Ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar
tidak meninggalkan Umno sebagaimana dilapor akhbar berbahasa Tamil dan
beberapa blog.
Sebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.
Perkata ini disahkan oleh Adun Tahan Ahmad Jaafar yang juga naib ketua Umno bahagian Jerantut ketika dihubungi hari ini.
“Saya telah mengesahkan perkara ini dengan orang kuatnya. Datuk Seri Tengku tidak keluar parti, beliau hanya sertai Amanah.
“Tetapi beliau masih ahli parlimen Jerantut dan ketua Umno bahagian ini,” katanya lagi.
Ahmad juga menjelaskan, Tengku Azlan beberapa kali memberitahu tidak
berminat untuk bertanding lagi dalam pilihan raya umum ke 13.
Bagaimanapun, bekas menteri pengangkutan itu dikatakan mahu terus menjadi ketua Umno bahagian Jerantut.
Tengku Azlan menjadi ahli parlimen dan ketua Umno Jerantut sejak tiga penggal lalu.
Hilang selera Anwar nak menyondol malam ni..hehehe
Lu Fikir La Sendiri!!!
MESTI LER BALACI ANUWAR KASI PROPA HABIS2AN BROO. BKN SNANG NK CURI CALON SKANG NIH. TP ANUWAR TETAP NAK CURI GAK SBB DIA PENAH JADI PENYAMUN TARBUS MASE DLM KERAJAAN. SYG KALI NI MISI TAK MENJADI..MLM NI BURUNG DIA LANGGAR TIANG JEK LERRR KEHKEHKEH
BalasPadamNowadays...Anu_war tidak lagi suka menyondol...
BalasPadamtapi sekarang nie dia lebeh gemar *Menanduk*.
Kerana kalau menyondol ...dia gunakan kepala yang kechil...
tapi kalau dia menanduk...dia gunakan kepala yang besar!!!