Itu sebab kita semua diminta berdoa agar sentiasa dinaungi taufik dan hidayah Allah s.w.t. Kerana jika tiada taufik hidayah maka sama lah kita dengan mereka yang lahir di zaman jahiliah, mereka yang hidup dizaman kegelapan, malah ada dikalangan mereka ini ditunjukkan segala kebesaran dan kekuasaan Allah apabila para nabi menunjukkan mukjizat demi mukjizat namun jika tiada Taufik dan Hidayah Allah..pasti hati mereka tertutup rapat..hati mereka mati..! Itu lah yang berlaku kepada para pengikut PAS apabila terkenangkan Amanat sesat Hadi yang menjadi pegangan mereka selama lebih 30 tahun ini..
Lebih dikenali sebagai Pak Da, beliau yang akhirnya merasa berdosa dengan segala onar yang tercetus dalam masyarakat bertitik-tolak dengan kefahaman mengenai amanat itu, berusaha memohon maaf atas keterlanjurannya dan akan bersama membantu menyedarkan masyarakat sehingga akhir hayatnya.
''Semua ini berpunca daripada amanat itu, biarpun Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin terus menafikannya tetapi beliau dan pemimpin Pas lain sehingga kini tidak pernah berusaha memperbetulkan gejala berterusan yang menyesatkan akidah ini, sedangkan perjuangan Pas dikatakan suatu dakwah," katanya yang merupakan bekas Penyelaras Pas bagi Dewan Undangan negeri Jabi bagi mengulas buku Kafirkah Aku tulisan C.N al-Afgani.
Menurut Abdul Manaf, beliau bersyukur kerana kemenangan Pas di Terengganu dalam pilihan raya umum 1999 banyak memberi kesedaran kepada penyokong parti itu di negeri ini memahami bahawa perjuangan Islam yang dilaung-laungkan hanya satu khayalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan