Khamis, 8 Mei 2014

Mana Satu Bohong..!


Cuba baca semula..!

Bukan main lagi beriya iya mangkok hayun ni menyembur nyembur bercerita..!

PUTRAJAYA 7 Mei - Jemaah Menteri hari ini memutuskan menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan kerana dianggap tidak perlu ketika melakukan urusan rasmi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun ketika menjelaskan perkara itu berkata, antaranya borang permohonan kerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), permohonan pasport dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM)

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana ia tidak mempunyai nilai tambah dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan budaya pelbagai kaum di negara ini.

Menurutnya, ruangan kaum ketika mengisi borang rasmi untuk memohon bantuan di JKM tidak perlu kerana semua rakyat berhak mendapatnya tanpa mengira kaum.

"Keputusan itu dibuat bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan kerajaan selain memenuhi aspirasi 1Malaysia ke arah perpaduan nasional.

"Keputusan ini bukan bertujuan menjaga sensitiviti kaum tertentu di negara ini kerana ia bersifat menyeluruh," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Setakat ini, terdapat hampir 100 borang rasmi kerajaan telah menggugurkan perkataan kaum seperti borang permohonan Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah dan borang pendaftaran Pegawai Farmasi di sektor kerajaan.

Joseph Entulu berkata, kerajaan juga berhasrat menggugurkan ruangan identiti kaum dalam semua borang kerajaan pada masa akan datang.


Tetiba bila jadi isu panas…Najib pulak kata…


TAIPING: Kabinet tiada membuat keputusan untuk memansuhkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, tiada perubahan dasar kerajaan berhubung borang itu.
"Kami ada bincang perkara ini tetapi keputusannya adalah mengekalkan amalan dan dasar sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Umno Taiping di sini Khamis.
Najib mengulas laporan akhbar pada Khamis yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun sebagai berkata, jemaah menteri telah memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah.
Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan Entulu akan membuat kenyataan memohon maaf atas kesilapan kenyataan pada Rabu.
"Dari segi perangkaan, kita perlu kepada perkara ini (ruangan kaum). Kalau tidak, kita tidak ada perangkaan (kaum)," katanya. 
Najib menjelaskan bahawa perangkaan kaum itu perlu bagi memudahkan kerajaan memantau kemajuan setiap kaum di negara ini.
Soalnya bagaimana isu dasar sebegini boleh dibuat sembarangan oleh seorang Menteri kabinet? Jika benar Menteri ini menyampaikan hasrat dan pandangan peribadinya maka Menteri ini wajar meletakkan jawatan..! Tiada istilah Menteri memberikan pandangan peribadi sebenarnya lebih lebih lagi perkara yang melibatkan dasar kerajaan..!

Sesungguhnya Menteri kalau dah berhujah mengikut pandangan peribadi sebegini sebenarnya ia merbahaya kepada perjalanan sesebuah kerajaan..! Merbahaya kepada pembentukan negara..! Lebih bahaya dari driver bas..! Kalau Menteri nak bercakap ikut tekak..! berhenti..! selepas tu nak cakap sampai pecah tekak pun kita tak peduli..! 

Menteri macam ni kalau dia minta maaf pun busuk dah mencengkam hidung..! Cukup cukup la Malaysia dilambakkan dengan Menteri cap ayam..!

Jangan sebok MB ajer nak ditukar..! Menteri pun ramai yang nak kena humban ke laut tu weii..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan