Ahad, 22 September 2013

Apa Pulak Kata Isa Samad...



MARAN: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak bercadang menubuhkan kumpulan untuk menghadapi pertandingan enam penjuru bagi merebut jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti bulan depan.
Pengerusi Felda itu berkata biarlah pemilihan mengikut peraturan dan secara kekeluargaan dalam parti dan beliau sedia menerima keputusan perwakilan.
"Saya berpendapat adalah tidak sesuai untuk menubuhkan pasukan dalam pertandingan seperti ini kerana kuasa memilih terletak di tangan perwakilan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tranformasi Komuniti FELDA Di Hati dan merasmikan Dewan Semai Bakti Felda di Felda Jengka 21, dekat sini, Ahad.
Mohd Isa bakal berdepan tiga penyandang iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Menteri Besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Dalam pada itu, Mohd Isa berkata sistem pengundian melalui 150,000 perwakilan merupakan tranformasi dilakukan Umno ke arah pemilihan kepimpinan parti lebih terbuka.
Beliau berkata jika sistem itu berjaya, tidak mustahil di masa akan datang kesemua anggota Umno diberi peluang untuk memilih kepimpinan parti. - BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan