Dunia akhir zaman begini la agaknya..masing masing nafsu nafsi..! masing masing jaga kepentingan diri! soal orang lain boleh tolak tepi..! cuba bayang kalau isu dibawah ini terkena kepada orang biasa yang tidak mendapat liputan media..pasti lama dah kena halau dan mungkin itu sahaja cara pihak DBKL dalam menyelesaikan masaalah mereka yang gagal membayar sewa rumah rakyat DBKL.
Kita tak mahu membela mereka yang sengaja cuai, malas dan mengambil kesempatan dalam mematuhi peraturan. Kita juga memang mahu tindakan tegas diambil keatas mereka yang memang sengaja culas dan liat membayar sewa sedangkan mereka mampu.
Tak percaya cuba kira berapa banyak piring astro yang ada di perumahan rakyat DBKL tu..siap HD lagi! malah kereta yang parking pun bukan calang calang..ada merz, ada alphard ada BMW..kalau setakat kereta nasional tu banyak kereta dari parking lot..!
Tapi dalam masa yang sama apakah pihak di DBKL langsung tidak menilai dan memeriksa sebab musabab tunggakan bayaran ini berlaku? Apakah pihak DBKL langsung tidak boleh berunding ke atas kes kes seperti kes Dato Yahya Sulung dibawah ni? Apakah bagi DBKL dengan menghalau setiap penyewa merupakan KPI yang akan menyebabkan DBKL lebih tinggi prestasi?
Apakah sudah tiada lagi INSAN yang bekerja di DBKL? atau DBKL memang dibarisi oleh robot yang hanya tahu makan gaji tanpa menghiraukan kesusahan orang lain? Ini bererti pihak DBKL langsung tidak mahu menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh warga Kota..!
Apakah fungsi DBKL hanya terhad kepada menyediakan prasarana walhal masaalah kebajikan warga Kota juga hadir bersekali selagi setiap orang itu bergelar manusia! Sejauh mana hubungan baik DBKL dengan pihak berwajib yang lain dalam menyelesaikan masaalah warga Kotanya?
Kalau ini sikap dan cara DBKL menangani masaalah warga nya..sama ajer la caranya macam Ah Long..! cuma DBKL Ah Long berlesen dan beruniform..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Gagal Bayar Sewa, Yahya Sulung & Isteri Diarahkan Keluar Rumah
PETALING JAYA: Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.
Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.
"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Alisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.
Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.
Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.
“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan