Ahad, 25 Mei 2014

Keputusan Keputusan Utama Hari Ini..!


Jawatan utama FAM, PRK Bukit Gelugor, Cokelat Babi dan Badminton Piala Thomas..!

TUNKU Mahkota Johor (TMJ) mengucapkan tahniah kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memenangi pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.
    
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang kalah dalam pertandingan satu lawan satu untuk jawatan presiden, berharap Tengku Abdullah dapat memberikan pembaharuan dan menukar landskap bola sepak Malaysia.
    
"Semoga Kebawah Duli Tuanku dapat memberikan pembaharuan dan menukar landskap bola sepak Malaysia. Insya-Allah," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi Harimau Selatan itu.
     
Tengku Mahkota Pahang memenangi jawatan presiden selepas mengalahkan TMJ dengan majoriti dua pertiga undi. Tengku Abdullah memperoleh 27 undi manakala TMJ 12 undi pada kongres FAM ke-50 di Shah Alam, Selangor. - Bernama

PRK..

GEORGE TOWN: DAP mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P051, Ahad dengan majoriti lebih kecil.

Calonnya, Ramkarpal Singh Deo memperoleh majoriti 37,659 undi menewaskan tiga lagi calon lain.

Ramkarpal memperoleh 41,242 undi manakala calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dengan 3,583 undi.

Dua lagi calon Bebas, Mohamad Nabi Bux Mohd Abd Sathar mendapat sebanyak 299 undi dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan yang juga seorang peguam sekadar memperoleh 225 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya di Dewan Sri Pinang dekat Padang Kota Lama di sini pada pukul 9.05 malam.

Kemenangan itu seolah-olah dijangka awal apabila dewan pengumuman mula sesak dipenuhi penyokong DAP yang berhimpun sejak petang sebelum keputusan diumumkan.

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal akibat kemalangan jalan raya di Kampar, Perak pada 17 April lalu.

Bukit Gelugor mempunyai 14.48 peratus atau 11,880 pengundi Melayu, 61,112 atau 74.49 peratus pengundi Cina, 8,660 atau 10.56 pengundi India dan 0.48 peratus atau 390 lain-lain kaum.

Pada PRU-13 lalu, mendiang Karpal memenangi kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam yang memperoleh 14,061 undi.

Cokelat Babi..

Dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine). 

DNA khinzir itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Ketika memaklumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata analisis terhadap Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak menemui kandungan DNA tersebut.

Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk Cadbury tersebar luas di media sosial sejak semalam yang memaparkan keputusan analisis terhadap dua produk berkenaan.

Dr Noor Hisham berkata ketiga-tiga sampel coklat itu telah diambil untuk analisis DNA khinzir bagi tujuan pemantauan.

Beliau berkata pengeluar coklat terbabit, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd akan memanggil balik produk-produk itu daripada pasaran dengan serta merta.

“Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya,” kata Dr Noor Hisham.

Pengguna boleh mengemukakan sebarang soalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di http://fsq.moh.gov.my atauwww.facebook.com/bkkmhq.
 
Pihak JAKIM juga telah mengambil tindakan tegas menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury yang dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) oleh Kementerian Kesihatan.
 
Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk Cadbury tersebar luas di media sosial yang memaparkan keputusan analisis terhadap dua produk berkenaan.

Selepas sijil halal dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim terhadap syarikat pengeluar produk.

Pihak Jakim telah menjalankan pemeriksaan berkala terhadap syarikat pengeluar coklat terbabit pada 20 Februari lepas dan mendapati syarikat tersebut ketika itu mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Piala Thomas..!

Kita kalah kepada Jepun dengan 2-3..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan