Jumaat, 10 Ogos 2012

PAS Asyik Dikaki 'Syurga' DAP..! Nauzubillah!!!

Taufik Hidayah Allah jua la yang menyelamatkan bangsa PAS ni dari terus hina didalam kegelapan..!

Pas digesa membuat pendirian jelas berhubung hukum menyokong dan mengundi DAP kepada umat Islam kerana parti itu secara konsisten telah menolak penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hudud.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, pendirian itu perlu supaya umat Islam tidak terkeliru dengan pelbagai 'fatwa' mengenai hukum mengundi bukan Islam parti tersebut.

''Dulu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan 'amanat' yang mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MIC dan MCA, tetapi mengapa tidak mengeluarkan 'fatwa' yang sama terhadap DAP.

''Janganlah semata-mata untuk meraih undi sehingga sanggup menipu penyokong mereka, sedangkan hakikatnya menyokong DAP hukumnya haram," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen