Ahad, 26 Ogos 2012

ADUN PKR Minta Mansor Tokong Penjelasan..!

Ribut nampaknya dah tumpah dari gelas..dah semakin berserabut nampaknya! PKR bermasaalah! DAP bermasaalah! PAS memang bersalah dan jelas bermasaalah! Pakatan haram semakin karam dan serba salah!

ADUN Machang Bubuk Datuk Tan Hock Leong meminta Ketua PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman memberi penjelasan lanjut berhubung perbincangan mengenai senarai calon untuk pilihan raya umum akan datang.

Tan menuntut Mansor menjelaskan perbincangan bertarikh 19 Mac itu, seperti dimuatkan dalam blog gelagatanwar.wordpress.com, yang mendakwa bahawa beliau akan diganti calon lebih muda.

Dalam perbincangan yang dilihat amat fokus kepada faktor calon PKR dari kalangan Cina itu, Mansor didakwa menyatakan semua wakil rakyat lain akan dikekalkan melainkan Tan.

Padahal, beliau masih belum menerima makluman rasmi daripada Majlis Pimpinan Negeri mahupun daripada PKR pusat berhubung perkara itu, kata Tan, 57.

Tan menjelaskan usianya yang lanjut tidak akan boleh dijadikan alasan untuk menggugurkannya dalam pilihan raya akan datang.

"Jika apa yang disiarkan itu benar iaitu saya akan disingkirkan, dan jika keputusan telah dibuat, mereka mesti ada sebab (yang kukuh).

"Jika kerana usia lanjut, maka semua calon PKR (Pulau Pinang) selepas ini perlulah lebih muda daripada saya," katanya yang juga merupakan timbalan speaker DUN Pulau Pinang.


Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan