Jumaat, 22 April 2011

Hidangan Sihat..Jangan Ada Pulak Yang Ambil Untung!

Bermula Mei depan semua pengusaha kantin diwajibkan mengikuti garis panduan yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan mengenai menu yang boleh dan dilarang disajikan serta jumlah kekerapan yang dibolehkan untuk dijual dalam seminggu bagi setiap kantin sekolah.

Usaha baik! Rakyat perlu sokong, bukti kerajaan BN sentiasa mendahulukan rakyat dengan mengutamakan pencapaian..

Cuma beberapa persoalan timbul-

- Apakah selama ini tiada garis panduan lengkap bagi pengusaha kantin dalam menyajikan makanan?

- Apakah langkah yang bakal dikenakan nanti akan disusuli dengan penguatkuasaan yang kita semua tahu lebih banyak tidor dari celik! Itu sebab Kementerian Kesihatan sendiri tak mampu nak selesai isu ubat tiruan dan kekotoran restoran restoran yang banyak gagal diambil tindakan!

- Apakah benar hanya menjaga menu pemakanan pelajar dikantin yang hanya mengambil masa selama 20 minit sehari itu akan membawa kejayaan besar dalam mengatasi masaalah obesiti dikalangan pelajar?

- Apakah dengan tindakan ini akan menyebabkan ibu bapa yang vulas selama ini akan bertukar sikap membataskan pemakanan anak mereka dirumah yang jauh lebih panjang masanya?

- Apakah nanti ada pertindihan kuasa diantara 2 kementerian yang mana kuasa untuk memberhentikan tempoh kontrak penyajian makanan bermasak disekolah sekolah adalah dibawah bidang kuasa kementerian pelajaran!

- Semua penyaji makanan atau pengusaha kantin akan diarahkan untuk mengikuti program penyajian makanan yang akan dikendalikan oleh pihak swasta yang dilantik oleh kementerian kesihatan, siapa yang menanggung kos kursus tersebut? Kementerian atau pengusaha? Apa pun pihak swasta yang dilantik bakal akan melaba untung dari program tersebut walaupun isu ini nanti belum tentu menemui kejayaan atau kegagalan!

- Sejak bila pulak makanan kebanggaan orang melayu seperti nasi lemak manjadi musuh dalam sajian makanan?

LU FIKIR LA SENDIRI!!
Published with Blogger-droid v1.6.8

1 ulasan:

  1. salam,

    saya kembali lagi ke dunia blog,

    minta di linkkan blog saya ke blog saudara ,

    thx

    http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/

    BalasPadam