Biar betul???
Layan...
FBI, cari Malaysian Official 1
Pada 20 Julai 2016 yang lalu satu dunia telah heboh. Semua akhbar dunia buat laporan. Semua TV dalam dunia ada berita ada tentang sidang akhbar Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch. Hanya di Korea Utara, Malaysia dan Johor berita ini tidak ada laporan media dan liputan TV.
Ini sidang akhbar bersejarah. Orang Putih kata unprecedented. Orang Melayu kata tak pernah terjadi. Ini sidang akhbar nak rampas harta Riza Aziz AKA anak Rosmah dan Jho Low AKA tembam. Peguam negara Amerika nak rampas harta anak Rosmah dan tembam yang berjumlah satu bilion dolar. Ini kiraan awal. Mungkin jika semua terkumpul jumlah boleh menjadi tiga bilion dolar.
Tapi gua sudah buat silap. Gua silap besar. Dalam tulisan gua yang lalu gua kata Puan Loretta Lynch telah diapit oleh tiga pegawai. Ini tidak tepat. Ini tidak betul. Ini satu kesilapan besar.
Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch telah diapit oleh empat sosok, bukan tiga. Aduh, silap besar kerana gua tulis tiga pengapit. Empat sosok ini bukan 'kecil anak'. Bukan pegawai kerajaan. Mereka ini tiang negara Amerika.
Biar gua tulis siapa ada di sidang akhbar itu. Bersama peguam negara Amerika ialah: Timbalan Peguam Negara Puan Leslie Caught Weld yang juga pendakwa raya California; Encik Richard Weber, kepala Siasatan Jenayah Kastam/Perbendaharan; Puan Eileen Decker, Pendakwa Raya California dan Encik Andrew Mccabe.
Gua nak royak kesemua empat sosok ini memang gedebe besar dalam pentadbiran kerajaan Amerika. Dari empat sosok ini ada seorang lagi yang lebih besar dari besar. Lagi godang dari rumah godang. Sosok ini bernama Andrew Mccabe.
Siapa Encik Andrew Mccabe ini?
Andrew Mccabe ini ialah orang kedua dalam FBI - timbalan pengarah FBI. Sosok ini pun bukan 'kecil anak'. Ini membuktikan kes anak Rosmah dan tembam di Amerika ini bukan kes rompak seluar dalam. Bukan kes seludup dadah. Bukan kes pecah rumah. Bukan kes curi kasut di masjid. Ini kes sejarah yang paling besar dalam alam semesta ini. Tak pernah kes seperti ini berlaku dalam dunia.
Apa yang tak pernah berlaku?
Pertama, tak pernah berlaku jumlah harta yang akan dirampas sebanyak itu. Harta Pablo Escobar – samseng dadah dari Colombia – pun tidak sampai satu bilion dolar. Kedua, Tak pernah berlaku peguam negara diapit oleh timbalan FBI dalam satu sidang akhbar. Ini unprecedented. Justeru sidang akhbar pada 20 Julai 2016 adalah sejarah dunia.
Apa dia FBI ini? FBI ialah Federal Bureau of Investigation - penyiasat persekutuan Amerika. Badan ini boleh menyiasat semua kes besar di Amerika. Kuasa FBI melintasi sempadan 50 buah negeri Amerika. Malah FBI boleh juga menyiasat di seluruh dunia jika kes yang disiasat berkait dengan kepentingan Amerika.
Berbanggalah kamu wahai bani ketuanan Melayu kerana kamu telah berjaya mencatat sejarah. Sejarah bukan hanya tercatat di Amerika tetapi menjadi sejarah dunia.
Bila gua dengar nama FBI datang menyiasat gua jadi kecut 'mecut'. Kalau gua anak Rosmah, kalau gua si tembam, gua akan makan ubi gadung, gua akan telan 200 gram cendawan tahi lembu, gua makan satu genggam pucuk kecubung dan gua kunyah 10 butir buah perah mentah.
Untuk melicinkan tekak, gua akan minum satu liter air ketum dari Bendang Raja, Kedah. Jika tercekik dan hendak menyedapkan selera gua basuh dengan air champagne Dom Perignon.
Untuk melicinkan tekak, gua akan minum satu liter air ketum dari Bendang Raja, Kedah. Jika tercekik dan hendak menyedapkan selera gua basuh dengan air champagne Dom Perignon.
Inilah jalan terbaik untuk dua ekor yang sedang dicari oleh FBI. Pada hemat gua lebih baik mereka berehat dari dunia ini dari terus berhadapan dengan FBI yang tidak diketahui bila ejen-ejen FBI akan menerkam. Lebih baik terus tidur rehat dari terus dalam ketakutan tak tahu bila FBI akan menyerkup.
Yakinlah cakap gua, segala peguam jenis Shafie, segala bentuk duit rasuah, segala macam hadiah beg Birkin kulit buaya, segala emas dan cincin berlian dalam dunia ini tidak akan berjaya lagi melepaskan anak Rosmah dan si tembam ini daripada FBI.
Kendati Rosmah menghadiahkan seekor buaya jantan berkulit lembut dari Afrika untuk dijadikan beg kepada Encik Andrew, kes 1MDB ini tetap akan berjalan. Amin.
Teliti sekali lagi siapa yang berada dalam sidang akhbar itu. Timbalan peguam negara yang juga pendakwa raya California. Ini bermakna kes ini sedang berjalan di California. Kerana rumah anak Rosmah dan harta si tembam berada di California. Juga kerana syarikat filem Red Granite Pictures milik anak Rosmah berdaftar di California.
Pengarah siasatan jenayah juga bersama. Jenayah? Sahih, pengarah siasatan jenayah ada bersama. Ini lagi gempar. Apabila pengarah siasatan jenayah ada bersama di sidang akhbar, ini membuktikan dengan jelas akhirnya anak Rosmah dan si tembam ini akan didakwa dalam kes jenayah.
Jenayah apa yang mereka lakukan?
Biar gua terangkan apa sebenarnya kes 1MDB yang sedang terbarai di Amerika. Penerangan dan pencerahan ini gua tujukan khusus untuk bani ketuanan Melayu yang sedang melompat, menangis, meraung dan menjerit mengatakan bahawa kes 1MDB ini bukan kes jenayah tapi kes sivil.
Malah peguam negara Malaysia telah mengumumkan bahawa tidak ada apa-apa salah laku dalam 1MDB. Ini NCA - no case to answer.
Mengikut logik bani ketuanan Melayu mustahil seorang Tan Seri Peguam Negara bercakap bohong. Lagi pun Tan seri ini telah naik haji. Naik hajah pun telah masuk kali kedua. Juga si Tan Sri telah berumrah lebih lima kali. Sosok sebegini lebih bersih dan lebih putih daripada kain cucian sabun Fab. Khalas.
Memang sahih lagi tepat buat filem dan memiliki syarikat buat filem bukan satu jenayah. Beli kondo memang bukan jenayah. Beli hotel untuk pelaburan memang bukan jenayah. Beli lukisan Van Goh atau Monet juga bukan satu jenayah. Beli gambar bogel pun bukan jenayah. Beli kapal terbang jet peribadi juga bukan satu jenayah. Berpoya dan enjoy sambil berbogel dengan Paris Hilton mustahil satu jenayah.
Justeru yang mana jenayah? Dan apa dia jenayah anak Rosmah dan si tembam di Amerika? Apa sangkut paut Amerika dengan 1MDB?
Ha, ha, ha. Mari sini gua nak royak. Kes harta anak Rosmah dan si tembam menjadi kes jenayah kerana semua duit yang membeli harta dan pelaburan itu adalah duit “curi”.
Membeli rumah di Country Height Kajang atau di Mesir atau di Abu Dhabi atau di Qatar atau di Saudi bukan satu kesalahan. Memiliki duit curi atau duit dadah atau duit rasuah bukan satu jenayah dalam negara-negara ini. Malah duit sedemikian mungkin dianggap rezeki.
Tetapi dalam negara kafir seperti Amerika, duit curi dan duit rasuah yang digunakan untuk membeli harta dianggap jenayah. Di Amerika ada undang-undang melawan perkara ini. Curi duit kerajaan dan rasuah ini dipanggil kleptokrasi.
Apa dia kleptokrasi ini?
Kleptokcracy ini bahasa Greek yang memberi makna kerajaan yang dikepalai oleh pencuri dan perasuah. Pada bulan Ogos 2006, Jabatan Negara Amerika ada memberi penjelasan apakah makna undang- undang yang baru diluluskan ini. Hakikatnya undang-undang ini melawan dan menumpaskan kerajaan yang dipimpin atau dikepalai oleh perasuah atau pencuri.
Kalau tak yakin apa yang gua tulis, sila baca dari laman jabatan ini. Semua diterangkan dengan jelas seperti cahaya matahari jam 12 tengah hari.
Dengan kata yang senang kleptokrasi ini ialah kerajaan penyamun, kerajaan kaki rembat atau kerajaan kaki songlap. Mengikut undang-undang Amerika, kerajaan yang mengamalkan kleptokrasi wajib dilawan, wajib ditumpaskan, wajib dihapuskan. Ini kerana negara yang mengamalkan kleptokrasi menjadikan warga negara itu terseksa. Suasana ini membahayakan dunia.
Undang-undang Amerika ini pula boleh digunakan untuk seluruh dunia. Apakah masih ada lagi yang tidak faham?
Yang menjadikan kes 1MDB ini kes bersejarah dan menjadi kes berat ialah duit didakwa curi ini telah digunakan dalam Amerika. Duit curi ini dibawa masuk ke dalam bank Amerika.
Kalau tetiba Puan Loretta Lynch membuat sidang akhbar nak rampas harta Sultan Berunai atau harta Syarikat Balak Nik Abbaduh, maka ramai akan bersetuju untuk mentakrifkan bahawa kerajaan Amerika sudah gila. Tetapi dalam kes melibatkan anak Rosmah, si tembam dan 1MDB tidak ada sesiapa yang mengatakan Puan Loretta sasau.
Ops, silap. Gua silap lagi. Memang ada kumpulan dan individu malah Menteri yang telah berkata bahawa peguam Amerika ini sasau dan tersasar. Siapakah mereka ini?
Jangan ketawa dan jangan menangis. Mereka yang berkeras menuduh Loretta Lynch sasau dan tersasar terdiri dari kaum kerabat bani ketuanan Melayu. Rata-rata mereka ini penyokong tegar dasar ketuanan Melayu dan ahli parti United malays National Organisation.
Bani ketuanan Melayu dan suku sakatnya amat bebal untuk memahami kes 1MDB ini. Atau mereka sengaja membebalkan diri.
Pelik tetapi benar, bani Ketuanan Melayu bertempik marah kepada Puan Loretta Lynch. Mereka menuduh peguam negara ini campur tangan dengan hal dalaman Malaysia.
Ops, tertiba bani Ketuanan Melayu menjadi nasionalistik. Menjadi anti-Amerika. Gua hanya ada satu nak tanya bani ketuanan Melayu, kenapa Bani Ketuanan Melayu tidak menentang TPPA?
Bukan main panjang lebar punya karangan...pasti ada cara balaci@macai menjawab di depan ahli UMNO cawangan cawangan..!
Jawabnya? Dongeng ajer ni..!
Kan senang..! tak payah ulas panjang panjang..!
Dongeng???
Lu Fikir La Sendiri!!!
Janganlah prejudis, biarkan Doj bentang kes kat mahkamah mereka dulu. Sesungguhnya Jho Lok boleh gunakan sentimen prejudis sebagai asas untuk membela dirinya. nanti kalau Jho lepas, meroyan pulak ANC dibuatnya.
BalasPadamTak usah harap Jho Taek boleh lepas. 36 pages Laporan and Legal Suit bukan main main. Malumat bukan saja dari badan badan meyiasat US. Jugak Switzerland punya. Singapore dll puny.
PadamDoJ dll mintak kerjasama dari Malaysia. Tapi si Jibo diam aje.
Najib’s silence is an admission of guilt
PadamDalam kes Bollock vs Hedgewog in the High Court of England di London, Hakim putuskan bahawa "Silence is an admission of guilt."
Ada di dalam the Royal Journal of Precedents in the Courts of England, Scotland and Wales, Volume XXXVII, Folder 28, Case 189(a).
Semua penghakiman di Mahkamah Tinggi England, Scotland and Wales di akui dan di gunakan di Malaysia.
Jadi, Najib's silence is an admission of guilt.
36 pages jer ingat 360 pages... klu banyak pages smpi la ni tak sita sita pun asset.. tak beku laginharta 1mdb.. tak saman2 dan tangkap tak de makna nya... cepat la tangkap dan dakwanak sita pun susah... pantekkkk la haiii..
PadamDah membudak kecik le Jing Jibo nih.
PadamSaman pemula repo keta pun lg tebal dr tu kekeke
PadamKo selalu kena repo kereta ke?
PadamTu le, malas keroje. Asyik main ambik dedak dari Jibo aje.
"Pada 20 Julai 2016 yang lalu satu dunia telah heboh. Semua akhbar dunia buat laporan. Semua TV dalam dunia ada berita ada tentang sidang akhbar Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch. Hanya di Korea Utara, Malaysia dan Johor berita ini tidak ada laporan media dan liputan TV"
BalasPadamKomen:
Semasa Doj bentang dakwaan terhadap Saddam, bukan saja satu dunia waima satu planet Marikh memberikan tumpuan terhadap sidang berkenaan. Tapi akhirnya satu dunia mendapat doser kerana terbabit memfitnah Saddam!
Wakakaka.
Komen No.2:
PadamDalam peristiwa itu semua, Jibo yang mendapat doser paling besor. Sebab membohong, menipu dan memfitnah rakyat dan pengundi pasal penylewengan 1MDB dan pengsonglapan berbilion masuk akaun bank dia.
Pulak nya dia dan konco konco nya kata Menteri Luar Arab Saudi kata RM2.6 bilion tu derma. Di New York dia kata itu "investment ... seorang individu."
Tumpang Tanya, nama nama diatas Ade sejarah bunuh org tak, lebih2 Lagi org melayu. Pasal tak kenal. Mane la tau ada pulak.
BalasPadamKo dok pomen basikal bawah pokok jela.
PadamKalau xtau, bnykkn membaca.
Bukan masuk cn komen
Rilek la, timing je la, tu bukan Tanya, tapi sindir. Dan saya bukan Pomen basikal, saya layan prime mover je. Tau tak mendenye tu. Mesti tau. Awak kan suke membaca, Rilek kita nak seronok2 je. Komen kite us dgn menteri tak ambik pot pun. Cuma pandangan masing2.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSekurang 2 Saye ni Ade name wahai encik yg tak bernama.
PadamKalau nak relak masuk le blog lucu atau lucah. MyKmut.net, contoh nya.
PadamSekurang 2 Saye ni Ade name wahai encik yg tak bernama.
PadamTak boleh, aku masuk blog tu Mesti nak menyumpah. Aku masuk la blah yg sependapat. Kurang dose pasal ye la. Org cakap sekapal.Pernah masuk. Dan tak tau nak cakap. Ye la, tu pandangan masing2, kena raspek la.
PadamPrime mover projek klepet pm.
PadamAda nama xsemestinya tulisan ada nilai.
Yg ada nama pun bukan semua boleh pakai
Kalau kau reti respek orang, pahal "Ulasan (kamu) telah dialihkan keluar oleh pengarang"?
PadamCakap keluar dari dubor ke?
Saye yg buang sendiri. Pasal Dia keluar Benda same 2 3 Kali. Lagi pun ade baze ape kita buang dgn penulis buang. Tak caya try.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamTgk, tu aku padam sendiri, Dia keluar Benda tu gak.
PadamHmmm. Lagi Saye Takde power nak klepet pm. Tu la Saye cakap. Kat sini kite Cuma luahkan pendapat je. Seronok2, kalau dah terlalu excited sgt tu yg tak ingat dosa pahala. Panggil org anjing la, babi la. Ingat enjoy. Buat ape nak tambah dosa. Dosa dgn tuhan dan dosa dgn manusia tak sama. Awak tak kenal pun org yg Awak maki. Mcm mane nak minta maaf. Mungkin sekarang tak Rasa, tunggu bila Hati terbuka, demi Allah Awak akan faham. Roger.
PadamPdnla nek tempoyak dh xmasuk cn.
PadamKena tarbiyah dgn pomen.
Kikikiki
Ye la. Bukan tarbiah. Tak rugi cakap baik ngan org kan. Lama Lama org Mesti lembut gak. Mcm selalu saya cakap. Enjoy. Siang dah pressure dgn kerja. Mlm kita enjoy la borak. Luahkan pendapat . Janji tak panas hati.
Padam"Peguam negara Amerika nak rampas harta anak Rosmah dan tembam yang berjumlah satu bilion dolar. Ini kiraan awal. Mungkin jika semua terkumpul jumlah boleh menjadi tiga bilion dolar."
BalasPadamKomen:
Mana kredibuli caidop veteran kalau asyik gunakan perkataan MUNGKIN. Mungkin bermakna tidak pasti. Kalau tidak pasti kenapa dihebah-hebahkan. Kalau setakat mungkin kenapa dipanjang-panjangkan. Tak baik Tok buat cam tu tok.
Sama seperti cerita bahan bukti yang dilaporkan dalam akhbar dan terdapat dalam google search yang khabarnya dimiliki oleh de fakto PKR yang bakal mengklepetorikan Matder dan telah menggemparkan dunia, di manakah ianya sekarang ini? Dalam dubur atok ke?
Sepatutnya hanya bahan bukti yang sahih yang boleh diheboh-hebohkan tapi bukan bahan bukti yang mana tak ada siapa yang pasti akan kebenarannya lalu ditulis sedemikian rupa seolah-olah sipenulis sendiri pernah melihat dan membacanya, yang mana apabila dihebahkan serata dunia lalu satu dunia jugaklah tertipu dan terasa berdoser terhadap Matder.
Kesimpulannya ialah penulis kelas sesuapan nasi yang mengada-adakan cerita yang tidak ada untuk mendapatkan kenaikan rating bukanlah sukar untuk diteka kejantinaan dan sasarannya kerana sekilas ikan di air sudah boleh kenal sama ada ianya L atau B atau G atau T.
FBI siasat cai.
PadamDuit derma arab ada siapa siasat?
1:19 ptg
PadamFBI dah siasat penyalahgunaan email mantan setiaberusaha negeri AS dan bila sampai pada Dojeng, Dojeng buat keputusan tiada kes. Tak ada siapa boleh ubah keputusan dojeng.
Serupa dengan kes Jibun. Siasatan telah dibuat dan hasilnya diserahkan kepada AG dan AG dah buat keputusan. Hang berada di kutub selatan kot semasa AG bentangkan keputusan dan sebab itu ketinggalan info. He he
Komen No. 2:
PadamKau budak kecik ke? Sekolah mana dulu? Dah dewasa ada bercampur dgn yang siuman dan luas pandangan ke?
Mengarut cakap tak boleh hebah-hebahkan, panjang-panjangkan berita. Kau nak panjangkan barang Jibo aje ke?
Komen No.3:
Padam"kejantinaan dan sasaran" si Jibo takda langsong. Bola illek. Kosong di celah kelongkong. Dah jadi eunuch takda batong dan karong.
Dah bertahun tak berani saman SR, WSJ, NYT, dan sekarang, DoJ. PAS dengor aje berita ngatakan 90juta wang di beri kpd pemimpin PAS, dah cakap nak saman. Jibo nak sentiasa aman. Konon.
Komen No.4:
PadamApa kena mengena email Clinton dengan pengsonglapan dan klentongan Jibon? Betul lah yg di tulis dalam cv kamu tuh - kamu sewel.
Kamu pikior simpang sior.
AG lantikan najis buat keputusan?
PadamBukan hakim?
Cai najis hujah level bdk sekolah
komen No.3
BalasPadampengkomen no.2 tokleh pakai kerana dia merapu tak apa-apa.Nilai hujah kosong dan oleh itu ditolak.Muktamad
Komen No. 5:
Padam......... udah udah le, Yeop, nanti otak Jing Jibo tu meletop.
Nanti keriau dia, menangis merayu, geram, frus sampai menggoncang dia punya kulop, panas hati, baran, tahi pun nak di hanggup.
Semua puak sudah BEZRSATU dng pluralist.. syiah.. DAP Komunis Evangelist. .LGBT dan GAY.. gaya hidup yg tidak berpaksi pada islam dan sunnah.. suma dah terang bersinar betkilau menyilau puak yg nak menghancurkan islam dan syariatnya.. dulu mereka selalu melacurkn islam dng slogaan islam madani...hadhari.. fundmntalist islamic state.. melayu tuan di negar ini... semua pengkhiant ini banyk dari UTARA... yg melacurkan islm dng kroni2 dan nk beranak...
BalasPadammasa utk hancurkan pengkhiant dah tiba dlm PRU nnti
api tak mampu nak balut kertas dan sampah sarap pengkhiant
lu fikir la sendiri
Jibo ada naikkan Islam ke? Macam dia ada naikkan ekonomi Melayu dan Bumiputera ke - DEB di ketepikan nya, Akta Hasutan nyaris di buang nya.
PadamYang naik aku tengok banyak quail Hindu dan Buddhist, gilang gemilag namnpak nya di kasi duit di bawah Jibo. Patong Buddha di Batu Caves aku dengor ia lah yang terbesor di rantau ini, di bikin di zaman Jibo.
Bugis melanun pulak tuh.
Berapa bijik kek ko dapat dari DEB? 100, 200 atau sejuta? Nasib baik Kleptokrasi tak ada waktu itu kalau tidak tak menang tanganlah Doj, kah kah kah
PadamJing Jibo @ DAP Rewd Bean Suspect @ Tak Mhu Makan Pil Gila,
PadamKau tak dapat lah cake sebab kau pendatang tulin, ungrateful ingrate, DAP Cina Bukit, dah dapat hak kerakyatan tak reti terima kasih walau pun sikit.
Woit, Hishamuddin Rais kata "Hanya di Korea Utara, Malaysia dan Johor berita (sidang akhbar Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch) tidak ada laporan media dan liputan TV."
BalasPadamJohor dah jadi satu negara baru ke, dan masuk kumpulan communist North Korea ke?
Mana bole? Perlembagaan negara tak ada peruntukan bagi mana mana negri di dalam Malaysia keluar. Jadi tak boleh keluar lah. (Singapore dulu "di tendang" - konon nya - dek si bodoh pengkhianat negara dan bangsa Tengku A Rahman, tiada maaf bagi dia sampai bila bila).
"Professional student" (berbelas tahun di UK tak lulus) Hishamuddin tuh dulu aku menyampah, tapi sekarang don't mind him sebab aku Protun penyokong Tun M yang sepentas dengan Lim Kit Siang pun, untuk mendapatkan Jibo undur atau di ganti dek UMNO atau di lingkup dek pengundi PRU14.
Tak baik hina orang sebaik Tok Hisamuddin Rais. Dia hanya menyatakan apa yang dia rasakan betul aje, takkan itu pun nak dihina, pehal, Bro.
Padambodoh sangat ke kamu? tak faham ke apa orang tulis? Kamu sekolah pondok ke dulu?
PadamKalau tak silap dari pembacaan yang aku dapat ialah 'spring' ala Arab Spring telah hampir berlaku di Tanah Melayu di tahun 70-han tapi digagalkan oleh pendekar bernama Pak Auku dan Tok ISA. Kegagalan mencetus Malaya Spring menyebabkan para pencetus lari tak cukup tanah tapi ada juga yang sampai di UK dan meskipun tak ada spring di tanah Melayu namun akhirnya mereka dapat juga merasai musim spring sebenar di UK, hik hik hik
PadamFBI dah bawa kes ITU me mahkamah ke?
BalasPadamBila si penyaman nak saman 1mbd ITU?
Bila nak tarik harta Anak najib itu?
Tak salah aku lah doj tak jadi tarik harta Anak tiri najib itu?
Bila si penyaman nak tunjuk muka di mahkamah us ITU?.
Macai protun harus menjawabnya he.he.he.
Makan pil kamu tu Jing.
PadamLambatnya fbi buat kerja. Dah sebulan tak tangkap lagi.
BalasPadamGertak-gertak ini bukanlah taktikal baru malah sejak dari zaman gua lagi manusia suka gertak-gertak haiwan supaya jangan mengganggu.
BalasPadamDalam konteks homo sapiens, dulupun puak Reform Ryes dan Assmin Das gunakan gertak gertak ayam atas Tok Dat dan lucunya ialah ianya berhasil, Tok Det undur jua.
Begitulah hebatnya Reform Ryes dan Assmin Das. Namun tidak semua tindakan mampu pukol borong. Apa yang berkesan pada Tok Dat mungkin tidak pada Tok Jat.
Muahahaha
dlam kontol homos ade le. Taktikal le kamu bila di sodok Jibo. Takut kamu bila Jibo di gertak ye? Satu masa nanti kena le dia.
PadamAku rase la yg belah najib dlm blog ni maslan la, tak pun saleh keruak, tak pun yg seangkatan dgnnya. Pasal hujah Dia org lebih kurang je,yg masuk tv, th keluar kt blog same je. jgn marah. Saya agak je. Kalau bukan minta Maaf ye.
BalasPadamKamu nih Jing Jibo jugak.
PadamAnjing Jibo di blog ini sekor saja. Selalu masuk tak pakai nama, ada masa menyamar pakai nama yang orang lain dah pakai di sini, ada masa pakai nama seperti Keris Berayon dll. Semua Protun di sini tahu bahawa yang di hayon nya ha nya bola dia. Dan bola Jibo, bos dia.
Bola yang kecut sebab Jing Jibo ni dah tua. Masuk sini pagi petang siang malam, walau pun pukul 2-3-4 pagi. Dah tua baka tapi otak budak kecik. Itu pasal apa yg dia cakap selalu nya mcm bebudak.
Anjing Jibo ini gunakan berbagai mode, cara, gaya bahasa, nada bercakap. Kekadang guna mode bertitik ... kekadang mode bebudak kikiki, hahaha, hehehe, (terakhir ini Warghh kaahh kaahhh kaaahhhh pulak), kekadang serius, bahasa sikit tinggi.
Tapi pada umum nya - terutama nya bila dia dah tak tahu nak response atau meradang - dia mengarut dan pada masa masa nya mencarut. Dia di kasi makan dedak, takda melukut yang ada habuk beras sikit pun, takda zat, tak membina otak nya. Pengtahuan nya cetek, selalu nya bodoh, bangang, bongok, bingong, bingal, baghal.
Kita teruskan balas, bidas, sebat, belasah, hentam, tibai, kritik, kutuk, ketuk, sekel, pelangkong, kentot dan tahikan dia. Itu saja cara nak deal dengan dia.
Entah la. Rasenye kalo name Pomen bawah pokok aku je. Tak nampak pulak selain aku. Dan tak kisah la kite ni sokong Sape. Bahasa nak jaga la skit. Kalau dah pandai pakai hp Mesti dah dewase ke remaje ke dah tua ke, pakai ape yg tuhan dah letak Dlm kepala. Tun ke najib tu tetap tak jejas kita maki org lain pun. Roger.
PadamEntah la. Rasenye kalo name Pomen bawah pokok aku je. Tak nampak pulak selain aku. Dan tak kisah la kite ni sokong Sape. Bahasa nak jaga la skit. Kalau dah pandai pakai hp Mesti dah dewase ke remaje ke dah tua ke, pakai ape yg tuhan dah letak Dlm kepala. Tun ke najib tu tetap tak jejas kita maki org lain pun. Roger.
PadamFbi lambat, Doj bengap, cepat lah dakwa dua ekor tu. Dah tak sabor nak tunggu. Nak minta permission drp MO1 dulu ke baru nak tangkap dan dakwa dua ekor tu?
BalasPadamApalah bodoh sgt fbi ngan doj ni.
Bukti dah ada, orangnya dah tau, Terhegeh hegeh buat kerja mcm beruk pencen kena paksa panjat pokok kelapa.
Tunggu Jing. Nanti Al Jibo pun sampai di cell sebelah Nuo Al Jubo.
PadamChai da makan ubat penenang jiwa?
BalasPadamBetul, ini cai Jibo tak makan pil, dah tak tenang jiwa dia, merapu keluor dengan mcm mcm komen.
PadamFBI = FUCKING BITCH INSTITUTION... KERJA MACAM CIFUT BABI...
BalasPadamIni Jing Jibo bil meradang, tak makan pil gila.
PadamKleptocracy ia lah di gambar di bawah pos itu.
BalasPadamDoJ standing for Department of Jamban
BalasPadamKau minum kincing Jibo dalam jamban.
PadamFormer Deputy Prime Minister Tun Musa Hitam said that making the findings of the corruption investigations is one way to improve the current economic and political situation of the country. M.Mail
BalasPadamIni beberapa news headings yg menunjukkan Najib perlu undur atau di undurkan -
BalasPadam1. Sultan Nazrin: Musa Hitam a 'voice of reason' in modern-day politics
New Straits Times Online - 17 hours ago
KUALA LUMPUR: The Sultan of Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah today paid tribute to Tun Musa Hitam, describing him as a true product of the "Malaysian Dream". He said Musa, 82, stands out as among a handful who have left “an ineradicable mark on ...
2. DELIBERATELY TURNING M'SIA INTO ZIMBABWE: NAJIB FULLY AWARE OF THE RISKS HE IS TAKING - MUSA ...
When the 1MDB issue first surfaced, Musa Hitam was one of those who publicly urged Prime Minister Najib Abdul Razak to go on leave to facilitate investigations. "Around a week after that, in a phone conversation, Najib somewhat teased me by saying, 'I ...
3. Jasa Tun Musa Hitam kepada negara bangsa amat kami hargai - Sultan Nazrin Shah
Astro Awani - Aug 9, 2016
KUALA LUMPUR: Tokoh politik, Tun Musa HItam disifatkan sebagai produk sebenar dalam konteks 'impian Malaysia' ketika rakyat negara ini mendambakan jangkaan dan aspirasi hebat. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah sedemikian ...
Musa Hitam: Disclose findings on corruption probes involving government officials - Malay Mail Online.
PadamDia maksudkan Jibo tuh. Jibo pun Government official. Mahkamah dah hakimkan bahawa Menteri2 pun da lah public officials.
Gedebang gedebung,skali doj sok kata takda kes,sama mcm scorpene dulu,smua senyap..mula la doj kena beli la,pac kena beli..obama takut la..skrip bahalol ni sama je berulang stiap kali
BalasPadamJangan sombong bongkak Jing Jibo. Nanti alih alih Jiboxit. Mcam PM Britain David Cameron tak sangka kena Brexit. Presiden Turkey Erdogan nyaris kena Tenteraxit.
BalasPadamSkarang Jibo dah teruk kena sh(x)it.
Yang pasti Tunexit dah berlaku
PadamDolexit kerja tangan Tune juga dah berlaku
Jiboxite mungkin berlaku tapi tak pasti
Cumanya kalau Jibo tak exit, siapa yang Tune akan exit?
Huhu kalau Jibexit tak jadi, Yudinexit jadi ganti???
Kery okspod ganti........dia lama dah declare nak jadi PM umur 40 ......dah sampai sekarang.......dah warning ke Jibo jangan pandang ringan Parti Pribumi Bersatu........
Padamkalau iyer pun nak putar belit takyah la karang panjang2... buang masa je... hang sendiri pun tau itu semua pembohongan... DOJ pun tak berani teruskan tindakan hanya bersandarkan tuduhan dan bukti2 palsu yg direka2...
BalasPadam