Rabu, 16 Februari 2011
PRK Kerdau & PRK Pelabuhan Klang Serentak!
Apakah mungkin Pilihanraya Kecil Merlimau akan disekalikan dengan Pilihanraya Kerdau dan Pilihanraya Pelabuhan Kelang?
Dalam cakap cakap dikalangan 'mereka' yang terlibat secara langsung dengan PRK PRK ni semuanya menjurus kepada mahukan ianya dilbuat serentak.
PRK Merlimau telah pun ditetapkan pada 26 haribulan ini dan jika ada pertandingan maka pengundian akan dibuat pada 6 hb Mac.
Nampaknya kedua dua pihak begitu ghairah untuk meletakkan calon masing masing dengan BN akan menamakan calonnya pada 23 hb ini manakala PAS akan menamakan calon mereka pada sehari kemudian 24 hb Februari nanti.
PRK Kerdau hanya memerlukan SPR menetapkan masa dan hari bagi diadakan pilihanraya. Bagi PRK Pelabuhan Klang pula ia akan diketahui esok apabila mahkamah mendengar kes Badrul mencabar keputusan Speaker yang telah membuat pengistiharan kekosongan kerusi tersebut pada 16 Januari lalu.
Apapun SPR perlu mengadakan PRK bagi Pelabuhan Klang sebelum 16 Mac akan datang sesuai dengan peruntukan undang undang yang menetapkan bahawa SPR mestilah mengadakan pilihanraya bagi mengisi kekosongan mana mana kerusi pilihanraya dalam tempoh 60 hari.
Jika keputusan berpihak kepada Speaker Teng maka hampir pasti kedua dua PRK Kerdau dan PRK Pelabuhan Klang akan diadakan serentak. Ada kemungkinan yang ianya bakal diadakan pada pertengahan bulan Mac diantara 13 hingga 20 Mac jika cuti sekolah semester pertama diambil kira.
Apapun cukup cukuplah pilihanraya kecil ni...letih la!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK
BalasPadam• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.
• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.
• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.
• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.
• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.