Rabu, 4 November 2015

Pesawah Mesti Miskin..!


Apabila sebut jer pesawah mesti dirundung kemiskinan..! mesti susah..! Sejak dulu kedengaran Ahli Parlimen mengungkap perkara yang sama..! Seakan tiada jalan keluar bagi pihak kerajaan untuk membela nasib dan membawa pesawah keluar dari kepompong kemiskinan..!

Kenapa?

Gooi Hsiao-Leung (PKR-Alor Setar) meminta kerajaan mendengar rintihan dan kekecewaan rakyat berhubung isu harga padi susulan daripada dua inisiatif yang diperkenalkan kerajaan kepada pesawah padi dalam Bajet 2016.
Membahaskan Bajet itu di Dewan Rakyat, beliau berkata rakyat sebenarnya memohon harga padi ditetapkan mengikut harga lantai dan bukannya harga siling, demi meningkatkan pendapatan mereka sewaktu menjual padi di kilang.
Menurutnya, warga petani kecewa dengan inisiatif Pemutuan Sebenar Padi dan menambahbaik Skim Subsidi Harga Padi yang menyeragamkan harga padi pada paras 1,200 ringgit setiap tan metrik.
"Ini amat mengecewakan. Program ini dilancarkan pada tahun lepas tetapi masih masuk dalam Bajet tahun ini. Itu yang saya tak faham.
"Apa yang pesawah ini inginkan, adalah untuk (kerajaan) menetapkan satu harga lantai, bukan harga siling supaya mereka boleh mendapat harga penjualan yang lebih baik," katanya.
Pada masa yang sama, pemimpin PKR itu membidas slogan kerajaan yang sebelum ini yang sering memuji untuk membantu pesawah dengan "setiap titik peluh bernilai seperti intan".
"Ini mengelirukan. Sebelum harga ini ditetapkan pesawah Kedah dan Perlis menjual RM1,100 satu tan dengan potongan 18 peratus.
"Tetapi harga baru dimasukkan dan diperkenalkan Bernas, telahpun meningkatkan kadar pemotongan kadar 20 peratus hingga 24 peratus. Di Kelantan lebih tinggi dari 26 hingga 30 peratus.
"Permintaan petani tetapkan harga siling dan tetapkan potongan dengan kadar 18 peratus," katanya.
Tetapkan lantai..! harga minima..! Kerajaan tetapkan harga siling tapi pihak kilang tetapkan harga lantai..! harga minima..! tentu lah kilang akan menekan dan mencekik leher pesawah dengan harga yang paling lantai..! Kalau boleh harga longkang..!
Ambil la tindakan..! Sampai bila nak dibiarkan golongan ini terus terhimpit dan tergolong didalam golongan miskin..!
Tak rasa berdoa ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!

38 ulasan:

  1. Adakah rejim najib boleh menolong golongan petani ini?

    Adakah rejim najib boleh melepaskan tengkuk yang sedang di jerut oleh obama dengan TPPA?

    Ini satu contoh bahaya yang sedang di hadapi oleh negara di bawah pentadbiran zalim rejim najib ini!

    Masalah 1MDB masih lagi tidak dapat diselesaikan....

    Di hujung cerita 1MDB ini, rakyatlah yang terpaksa menanggung beban dan hutang 1MDB ini.

    Rakyatlah yang terpaksa membayar pelbagai cukai berpuluh puluh tahun lamanya, hanya untuk menyelesaikan hutang 1MDB ini.

    Angkara siapakah yang melakukan perbuatan keji lagi zalim terhadap rakyat marhaen ini? Siapakah yang turut bersubahat dan berkomplot dalam skandal ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Petani memang susah, kerja berpeluh dibawah sinar matahari utk kita makan. Makin teruklah mereka dgn gst untuk jaga pegawai kerajaan. Semua tertipu dgn janji najib kutip gst. Janji kata nak senangkan rakyat, la ni kata kalau tak kutip gst ,tak boleh bayar gajilah, tak cukup peruntukanlah. Bilalah rakyat nak sedar yg kroni najib menipu.

      Padam
  2. Ni semua salah Madey - macai pemakan dedak ayam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambah lg tuan ni salah Tsmy

      Padam
    2. Asal padi jadi dedak
      Beli dedak bagi ternakan
      Harga murah kilang nak
      Bajet dedak dapat jimatkan

      Padam
    3. Alhamdulillah geng2 Tun M dah faham erti perjuangan rakyat...Insyallah zaman Najib tak sama dgn zaman Tun M yg hanya jaga kroni..

      Isu pesawah ni sangat dekat dgn perjuangan UMNO cuma biasa la pembangkang akan manipulasi...kita tengok je la siapa pejuang rakyat miskin UMNO ke atau PKR,,,,

      Sama-sama kita nantikan...Sekali Ingat ya ini zaman Najib bkn zaman Tun M.

