi langkah transformasi yang dijanjikan oleh PM setelah transformasi ekonomi dan kerajaan dan kini politik.
Sambil menyerahkan kepada YAB DS Najib dan YAB Pehin Seri Taib berkenaan tarikh sebenar pilihanraya akan diadakan, beliau menjelaskan bahawa BN Sarawak terutama Pemuda BN negeri begitu bersemangat dan berada didalam 'mood' pilihanraya. Beliau dengan yakin berkata bahawa Pemuda BN Sarawak begitu jitu dan bersatu serta bersedia untuk menyediakan jentera pemuda yang kuat bagi menghadapi pilihanraya.
Keyakinan ini bersandarkan kepada 4 perkara yang menjadi teras kepada pemuda BN Sarawak iaitu konsisten dalam berdamping dengan masyarakat tak kira ahli atau bukan ahli parti, ikhlas dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang menjadikan pemuda BN Sarawak 'enjoy' dalam melaksanakan apa jua program, mendengar secara terbuka akan apa jua pandangan mahu pun kritikan dan mengatasinya dengan hikmah serta menjalankan program dan aktiviti secara berterusan tambahnya.
Program yang dijalankan perlu mengikut kesesuaian dan kehendak masyarakat setempat, ini kerana kedudukan geografi Sarawak yang pelbagai maka tentunya permasalahan dan kehendak setiap akar umbi berbeza, namun setakat ini ianya berjalan dengan lancar dan program yang diatur telah mendapat maklum balas yang begitu positif dikalangan penduduk setempat bukan sahaja kepada golongan muda malah pelbagai lapisan masyarakat juga menerimanya.
Itu sebab Pemuda BN Sarawak hanya menunggu 'loceng' pilihanraya dibunyikan kerana bagi mereka segala persediaan dan persiapan selama ini sudah cukup bersedia untuk MENGUNYAH Pakatan haprak pembangkang dalam PR negeri yang bakal tiba bila bila masa...
Sampan sudah diair, dayung sudah ditangan...hanya menanti wisel sahaja dibunyikan...
Lu Fikir La Sendiri!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Aku rasa BN akan melalui kesukaran untuk mengekalkan Sarawak dlm PRU yang akan datang.
BalasPadamKawan2 aku di Sarawak mempunyai sentimen2 yang agak negatif terhadap CM sekarang. Diaorang cakap..cukuplah tu, nak apa lagi. Bape banyak lagi harta dia nak kumpul..itu luahan depa.
Pengalaman aku ke Kuching, pemandu teksi tersebut membebel dari airport ke hotel berkenaan CM skang yang sepatutnya dah kasi orang lain pegang....bersara je....segala mcm projek dikaitkan dgn CM skang.....
Itu hanya pandangan la....dan aku rasa silap2 BN terlepas Sarawak.....
Dakwan.
PERGHHH KLU CM PASANG 2 ATAU 3 APE SLHNYE?. DIA MAMPU. TAK PERLU BERBAI'AH. YG PENTING KESTABILAN DAN KEHARMONIAN TETAP TERJAMIN. ORG S'WAK TAU NAK MEMILIH KERAJAAN MANA YG BAIK UTK MEREKA. TAK TAU LA PLAK KALAU ADE PENYANGAK2 POLITIK YG TAK PUAS HATI DGN KEAMANAN YANG DI KECAPI OLEH WARGA S'WAK. SAJE NAK JADI BATU API HUHUHU
BalasPadam