Sabtu, 14 September 2013

Gelak Besar Nampak..!


Bukan main gelak nampak..! barangkali satu lagi beban di bahu dah kurang itu yang gelak semacam tu. Khabarnya warga JPJ tidak bersetuju dengan keputusan Kabinet tersebut. Sumber memberitahu bahawa projek AES ini telah dipertahankan oleh JPJ sejak dari Dato Solah sebagai Ketua Pengarah lagi.

Diwaktu itu pihak JPJ telah diserang dari segenap penjuru namun kerana rasa tanggungjawab serta memikul amanah atas arahan kabinet yang mahu mencari jalan mengurangkan kemalangan jalan raya maka pihak JPJ telah mengemukakan cadangan melaksanakan AES.

Namun hari ini, apabila AES ini telah diambil alih oleh kerajaan serta rakyat terbanyak sudah semakin 'mesra' dan bersedia dengan pelaksanaanya tup tup ianya diserahkan kepada pihak Trafik PDRM. 

Membazir segala kajian, kursus dan fokus kerja yang dibentuk selama bertahun oleh pihak JPJ kerana  akhirnya segala kemahiran yang dimiliki tidak diperlukan sama sekali.

Khabarnya juga di pihak Trafik PDRM, mereka yang tidak bersedia dan terlatih dengan AES terpaksa menerima tugasan dengan berat hati. Ini kerana pihak PDRM sendiri sudah mempunyai mekanisme mereka sendiri dan tentunya AES yang dipertanggungjawabkan keatas bahu mereka merupakan beban baru yang terpaksa mereka pikul.

Apa yang menarik, berita yang sama dan serupa juga di 'bisikkan' oleh setiap anggota di pihak JPJ dan Trafik PDRM ialah mengenai Menteri Memangku di Kementerian Pengangkutan yang dikatakan menjadi sebab utamanya.

Bila cerita ini diperbualkan, sumber memberitahu - semuanya senada menjawab...

Menteri takut..! Menteri tak nak bertanggungjawab..! Menteri nak lepas diri..! 
- sumber.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kini dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perkara itu sudah berkuat kuasa dan membabitkan semua lokasi AES sedia ada.
"Saya ingin mengesahkan bahawa AES telah diserahkan secara rasmi kepada PDRM," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, Sabtu.
Beliau ditanya mengenai desas-desus bahawa AES akan diserah kepada polis apabila urusan pengambilalihan daripada syarikat swasta seperti yang diumum oleh kerajaan baru-baru ini selesai.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu bulan lepas, berkata kerajaan membuat keputusan mengambil alih AES selepas mendapat maklum balas daripada jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan bagi meneliti isu tersebut.

1 ulasan:

  1. Maka berakhir lah sebuah maneuver yang hebat bermula dari sebuah projek konsesi, privatize, last2 diambil oleh kerajaan. Sapa yang akhir nya mendapat untung, dan berapakah keuntungan dari compensation dari kerajaan? Fikir-fikir lah.

    BalasPadam