Isnin, 8 November 2010

Isu Saman Ekor...Jawapan Kementerian

Penggulungan YB Menteri Keselamatan Dalam Negeri di Dewan Rakyat sebentar tadi mengenai isu saman ekor...

YB Sri Gading dan YB Hulu Terengganu menyentuh berkenaan dengan pelaksanaan system SAMAN EKOR oleh Polis dan minta dimansuhkan.

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, saman ekor yang difahami umum adalah sebenarnya saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah berikutan daripada satu notis yang dikeluarkan oleh pihak PDRM melalui boring polis yang dikenali sebagai POL 170A.

Borang notis POL 170A ini, dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berdaftar menurut Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987, adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai identity dan alamat pemandu yang telah dikesan secara menggunakan kamera perakam elektronik, melakukan sesuatu kesalahan trafik yang kebiasaannya berkaitan had laju.

Bagi pemilik kenderaan berkaitan yang gagal member respon terhadap notis POL 170A tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, maka pemilik itu adalah dikenakan saman kerana melakukan satu kesalahan dibawah seksyen yang sama.

Oleh yang demikian, Kementerian ini ingin memperbetulkan persepsi masyarakat bahawa mentakrifkan notis saman yang dikeluarkan ini sebagai saman ekor adalah satu misnomer dan merupakan satu tanggapan yang salah. Sebebnarnya ia adalah saman berikutan atas kegagalan mematuhi Notis POL 170A yang di keluarkan oleh pihak PDRM.

Namun demikian, kerajaan juga prihatin dengan bebanan yang ditanggung oleh rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah. Seterusnya Kabinet telah memutuskan supaya keputusan menyenarai hitamkan pesalah pesalah trafik ditangguhkan sehingga 28 Februari 2011. Dalam hal ini saya ingin memaklumkan insentif insentif berikut :-

1. Bagi semua jenis saman tertunggak iaitu POL 257 dan POL 170A dan saman saman yang dikeluarkan sehingga 1 Disember 2010, kadar munasabah akan diberikan secara automatic melalui system computer PDRM.

2. Bagi saman saman yang dikeluarkan selepas 1 Disember 2010, insentif akan diberikan kepada semua jenis saman seperti berikut:-

a. Saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari insentif 50% secara automatic.

b. Saman yang diselesaikan antara 15 hingga 30 hari – insentif 30% secara automatic

c. Saman yang tidak diselesaikan selepas tempoh 30 hari akan dikenakan kompaun maksimum dan seterusnya disenarai hitamkan.


Tuan Yang Dipertua,

Pada masa yang sama, kerajaan sedang membuat penambahbaikan ke atas system pengurusan notis POL 170A antaranya ialah:-

i) Mempercepatkan proses penyampaian notis PLO 170A dari dua (2) bulan kepada tujuh (7) hari

ii) Mempercepatkan surat peringatan kepada pesalah trafik dari tiga (3) bulan kepada tujuh (7) hari selepas notis POL 170A diposkan.

iii) Mengautomasikan alat perakam had laju kepada system computer yang mana dapat mengelakkan kesalahan mendaftarkan saman yang pada ketika ini dilakukan secara menual ke pangkalan data

iv) Membangunkan portal bagi membolehkan imej gambar kesalahan had laju dipaparkan secara on line untuk memudahkan orang ramai menyemak saman mereka.

v) Bagi kesalahan meletak kenderaan, pihak PDRM akan menggunakan sejenis alat yang dipanggil Mobile Card Acceptance Device (MCAD) untuk mengeluarkan saman yang mana alat ini dapat mengelakkan kesalahan mendaftarkan saman yang pada ketika ini dilakukan secara manual ke pangkalan data dan

vi) Menyenaraikan nama pegawai pegawai yang boleh dihubungi di dalam portal PDRM sekiranya pengguna ingin membuat aduan atau pertanyaan mengenai isu saman POL 170A.

Komen

Apapun terima kasih kepada KDN khususnya PDRM yang sudi mendengar keluh kesah rakyat berkaitan saman ekor, jelasnya rakyat sudah dapat 50% diskaun saman, itu belum merayu lagi, kalau rayuan diterima dan dipotong lagi 20 atau 30 % maknanya diskaun keseluruhan boleh jadi 70 atau 80%.

Selain itu rakyat juga akan berpeluang untuk melihat sendiri imej gambar saman dengan percuma apabila PDRM membangunkan portal mereka sendiri.

Apa yang penting disini ialah Menteri telah menggunakan kebijaksanaan nya untuk membatalkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KSN kepada PDDRM yang melarang sebarang diskaun diberikan keatas setiap saman dan menyenarai hitamkan mereka yang gagal membayar saman tersebut.

Menteri telah memberikan roh dan jiwa kepada PDRM untuk lebih mesra rakyat dan mempunyai kuasa untuk menimbang dengban sewajarnya rayuan yang diajukan kepadanya.

Yang Jadi musuh rakyat sebenarnya ialah KSN, yang tak mesra rakyat ialah KSN, yang menyebabkan PDRM kaku beku tidak berfungsi untuk menerima rayuan rakyat ialah KSN!!!

Kalau dah KSN ni boleh membawa malapetaka kepada Kerajaan BN, apa lagi yang nak disimpan? humban ke Laut jer la...biarlah dia sendiri tanggung bala dan petaka yang ada dalam diri dia! buat apa kita nak kongsi sama!!!

Blogger GAP ada menulis mengenai KSN haprak ni di

sini

Lu Fikir la Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Nak turun pangkat nanti ada yang marah, so Naikkan pangkat sebagai duta ke negara afrika, baru ada akai... ha ha ha

    BalasPadam
  2. Sesuatu yang baik, tapi ianya masih belum menyelesaikan masalah mereka-mereka 'tersalah' saman.

    BalasPadam