Selasa, 17 September 2013

Seorang Lagi Cabar KJ..?


Semakin dekat dengan tarikh penamaan calon...

Seorang lagi mungkin akan mencabar jawatan Ketua Pemuda Umno semasa pencalonan Sabtu ini.
Razman Hakimi Abdullah, merupakan seorang blogger dan bekas ketua unit komunikasi korporat sebuah kementerian pada Isnin berkata, beliau akan menyertai pertandingan itu sekiranya pencabar Akhramsyah Sanusi Akhramsyah Muammar Ubaidah tidak meneruskan hasratnya untuk menentang penyandang Khairy Jamaluddin bagi jawatan itu.
"Saya tunggu Akhramsyah membuat pengumuman dulu. Jika beliau tidak bertanding, Insya-Allah saya akan mengumumkan hasrat dan niat saya melalui Facebook dan laman sosial.
"Saya perlu tunggu dia kerana dia adalah senior dan saya hormat kepadanya. Lagipun kami mempunyai prinsip perjuangan yang sama di dalam Pemuda. Jika dia bertanding, saya akan membantu kempennya di akar umbi," kata Razman kepada Bernama.
Razman pernah mengganggotai Unit Media Pemuda UMNO Malaysia ketika Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada 2009.
Jawatan ketua pemuda sebelum ini seolah-olah lesu tanpa pertandingan kini menjadi hangat apabila anak bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid dilapor menawarkan diri Sabtu lepas.
Akhramsyah mengesahkan untuk bertanding melalui blognya, http://www.thoughtsintangents.blogspot.com.
Ketika dihubungi Bernama pada Isnin, Akhramsyah anggota Umno Cawangan BendangBaru, bahagian Langkawi itu berkata pengumuman rasmi mengenai niatnya itu akandibuat dalam masa sehari dua lagi.
Beliau berkata, persediaan rapi perlu dibuat dari segi mental dan fizikal sebelum boleh mengadakan sidang akhbar untuk membuat pengumuman rasmi itu.
Khairy ketika diminta mengulas niat pencabarnya itu bagaimanapun engganmemberikan sebarang komen.
Tumpuan dan fakta lanjut mengenai pertandingan dua atau tiga penjuru ini hanya boleh diketahui jika kesemua calon telah mengambil dan menyerahkan borangpencalonan.
Borang-borang itu boleh didapati mulai Sabtu lepas, di kaunter yang dibuka di Aras 4 Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), atau pejabat bahagian masing-masing sehingga Jumaat ini, sebelum tarikh untuk menyerahkan borang pendaftaran calon pada Sabtu ini.
Sebelum ini, tiada anggota Umno yang dilaporkan akan mencabar Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, sebagai Ketua Pemuda yang disandangnya sejak 2009.
Pada pemilihan parti 2009, Khairy memperoleh 304 undi dengan mengalahkanDatuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (254 undi) dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (232 undi).
Pemilihan jawatan tertinggi sayap Pemuda akan diadakan pada 12 Oktober ini. - BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. sdra,izin mohon masuk

    100 dalil mengapa KJ tidak layak menduduki apa apa jawatan dalam UMNO atau kabinet. Sudah berlalu 120 hari , umum kenal di mana sebenar nya hati jiwa pandangan pemikiran hala tuju nafsu angan angan dan rangkaianya.

    ABK
    ASALKAN bukan kj
    tolak kj.tolak kj.tolak kj no to kj no to kj .no to kj
    tolak ajIB GOR GONG
    JAnGAn tunggu lagi.Mulai kempen .carpe diem.
    Kita perlu PM Baru.
    Ada orang kata KJ Itu Inteligent

    Dia punya intelligent dari osmosis bukan natural ,sebab dia oxon,liberal,moderate,SIL,dan 40 tahun dulu bapa nya kerja dengan KBS(duu nama apa ya )ada reginnaLAH,ada cover boy majjalah GQ,pandai tulis surat kapada majjalah economist UK,ada sahbat rapat POrk chop jason jonathan, sahabat AA Tony FFFF,dan peminat nya nombor satu dari 7.05.13 adalah Lim kit siang.
    yang paling utama sekali, sebab KBS ada bajet 789.000.000(RM) untuk di agihkan,tak masuk 1M punya dan ,hanya dengan melaungkan Endless Possibilities , maka intelligent lah,liberal lah,moderate lah,centrist lah,KJ.
    maka jerit lah ah jib gor gong,the best is yet to come,high income nation,endless possibilities.
    kita perlu perdana menteri baru,bukan endless possibilities,bukan high income nation,bukan the best is yet to come..
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    BalasPadam
  2. KJ FOR KETUA PEMUDA !!! PEMUDA DAN BELIA MAHUKAN KJ !!

    BalasPadam
  3. Setuju. ABUK Anyone but KJ.

    BalasPadam
  4. semua komen kat atas ni merapuh je,,,,,
    korang tengok komen aq cane,,,

    KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!!KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!!KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!!KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!! KAMI SOKONG KJ!!!

    hehehe... harap2 tuan punya blog jangan delete ye komen ni

    BalasPadam
  5. KJ dah buktikan yg dia ada karisma..sukan akan lebih maju dgn KJ, banding dgn pemalas.
    pernah jalani latihan ketenteraan, Wataniah!
    kau hadoo...
    dah tentu rajin selama nie.
    dapek yg pemaleh, tak dapek jek nak nolong ehh..

    BalasPadam
  6. KJ berani, has a guts..lantang bersuara, seorang yg berani membidas suara2 fitnah, dan cemuhan kpd UMNO.
    itu saya sokong, pilih KJ.

    BalasPadam