Ahad, 24 April 2011

Paria Bersireh Lagi...
























Gabungan Penulis Nasional (Gapena) percaya pertikaian terbaru masyarakat India terhadap Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ekoran kejayaan mereka mendesak Putrajaya meminda novel kontroversial Interlok yang digunakan sebagai buku teks sastera.

“Setiap kamus ada entri-entri perkataan yang merujuk kepada konteks atau budaya satu-satu masyarakat atau kaum. Jadi seperti Kamus Dewan, ia sudah ditakdirkan dan tidak perlu dipertikaikan,” kata Zainal Abidin kepada The Malaysian Insider.

“Sebagai contoh perkataan paria dan kasta itu ada dalam kamus-kamus bahasa lain, malah ia digunakan dalam kamus di peringkat global.

“Jadi mengapa hanya Kamus Dewan dipertikaikan dan didakwa menyinggung kaum India. Saya juga tidak faham apa konsep yang mengatakan Kamus Dewan menyinggung perasaan mereka... atas konsep apa mereka kata begitu,” katanya.

“Jadi Kamus Dewan tidak perlu dipertikaikan, kenapa tak pertikaikan kamus-kamus bahasa lain yang turut mengandungi perkataan yang kononnya menyinggung kaum India,” tegasnya.

Ditanya sama ada Kamus Dewan harus dilihat dari sudut pandangan orang Melayu, Zainal Abidin berkata “ia harus dilihat begitu sebab ia adalah kamus orang Melayu.”

“Saya ingat kalau ia (Kamus Dewan) adalah kamus (orang) Melayu begitulah maksudnya, kalau kamus Mandarin dan Tamil ia juga perlu dilihat dari sudut pandang kaum itu.

“Perkataan-perkataan dalam Kamus Dewan ini sudah menjadi konsep dan ia bukan melambangkan sesuatu kaum,” katanya.

LU FIKIR LA SENDIRI

4 ulasan:

  1. BERLEMBUTLAH.....
    MENGALAHLAH......
    WAHAI BANGSAKU MELAYU...
    MEREKA MAHU BETIS KITA BERI
    MEREKA MAHU PAHA, KITA BERI
    MEREKA MAHU JADI 'TUAN' KITA BERI
    APA SAJA DI MUKA BUMI INI MEREKA MAHU,
    KITA BERI
    KITA BERI
    KITA BERI
    KITA BERI
    KITA BERI
    SEBAB KITA,
    JENIS MELAYU YANG BERADAB
    JENIS MELAYU YANG PENYAYANG
    JENIS MELAYU YANG MUDAH LUPA
    LUPA KITA MELAYULAH TUAN RUMAH DI BUMI BERTUAH INI......

    BalasPadam
  2. Kalau dilayan jugak, entahlah .... kerajaan apa yang kita ada sekarang. Sia sia saja kita undi dia orang

    BalasPadam
  3. MELAYU JADI AMAH KAT NEGARA SENDIRI LA JWBNYE HUHUHU

    BalasPadam
  4. Jeffry berkata...
    MELAYU JADI AMAH KAT NEGARA SENDIRI LA JWBNYE HUHUHU
    ............................................
    wanredone : Salam sdra Jeffry, jadi AMAH lagi bagus, sebab AMAH ada gaji bulanan! Kalau jadi HAMBA ABDI di rumah sendiri, apemacam?
    Ingat ingatlah MELAYU....... BANGKIT! BANGKIT BANGSAKU! BANGKIT!

    BalasPadam