Selasa, 18 Disember 2012

Hadi Rela Jadi Hamba Politik Dari Hamba Tuhan..!

Jika benar Hadi Awang mahu menjadi hamba Allah yang mengakui sikap lemah dirinya sebagai hamba yang serba kekurangan maka tentunya beliau dengan rendah diri dan berpalapang dada akan memohon maaf atas kekeliruan yang telah beliau lakukan ekoran amanat sesat beliau yang diberitakan sehingga hari ini masih lagi kuat 'diimani' oleh pengikut bangang hamPAS yang beranggapan bahawa ahli dan orang UMNO dalah kafir!

Kalau dia ada iman la..kalau dia sedar akan sesilapan yang dia dah buat..tapi kalau lebih rela jadi hamba makhluk! rela jadi hamba politik..apa boleh kita buat..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Puluhan ribu ahli dan pengikut tegar Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga mereka kekal sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.

Perkara itu didedahkan sendiri aktivis yang juga bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani (gambar) berikutan masih ramai pengikut tegar parti itu percaya, pemimpin serta ahli UMNO jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.

Sehubungan itu, Zainon mendesak Abdul Hadi yang kini memegang tampuk kepemimpinan Pas menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat Islam di negara ini kerana selagi beliau tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila.

Katanya, dalam soal tersebut Abdul Hadi perlu meletakkan kepentingan akidah jauh lebih penting daripada pertimbangan politik kerana jika tidak, puluhan ribu pengikut Pas terus bergelumang dengan dosa akibat mengkafirkan saudara seagama hanya kerana perbezaan politik.

"Kepimpinan Pas tidak boleh berdiam diri dalam hal ini seolah-olah Abdul Hadi tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika mengeluarkan amanat kerana kesannya kepada masyarakat terlalu besar. Soal kafir-mengkafir ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik.

"Saya salah seorang ahli Pas yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan dosa sebelum ajal menjelma.

"Tapi sebagai individu bertanggungjawab apatah ketika berkuasa, Abdul Hadi perlu membetulkan semula akidah pengikut Pas kerana masih terdapat puluhan ribu ahli parti yang taksub dan menganggap UMNO kafir," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Zainon, walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi amanat Abdul Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut tegar Pas menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa sahaja termasuk kebaikan yang cuba dibawa kerajaan.

Dalam pada itu, Zainon berkata, beliau sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai 'serangan' yang bakal dilemparkan pemimpin Pas termasuk 'tuduhan wajib' seperti dibeli oleh UMNO kerana bertindak mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat beliau yang membawa perpecahan.

"Saya buat semua ini atas sifat keinsafan diri demi untuk melihat akidah orang Islam khususnya pengikut tegar Pas yang bertindak mengkafirkan saudara seagama dapat diperbetulkan semula dan bagi tujuan itu, saya sedia bersemuka dengan mana-mana pemimpin Pas," katanya.

1 ulasan:

  1. HJ HADI NI MCM LALANG BROO. LALANG CRI MKN. ANGIN MNA YG TIUP PALING KUAT DIA TUNDUK LER ASL KAN DIA TETAP TUAN PRESIDEN. PRINSIP ISLAM DH TOLAK KTEPI DEMI SURVIVAL POLITIK CHEAP SALE KEHKEHKEH

    BalasPadam