      Jangan lupa ada masa pi Felda jalan2 tengok apa dah jadi...Jgn terkejut rumah2 besau2 la...

      Padam
    4. Betul tu zaman tun Taksama dgn Najib.....zaman tun rakyat berbangga menjadi rakyat malaysia....zaman Najib? Faham sajalah kan

      Padam
    5. Masalah bangga itu msalah diri engkau....Kalau rasa tak bangga boleh blah tak? paling cikai blah dari UMNO....boleh tak?

      Padam
    6. Betul dan amat tepat bro 1.39!

      Padam
    7. Tolong bg contoh dimana terdapat kedai melayu sejak Najib jd pm?

      Padam
    8. Apa Yg engkau banggakan Tentang pemerintahan Najib? Bg contoh.. 1mdb? 2.6b.

      Padam
    9. 1.55 tu la chai,

      Inilah satu contoh komen yang bakal meranapkan dan meruntuhkan umno, hayati komen chai ternakan seperti berikut....

      "Kalau rasa tak bangga boleh blah tak? paling cikai blah dari UMNO....boleh tak?"

      kami rakyat marhaen sedang cuba mengubati dan cuba membina semula umno yang sedang tenat ni....

      Apakah simptom dan punca akar umbinya?

      Umpama ikan yang busuk bermula dari kepala ikan , dan diserang dari bahagian ekor oleh parasit2 (pengampu & chai2)....maka tunggulah saat dan ketikanya umno dikuburkan seterusnya di talkinkan.

      Padam
    10. Jgn lupa baca sejarah TEKUN dan analisis sikit brother zaman Najib apa jadi kat tekun?

      Jagan lupa zaman shafie afdhal mara nak lahirkan 10 Jutawan setahun...perangai macamTun M gak lahirkan kroni ja...la ni Menteri baru tunggu je hab HP( gajet) melayu ...ada faham?

      Dan jgn buat bangsat kat johor tanah milik melayu dah tak boleh jual kat cina ada faham...Zaman Tun habis tanah melayu jadi milik cina....

      banyak lagi ...sebenarnya....cuma korang buat suwey asyik bincang 1MDB ja...ada masa pi uptown siapa support..pasar tani zaman najib budget brapa agak2nya ya?

      Geng Tun M bingai dan bodoh

      Padam
    11. "..ada masa pi uptown siapa support..pasar tani zaman najib budget brapa agak2nya ya"

      2.06 chai nak tanya.....pasar tani zaman pemerintahan siapa dah di perkenalkan?

      Padam
  3. Alhamdulillah siapa sangka isu 1MDB dapat nafas baru...

    DAP yg disangka haibat dan pailang akhirnya dimalukan Arul...

    Yang aku suka semua dah faham apa itu PAC...kalau dulu semua hina dan kutuk sekarang semua dah faham peranan PAC...Inilah transformasi zaman Najib...

    Zaman Tun M ...PAC jtakda la..yg ada kroni cekau duit..

    Jadi samada debat jadi ketak yg penting semua sudah tunduk pada kuasa PAC...Aku paling suka bila Tony Pua angkat PAC...ini jadi bukti agar cybertrooper PAKATAN kena taat pada keputusan PAC...

    BalasPadam
  4. Chai 1.26

    "kita tengok je la............"

    Tengok je la? Kah kah kah kah macam tengok najib buat kumbahan sampai tepu tepi bibir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan lupa ya apa yg najib buat kat Felda?
      Apa yg najib bantu kat usahawan kecil?
      Apa yg najib lakukan kpd penoreh getah?

      Zaman Tun M buat KLCC memang bagus tapi tempat lepak orang kaya la...

      Padam
    2. Satu soalan....pernahkah anda pergi klcc?.... Betul je tempat Lepak org kaya sahaja?....bukalah mata n hati....org kg pun dah sampai kat sana....Lepak lepak

      Padam
    3. oiii setakat lepak kat bawah buat apa...bingai betul..Kau ingat kedai2 kat KLCC orang melayu punya la ya...

      Bodoh dan bangsat....Inilah melayu bangsat tak faham ...kenapa zaman Tun M peniaga melayu dipinggirkan...

      Zaman Tun M yg kaya kroni2nya je..ada faham...

      Padam
    4. Najib takda krone ke...2.6 kan dah bg pd kroni





      Padam
    5. IAlamak masih ada bodoh isu 2.6B...takpa...macam ini brother siasatan pun dah nak selesai...kalau kau rasa tak boleh tunggu apa kata duduk kat hutan simpan belum di perak ya...

      Padam
    6. Cai dedak 208.. bukan ker ngko yg datang dr sane??!!..

      Padam
  5. Hari ni punya berita pendekar amin dah bagi keputusan tegas..Bagus aku sokong...PAC adalah agensi dibawah Parlimen...Kalau nk hidup kat hutan no hal la .....Ini Malaysia ada undang2kena taat la....



    Aku paling suka bila pendekar amin kata PAC dah selesai... lu nak buat debat ka...... terajang ka...... nak maki....... silakan...

    Ingat ya kepada rakyat bengong Taat pada pendekar Amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1.37 chai...

      "Aku paling suka bila pendekar amin kata PAC dah selesai.."

      Kah kah kah kah....syok sendiri, peribahasa ada mengatakan ;

      "masuk bakul, isi bakul dengan sampah ciptaan sendiri, kemudian angkat sendiri"

      Padam
  6. Geng tun m? Tun m ada geng? Bila tak setuju 1mdb jadilah geng tun m, gitu. Bila kritik najib pun jadi geng tun m. Raja2 dah jadi geng tun m. Dap pun dah jadi geng tun m. Pkr pun geng tun m. Pan pun geng tun m. Ramainya geng tun m. Yang jadi geng geng najib cuma pemakan2 dedak dari padi yang dibeli dengan harga murah. Tak kiralah menteri ker, speaker ker, ahli parlimen ker, majlis tertinggi, kebanyakan kbu, semualah. Tidak lupa juga blogger bangang dan para pengomen setia. Najib memang declare geng dia yang setia sahaja dan diternak dengan cash is king. Tun m tak penah declare dia ada geng pun. Tapi sebab dalam skrip geng najib dah tulis zikir mahathir, tu yang pengomen dok ulang2 brand geng tun m.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik bro....dia org Klu tak sebut nama tun....tak senang duduk..... Benci tapi rindu

      Padam
    2. Ha ha ha bagus sudah ada tak mengaku geng Tun M...aku solute macam itu la..Ini tidak Tun Kata 42B lesap semua kena taat membabi buta...Bagus brother,,

      tunggu Abu Bakar rmasuk...aku jamin siapa tak sokong Tun M confirm kena seligi...

      Padam
    3. Rupanya 1.54 tak faham 42b...memang lah duit akan hilang kerana membayar hutang...tak hilang ke tu....duit siapa Yg digunakan untuk membayar hutang?
      .

      Padam
    4. Tun m tak tabur dedak untuk orang ikut dia. Najib terang2 kata dah bagi tapi buat diam, tu di jb. Di pau dibangangkannya blogger belaannya. Di kedah dia sebut jemuan. Ada juga haram jadah dan bangsat. Shahrir pun mengaku terima rm1 juta dedak. Mat maslan diam jer terima rm2 juta. Mas terima rm50k pun diam2. Tu dedak yang nampak habuknya berterbangan. Dedak yang isi dalam guni hantar sembunyi2 yang terima aja tau. Bila dah terima dedak konfem la jadi geng najib. Sebab tun m tak tabur apa2 tapi dilabel geng tun m, dengan bangganya diterima. Senang cerita, geng najib makan dedak. Yang tak makan dedak semuanya geng tun m.

      Padam
    5. 1:54
      Jgn di tunggu si abu bakar A B C tu.
      Dia tersilap perjuangan. Dia tak faham pun A BA TA tu ape.

      Padam
  7. Kepada geng Tun M...isu 1MDB sudah hampir berakhir...

    Jalan cerita yg menarik dari isu 42B lesap...negara bankrap..turun ke angka 2.6B tetapi tidak boleh dikaitkan dgn wang derma..sehinggalah bank negar turunkan angka 1.83B itu pun msalah borang bkn kehilangan duit....

    Terbaru Tony Pua memalukan DAP..Rakyat sudah faham apa itu PAC bkn sekadar sembang kedai kopi....

    Yang pastinya Tun M pun dah senyap ada kata psal IPP sudah masuk dedak ayam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolong jawab Sepuloh soalan tu

      Padam
  8. Chai 2.00,

    "msalah borang bkn kehilangan duit...."

    Kalau masalah borang chai berapa banyak borang? Cer citer 10? 20? 30? helai? Rakyat marhaen boleh tolong sediakan? Atau pi tanya najib tepu dia nak berapa helai borang?

    BalasPadam
  9. Chai najib terus kaku tak dapat jawab soalan.....sebiji macam najib menipu rakyat......cash....unit...just unit....derma....poooodah!

    BalasPadam
  10. No togel gak yg betul

    BalasPadam
  11. Cai cai Najib dah naik sembelit asyik dengan modal geng Tun M, Madey, Mamak......

    Kuat betul 'dedak-kangkang bugis' sampai dorang ta ada modal asyik focus kat Tun M.

    BalasPadam
  12. jangan gaduh....dari citer beras dah melalut kelaut. mari kita ramai2 tanam padi atas bumbung seperti saranan geng tan tin tun. baru betul citer pasal beras. jangan marah.....

    BalasPadam
  13. Tun m cemburu ngan najib.
    Msia kaya zmn najib

    BalasPadam