Selasa, 17 September 2013

OPS Cantas - Melayu Yang Ramai Ditangkap...Rasis Ke?


Zaman sekarang ni sebut jer Melayu..rasis! Jadi bila melihat statistik yang ditangkap selama sebulan operasi cantas berlangsung agak agak Tony Puaka dan Surendren nak bawa kuda belang turun ke jalan tak? Melayu yang ramai ditangkap tu..! tak rasis ke?

Seramai 8,449 orang yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah telah ditahan dalam tempoh sebulan Ops Cantas Khas dilancarkan di seluruh negara.
   
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, mereka merupakan daripada 202,839 orang yang diperiksa sejak 17 Ogos lepas melalui sekatan jalan raya, serbuan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah.
   
"Daripada jumlah itu seramai 3,620 adalah kaum Melayu, India seramai 2,425 orang, 1,052 orang Cina manakala lain-lain bangsa seramai 1,352 orang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
   
Beliau berkata, polis juga turut merampas 23 pucuk senjata api, 1,232 butir peluru serta 283 senjata yang dijadualkan.
   
"Antara lainnya kita merampas 12 laras senapang angin buatan sendiri, slug peluru (11), sebiji bom tangan," katanya.
  
Abdul Jalil berkata senjata yang dijadualkan yang dirampas terdiri daripada 25 bilah pedang, pisau (89), parang (83), kapak (7), batang besi tajam (16), tukul besi (12), buku lima (26), kayu panjang (4), kerambit (8), pistol tiruan (3), spanar hidup (3), dua kelopak peluru dan dua cota serta masing-masing satu stun gun, golok bersarung dan gari.
   
Beliau juga berkata, daripada 124,095 kenderaan yang diperiksa, sebanyak 354 kenderaan curi dikesan.
   
"Daripada 50,965 kereta yang diperiksa, 174 telah dirampas. Sementara daripada 61,979 motosikal yang diperiksa, 150 dirampas dan daripada 11,151 kenderaan lain-lain yang diperiksa 30 dirampas. Kesemunya kenderaan yang dirampasi dipercayai dicuri," katanya.
   
Ops Cantas Khas dijalankan bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit dengan jenayah berat di seluruh negara setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan
meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi. - Bernama

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen