Jumaat, 28 Disember 2012

Jom Teka..!


BN tak sabar sebab nak ambik balik banyak kerusi yang hilang dulu...Pembangkang pulak pening sebab masing masing bergaduh nak cari kerusi selamat..! itu yang mencakar sesama sendiri macam dalam DAPig tu..!

Si anak papa hebat sebok mengecek bapak dia ganti tempat di Permatang Pauh..kalau gitu Anwar nak bertanding di mana? Dalam PAS pulak, Din Pudu antara bukti cokang sama sama tapi hasil sendiri makan ler..!

Beberapa hari lagi menjelang tahun baru 2013, tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) masih menjadi teka-teki umum.

Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyhiddin Yassin menyifatkan ia sebagai satu keseronokan untuk membuat teka-teki mengenai tarikh sebenar PRU Ke-13.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi gambaran yang sangat jelas bahawa PRU Ke-13 akan diadakan pada tahun depan.

"Bolehlah buat teka-teki tarikhnya bila... Seronok juga kerana ada peluang dengar teka-teki dan kalau kita dah buat (umum tarikh sebenar), kita tak ada 'fun' lagi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat di Majlis Interaksi Timbalan Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Muda di sini, Jumaat.

Timbalan perdana menteri berkata, orang ramai, termasuk ahli politik harus bersabar menunggu pengumuman rasmi perdana menteri mengenai tarikh PRU Ke-13.

"Kita tahu perdana menteri akan putuskan, cuma tinggal bulan dan minggu sahaja (belum umum). Bila masa yang paling sesuai, saya fikir tunggu sahajalah," katanya.

Apabila ditanya sama ada perdana menteri akan menunggu sehingga Parlimen terbubar secara automatik pada April tahun depan, Muhyiddin berkata: "saya tidak tahu".

"Apa yang saya tahu, kalau Perdana Menteri tidak jawab, takkan saya nak lebih pandai daripada Perdana Menteri. Tunggu sahajalah," katanya.

Mandat kerajaan akan berakhir pada 28 April tahun depan dan secara automatik Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada 29 April. - BERNAMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Papa hebat boleh bertanding DALAM Penjara sementara anaknya dan isteri di LUAR penjara...ha ha ha..

    BalasPadam