Rabu, 3 Jun 2015

Shafie Nafi Letak Jawatan..!

Dialog dalam filem P.Ramlee  3 Abdul ~ Sebut ajer pasal hospital harta sudah kena potong..! aikkk..! kikiki...!


Saya Tidak Akan Letak Jawatan - Shafie

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau tidak merancang untuk keluar daripada Kabinet berikutan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau menjawab mengenai spekulasi yang tersebar selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB supaya meletak jawatan.

Katanya, tidak ada sebab beliau perlu meletak jawatan hanya kerana Perdana Menteri mahu penjelasan dalam beberapa perkara.

"Kenapa saya perlu meninggalkan tugas saya hanya kerana mengetengahkan isu-isu kepentingan bangsa dan negara." jelasnya kepada media selepas menghadiri Hari Pendidik Mara 2015, di sini.

Apabila ditanya sama ada beliau ada niat untuk meletak jawatan, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu menjawab: "Tidak, saya tidak ada niat untuk meletak jawatan."

Beliau juga enggan mendedahkan sama ada dirinya lebih faham mengenai pemulihan 1MDB berikutan penjelasan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika pertemuan menteri Kabinet pada Selasa malam.

"Apa yang penting ialah memastikan kepentingan rakyat, apa sahaja isu yang mereka telah dibangkitkan.

"Inilah yang saya tekankan sebelum ini. Sesetengah perkara kita setuju, dan sesetengah kita tidak setuju. Itu adalah perkara normal dalam kehidupan," tambahnya.

Lu Fikir La Sendiri!!!



7 ulasan:

  1. 1MDB sebenarnya x de skendel. Ia cuma pinjam wang untuk beli aset dan buat pelaburan kerana modal berbayarnya cuma rm1 juta. Dan masalahnya ialah kekurangan kecairan untuk lunaskan hutang. X de duit hilang dan x de sape kebas duit bilion2. Itu semua tuduhan dan fitnah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya orang yang tak tahu membaca penyata syarikat dan menilai prestasi syarikat akan katakan syarikat ni masih okay. Assets yang ada tak sepadan dengan hutang yang telah dibuat. NTA (Net Tangible Assets) dah negative pun. Pendapatan syarikat pun tak setimpal dengan pelaburannya. Tanah-tanah kerajaan juga telah disonglap oleh PM kepada 1MDB yang tidak sepatutnya berlaku.

      Padam
    2. Patut la jenis hang ni asyik kena klentong sampai tergadai tanah.

      Padam
  2. 1MDB PERNIAGAAN YG PALING BODOH
    UTANG 42 B.......ASSET KONON ADA 51B
    NAK BAYAQ BUNGA HUTANG PINJAMAN 2B PUN MERANGKAK
    MCMANA NAK BAYAQ POKOK
    MINTAK SUNTIK DUIT DARI SANA SINI

    PENASIHAT PATUT DITANAM HIDUP2 SBB MEMBODOHKAN RAKYAT

    BalasPadam
  3. Shafie... Kau letak jawatan ah lagi bagus, muka kau pon macam penyangak, skandal seks pon belom settle...

    Cakap banyak... Kena cabar tak der teloq...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen paling bodoh abad ini. Gini je kelas mentaliti yg sokong pok jib. Ha ha.

      Padam