Alhamdulilah..terima kasih kepada pihak Kerajaan yang akhirnya mengambil kira pandangan rakyat..! lebih tepat lagi pihak kerajaan perlu mengkaji semula 'penswastaan saman kepada pihak syarikat. Biarlah syarikat tersebut menjadi pembekal alatan yang diperlukan tetapi kerja kerja 'nya' mesti diambil semula oleh pihak JPJ..itu jer..!!!
Jabatan Peguam Negara (AG) memutuskan untuk membekukan semua
prosiding mahkamah berkaitan dengan saman yang dikeluarkan di bawah
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ini bagi memberikan masa diambil untuk mengkaji kebimbangan undang-undang yang telah dibangkitkan dalam kes-kes ini.
"Ekoran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, maka pihak Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk meneliti segala aspek berkenaan dan semua prosiding dibekukan sehingga kebimbangan ditangani.
"Satu keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi berkenaan isu-isu yang telah dibangkitkan," kata kenyataan jabatan itu.
Kenyataan itu bagaimanapun, menambah bahawa saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan masih sah.
Sejak dari terbinanya jalan di tanah bertuah ni serta adanya kenderaan dan wujudnya saman...rakyat tak pernah gusar akan undang undang yang dimaktubkan...malah rakyat akur akan kedaulatan nya. Cuma bila di swastakan dan ada pihak yang mendapat 'laba' dari nya maka ianya mula menjadi persoalan..!
Gunalah apa jua sistem demi keselamatan rakyat...kita setuju! malah langkah memperkenalkan AES ini juga baik! cuma cara pelaksanaannya ajer yang masih dilihat 'tak berapa baik'..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan