Selasa, 8 Februari 2011
Sejak Bila Zafrul Maybank & Zainal Aznam Jadi Anjing Pembangkang?
Nampaknya tak cukup dengan PAS, PKR dan DAPig mempertikaikan perlantikan YB Dato Seri Utama Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi Felda, hari ini ianya disambung lidahkan oleh mereka yang berlatarbelakangkan ekonomi.
Mereka turut sama menumpang semangkuk seakan sama memprotes dan mempertikai keputusan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.
Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. berkata -
“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah, pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.'' katanya.
Manakala rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran. “Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal Aznam.
Apa hal dua ekor ni meroyan tak tentu pasal? apa yang mereka tak puas hati dengan perlantikan tersebut? tak pulak dua ekor ni sebutkan pasaran apa dan pasaran mana yang jatuh menjunam! pasaran mana pulak yang begitu bimbang hingga terpaksa digantung dari diapasarkan?
Atau kedua dua ekor ni sebenarnaya marah dan kecewa dengan keputusan bijaksana PM yang melantik Tan Sri Isa ke jawatan tersebut kerana merasa mereka lah yang sesuai dan layak bagi jawatan Pengerusi Felda? Kalau jenis dua ekor ni yang tak pernah menjenguk masaalah rakyat dan menyelami permasalahan warga Felda nak jadi Pengerusi alamat makan gaji buta dan menkedarah projek jer laa...
Jangan campur urusan Kerajaan la weii! Kerajaan UMNO dan BN tahu lah apa yang baik untuk rakyat dan negara! kedua dua ekor ni pun menikmati hidup hasil dari kemakmuran yang difikir, dibincang dan dilaksana dengan begitu berhati hati oleh Kerajaan UMNO/BN selama ini!!!
Mendapat nikmat perniagaan dan tempat yang disediakan oleh orang orang politik yang jujur mentadbir negara selama ini, Maybank pun banyak bertapak dan beroperasi semasa Tan Sri Isa menjadi MB Negeri Sembilan dulu...silap silap kau orang pun ada mengadap beliau untuk memohon tanah bagi menjalankan operasi perniagaan disana...lupa diri betul la dua ekor ni!!!
Jenis jenis ni sepatutnya PM DS Najib kena panggil dan nasihat...agar mereka ni reti dan tahu dimana bumi mereka pijak, jangan dibenar mereka terus menyemai benih benih biadap yang langsung tidak memperlihatkan adab dan susila kita bermasyarakat... Ini baru Kerajaan BN tidak memperoleh 2/3 majoriti.
Tan Sri Isa diberi tanggungjawab oleh PM kerana beliau begitu tahu dan maklum akan apa yang perlu dan baik bagi Felda dan warganya... Kejayaan Felda selama ini atas usaha Kerajaan UMNO/BN yang diamanahkan keatas bahu orang politik... Itu sebab Warga Felda begitu menyanjung tinggi UMNO dan BN kerana mereka merasai setiap denyut nadi kejayaan ini!!!
Kalau jenis Zafrul dan Zainal Aznam ni memegang tampuk GLCs...alamat lupa diri dan bongkak la warga dibawahnya...Syukur!!!Nasib baik tak jadi...
Lu Fikir La Sendiri!!!
Sahabat citrabangsa di semasa terkini juga ada mengulas isu yang sama sila baca disini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
DIORANG NI BERPIJAK DI PLANET PAS OF THE APE KOT. CARI MKN DGN KERAJAAN. DAH HABIS WAKTU KEJE DIORANG CARI MKN DGN PEMBANGKANG PLAK KOT..CHEH
BalasPadam