Selasa, 6 Mei 2014

Al Fatihah..!


Al Fatihah…!

Didoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan disisi roh para solehin..!

PELAKON veteran, Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang pada kira-kira jam 2 pagi tadi.
Memetik laporan sebuah media, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.

Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital dan urusan pengebumian dijangka dilakukan pagi ini.

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin popular menerusi filem Seniman Bujang Lapok.

Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana, belakang AEON Jusco, Cheras sebelum solat zohor.

Yang ada kesempatan boleh la menziarahi..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan