Memahami kawan, menghormati lawan..! Seorang yang matang, berlapang dada, terbuka dan sentiasa segar dengan pandangan bernas..!
Khaled tak perlu terjerit jerit berucap seperti sesetengah pemimpin UMNO yang hanya mahukan tepukan..!
Ucapan yang luhur dari hati akan sampai ke jiwa dan perasaan..! Didikan dan asuhan akan kekal dalam benak pemikiran..!
Ucapan yang hanya mahukan tepukan sekadar ada ditapak tangan..! Habis majlis hilang la pekik dan sorakan..! yang tinggal hanya kepenatan..! Begitu la membazirnya Najib dan kumpulannya hari ini..!
Hayati dan fahami apa yang dinukilkan..!
Ucapan YAB Khaled Nordin seperti ucapan Socrates semasa diminta minum racun. Sangat bagus:
Teks ucapan YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin ketika berucap merasmikanMesyuarat Bahagian UMNO Pagoh.
Tuan-tuan dan Puan-puan
1. Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, atas jemputan pada hari ini. Saya berasa sangat bertanggungjawab untuk hadir.
2. Saya tahu betapa terkesannya UMNO Pagoh susulan beberapa episod yang mendukacitakan, yang melibatkan pemimpin penting bahagian ini.
3. Maka kerana itu, saya perlu hadir. Sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri, saya mesti tampil ke hadapan. Dan memikul tanggungjawab untuk menjelaskan pendirian UMNO Johor dalam isu yang melibatkan Ketua UMNO Pagoh.
4. Tetapi sebelum saya pergi lebih jauh. Biarlah saya nyatakan satu perkara. Betapa sejujurnya, saya berasa begitu janggal sekali, berkunjung ke Pagoh, tanpa kehadiran dan melihat kelibat Tan Sri Muhyiddin.
5. Pagoh ini sudah terlalu sinonim dengan beliau. Saya secara peribadi, menganggap Tan Sri sebagai sahabat, sebagai rakan seperjuangan dan bekas ahli parti yang sangat berjasa. Berjasa pada UMNO, berjasa pada Pagoh dan Johor. Berjasa pada agama dan negara.
6. Beliau sudah lama mengabdikan dirinya untuk perjuangan agama dan bangsa melalui UMNO. Bukan sehari atau semalam dua. Tetapi, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.
7. Jadi tidak pelik kalau Tan Sri Muhyiddin adalah seorang yang sangat dekat di hati, sangat dikasihi dan disanjungi oleh warga Pagoh.
8. Dalam hal ini, UMNO Johor berpendirian bahawa, walau apa pun yang telah terjadi antara Tan Sri Muhyiddin dengan UMNO, kita tidak akan sesekali melupakan jasa beliau selama ini.
9. Kita pasti akan mengenangnya. Kita tidak akan melupakan sahabat. Kita akan terus mendoakan semua orang yang pernah berbuat baik dan berjasa pada kita.
10. Kerana, inilah cara kita di Johor. Johor yang mengamalkan politik matang, politik berpendirian.
11. Dan yang lebih penting, kita tidak akan sesekali membakar segala jambatan persaudaran dan tali persahabatan antara kita, hanya kerana khilaf politik. Hanya kerana perbezaan pandangan dan pendirian.
12. Kita mesti terbuka dan menerima hakikat. Bahawa Tan sri Muhyiddin telah memilih jalan berlainan. Beliau memilih haluan sendiri. Haluan yang lebih selesa dan sesuai dengan pendirian dan prinsip beliau.
13. Dan kita pula memilih untuk setia dengan pendirian dan prinsip kita. Setia dengan haluan dan kesatuan kita. Tanpa mengalah dan berputus asa dengan segala cabaran dan kesukaran yang terpaksa kita tempuhi.
14. Bukan kerana kita ini feudal. Bukan kerana kita mendambakan kuasa, kedudukan atau pengaruh. Bukan.
15. Tetapi kerana hidup berprinsip dan berpendirian itu adalah mulia. Harus kita berpijak di tanah. Dengan tegas, dengan tetap, dengan berpendirian.
16. Janganlah kita sesekali meminjam resmi kiambang. Yang hidupnya hanya terapungan di permukaan air. Sekadar mengikut gelombang. Akarnya tak cecah ke bumi. Pucuknya jauh menggapai awan.
17. Dan yang lebih penting, kita memilih pendirian ini bukan kerana suka-suka. Tetapi kerana kita mempunyai sebab-sebab kita yang tersendiri. Yang hanya kita tahu dan faham.
18. Pertama, kerana UMNO ini, wadah yang kita sendiri bina.
19. Wadah yang meletakkan kita semua ini pada kedudukan sekarang. Kedudukan terbaik dalam sejarah pembangunan bangsa Melayu. Malah dalam sejarah perjalanan kita sebagai sebuah negara moden yang stabil.
20. Wadah inilah yang memberikan kita nikmat kemerdekaan. Wadah inilah yang memberikan makna pada sebuah kebebasan dan harga diri.
21. Wadah inilah yang membolehkan pelbagai dasar, pelbagai program, pelbagai insentif, diperkenalkan untuk memajukan orang Melayu. Membangunkan bangsa dan agama.
22. Jadi, mana mungkin kita sanggup meninggalkan wadah ini begitu sahaja. Hanya kerana ada pergeseran. Hanya kerana ada perbezaan.
23. Kita ini bukan anak-anak kecil. Yang menyangka bahawa hidup ini hanyalah tentang kegembiraan dan perkara-perkara yang manis. Kita bukan anak-anak kecil yang melihat perbezaan itu sebagai permusuhan yang hakiki.
24. Kita ini adalah generasi pewaris kepada sebuah wadah yang mengumpul kekuatan dan kesatuan orang Melayu.
25. Walau apapun perbezaannya dan biar sehebat manapun ribut dan gelora politik yang melanda, wadah inilah yang selama ini menjadi pengikat untuk kita bergerak. Dalam kerangka demokrasi dan membentuk Malaysia yang moden dan berkemajuan.
26. Lalu, mana mungkin wadah UMNO ini, boleh kita buang dan tinggalkan begitu sahaja.
27. Kedua, pemimpin datang dan pergi, tetapi UMNO Johor, insyaAllah, akan kita pertahankan.
28. Dalam politik, ia sudah menjadi lumrah. Bahawa akan ada sahaja pemimpin yang memilih untuk meninggalkan kita. Sudah resam. Akan ada yang datang. Akan ada yang pergi. Akan ada yang meninggalkan. Akan ada yang tewas.
29. Namun yang pasti, semua pemimpin, semua ahli, mesti sedar bahawa UMNO ini bukan milik peribadi. Ia juga bukan kisah tentang seorang individu.
30. Ia adalah institusi, yang lebih basar dari mana-mana kehebatan seorang pemimpin. Ia lebih gah dari pesona hebat seorang negarawan.
31. Maka berlapang dadalah bila ada pemimpin yang tidak lagi bersama kita. Bersabarlah.
32. Tidak ada siapa yang kekal selama-lamanya. Ingat saudara-saudari, Rasulallah SAW juga wafat dan meninggalkan kita. Tapi Islam itu tetap sampai kepada kita, menerangi nurani kita, memuliakan darjah keinsanan kita.
33. Demikian jugalah dengan UMNO. Pengasasnya telah lama pergi. Ribuan pemimpin dan pendukung terhebatnya juga telah berpulang, meninggal atau tersingkir. Namun UMNO kekal sehingga kini, dari generasi ke generasi, zaman ke zaman.
34. Dengan membawa pencerahan, dengan menyeru kepada persaudaraan dan dengan ideologinya yang murni. Untuk mencipta kebaikan pada bangsa dan agama.
35. Ketiga, kalau kita selaku orang Melayu, ahli UMNO, tidak mempertahankan UMNO, siapa lagi yang akan melakukannya?
36. Sejak kita merdeka sehinggalah hari ini, Malaysia sudah menyaksikan pelbagai kejayaan dan kemajuan. Dan kita sedar, kesemua ini adalah hasil sumbangan besar dan perjuangan tulus para pendiri bangsa terdahulu.
37. Namun, kebanyakan kita hari ini hanya mampu mendengar sahaja tentang mereka. Tentang perjuangan mereka, tentang cerita kerja keras mereka serta doa mereka untuk bangsa dan tanahair ini.
38. Kita tidak pernah bertemu dan tidak akan pernah dapat bersua wajah dengan mereka.
39. Namun, satu-satunya perkara yang masih ada, yang menghubungkan kita dengan mereka, selain daripada tanahair yang merdeka dan makmur ini, adalah UMNO. UMNO adalah merupakan warisan dan peninggalan dari mereka untuk kita.
40. Sebagai sebuah wadah plitik Melayu moden, yang bukan sekadar untuk ditatap dan dikenang-kenang. Tetapi untuk terus diperjuangkan. Agar kekal, agar berkelangsungan. Agar ia dapat terus berbakti kepada bangsa, agama dan tanahair ini.
41. Maka, kepada seluruh orang Melayu, hanya satu seruan dan peringatan dari saya. Betapa kita punya tugas dan tanggungjawab. Untuk terus mempertahankan parti ini.
42. Kerana membela dan mendukung sebarang pergerakan yang membaiki watan, dengan perjuangan agama itu sendiri, bukanlah kutub yang terpisah.
43. Dalam dunia yang semakin berubah. Dengan persekitaran yang semakin global. Sudah tidak ramai lagi yang mempunyai perasaan yang sentimental dengan UMNO.
44. Janganlah kita lupa, pelita UMNO inilah yang selama ini menerangi kita. Dan hanya kerana nyalaan pelita ini semakin malap, janganlah kita mengambil jalan mudah untuk terus memadamkannya sahaja.
45. Terpadam dan dibiar menjadi sekadar perhiasan di dinding-dinding khutub khanah, atau ditatap ceritanya dalam cerita buku sejarah.
46. Maka kalau kita, ahli UMNO, juga mahu terus menerus marahkan UMNO, mahu meninggalkan UMNO, mahu melupakan UMNO, maka siapa lagi yang akan tinggal untuk membela dan mempertahankan UMNO ini?
Tuan-tuan dan Puan-puan;
47. Suatu ketika dulu, saya sendiri pernah hampir tersingkir dari UMNO. Saya pernah diberikan surat tunjuk sebab untuk menjawab kenapa tindakan disiplin tidak perlu diambil terhadap saya. Guru dan mentor politik saya sendiri, Tan Sri Shahrir pula digantung.
48. Kami tidak tahu apa kesalahan kami pada waktu itu. Tapi kami setia dengan UMNO. Kami tidak pernah meninggalkan UMNO.
49. Sebaliknya, kami membina semula keyakinan kepada UMNO dan bersungguh-sungguh mempertahankan keahlian kami dari UMNO.
50. Kerana kami amat yakin, bahawa UMNO itu bukan masalah sebenar. Parti tidak bersalah.
51. Tetapi hanya orang-orang tertentu yang menjadi punca masalah. Dan segelintir orang-orang tertentu yang menjadi punca itu tidak seharusnya dianggap mewakili UMNO secara keseluruhannya. Tidak seharusnya menjadi sebab untuk kita pula yang meninggalkan UMNO.
52. Jadi sebab itulah bila saya hadir pada hari ini, saya sangat mengerti perasaan tuan-tuan dan puan-puan. Ada yang masih bersedih, ada yang marah, ada yang juga sudah mula bergerak ke hadapan dan segera meninggalkan kemelut ini di belakang.
53. Biar apa pun perasaan dan sentimen yang tuan-tuan rasakan, kesemuanya adalah sesuatu yang kita hormati dan fahami.
54. Akan tetapi, saya sekadar ingin menyatakan dengan jelas. Kita harus mula menerima hakikat bahawa Tan Sri Muhyiddin telahpun memilih jalan lain.
55. Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan tindakan tersebut, UMNO ini janganlah sesekali kita korbankan.
56. Nasihat saya, janganlah kita terbawa-bawa dengan perasaan dan sentimen kita. Risalah UMNO ini lebih besar dari pesona mana-mana pemimpin. Perjuangkan risalah ini.
Tuan-tuan dan Puan-puan;
57. Saya hadir hari ini pun kerana saya ingin menjadi penengah. Tugas saya ialah untuk berusaha mencari jalan terbaik, jalan damai, jalan yang meredakan segala amarah. Di Pagoh ini.
58. Dan saya ingin sekali mengajak semua yang hadir. Marilah kita kembali kepada landasan yang telah kita sepekati dari dahulu.
59. Bahawa UMNOlah satu-satunya wadah yang mesti kita perjuang dan pertahankan. Biar apa pun perbalahan antara kita.
60. Kerana UMNO yang lemah akan menyebabkan Malaysia lemah. UMNO yang kucar kacir akan menyebabkan negara tercicir. UMNO yang tercedera, akan melumpuhkan perjalanan pembangunan tanah air kita.
61. Lebih-lebih lagi sekarang ini. Saat negara berhadapan dengan begitu banyak sekali cabaran yang kompleks, besar dan luar biasa. Baik dari aspek politik kepada isu ekonomi, daripada aspek kesejahteraan sosial sehinggalah kepada krisis kepimpinan.
62. Dalam keadaan sebegini, sudah pastilah Malaysia memerlukan pencerahan dan inspirasi politik yang mampu memimpin kita untuk mendepani semua cabaran ini.
63. Malaysia memerlukan ‘kebangkitan nasional’. Di mana seluruh Malaysia, berpadu, bersekutu, sebagai sebuah bangsa, mewujudkan kesejahteraan yang lebih baik untuk Malaysia.
64. Dan ini hanya boleh berlaku melalui tindakan politik.
65. Kerana hanya inspirasi politik sahaja yang akan mampu mencipta kebangkitan nasional untuk memacu kejayaan Malaysia yang lebih besar, lebih hebat, lebih bersatu.
66. Dan ia mesti datang dari UMNO. UMNO yang lebih berpadu. UMNO yang lebih moden. UMNO yang lebih berkemajuan.
67. Jadi, marilah kita gembleng segala kudrat yang kita ada. Untuk kembali bertaut. Kembali berpadu. Bagi memastikan UMNO itu menjadi lebih berkemajuan. Lebih berdaya saing. Tidak berpecah-belah.
68. Dan UMNO yang sebegini dapat menjadi inspirasi kepada segala pencerahan yang Malaysia perlukan. Dan melalui inspirasi ini, Malaysia akan mampu menangani segala cabaran yang mendepaninya.
Tuan-tuan dan Puan-puan;
69. Ramai sekali yang memberitahu saya. UMNO ini sudah tersasar. Ramai yang putus harapan dengan UMNO. Ramai yang merasakan perjuangan UMNO sudah sangat jauh dari nadi sebenar ideologinya.
70. Dan mereka berpandangan bahawa UMNO berada di persimpangan paling getir dalam hayat kewujudannya.
71. Saya mendengar ini semua dengan berlapang dada. Saya juga mengakui banyak kebenaran dari ini semua. Tetapi sekadar mengungkapkan berkali-kali segala kelemahan ini, tidak akan menyelesaikan masalah.
72. Malah meninggalkan UMNO juga bukanlah alternatif yang akan menjernihkan keadaan.
73. Lalu kita hanya ada satu pilihan iaitu memulihkan kembali wibawa UMNO ini. Sedikit demi sedikit. Setapak demi setapak.
74. Kerana, adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk kita meninggalkan UMNO begitu sahaja setelah apa yang UMNO berikan kepada kita semua. Setelah kita menikmati segala kebaikan dari wadah ini.
75. Kerana itulah di Johor ini, jalan kita ialah jalan pengislahan. Kita ingin mencipta aliran baru dalam UMNO. Kecergasan baru. Citra baru. Dan kita sedang giatkan pelbagai ikhtiar untuk itu.
76. Kerana kita sangat yakin, banyak lagi bait-bait yang baik dalam UMNO ini. Banyak lagi keunggulan yang tidak terlihat dan tertonjol.
77. Barangkali kerana kita terlalu sering menggunakan watak dan peribadi beberapa pemimpin UMNO sahaja, sebagai rujukan dan sandaran untuk kita menyimpulkan bahawa UMNO itu sudah tersasar.
78. Pastinya hujah seperti itu sangat tidak mencukupi untuk menghukum UMNO secara keseluruhan. Kerana seperti yang saya nyatakan dari awal, dan dalam banyak forum sebelum ini, UMNO itu lebih besar dari pesona beberapa orang pemimpinnya.
79. Kerana itulah, UMNO Johor gigih dalam usaha pengislahan UMNO ini.
80. Agar ia kembali didukung oleh bakat terbaik. Kembali diuruskan dengan sistem termaju. Dan kembali memfokuskan kepada memberi khidmat dan dharmabakti paling luhur pada bangsa.
81. Semoga, dengan doa-doa mereka yang soleh, yang pernah dibantu oleh UMNO, yang mendapat kebaikan dari perjuangan UMNO, akan terjelmalah keberkatan yang akan menyerlahkan sisi baik UMNO sebagai sebuah pergerakan siasah.
Tuan-tuan dan Puan-puan;
82. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya mengajak semua ahli UMNO Pagoh, untuk terus mendukung UMNO. Mendukungnya dengan keberanian, dengan kebenaran, dengan prinsip.
83. Bersetialah dalam UMNO tanpa takut untuk berkata benar. Bersetialah dalam UMNO dengan tidak mengorbankan prinsip kita. Bersetialah dalam UMNO dengan teguh pada pendirian.
84. Ingatlah kata kata Almarhum Pramoedya Ananta Toer, sasterawan ulung Indonesia betapa “Dalam hidup, cuma ada satu yang kita punyai, iaitu keberanian. Kalau itu kita tidak punyai, apalah harga hidup ini”.
Sekian, terima kasih.
Sesungguhnya ahli dan pemimpin UMNO perlu memahami dan menghayati cara perjuangan yang Khaled contohkan..! Ucapan sebegini pasti meninggalkan kesan kepada kawan dan juga lawan..!
Bersetia dan berani berdepan..!
Kalau ditakdirkan UMNO kekal berkuasa dan mendapat kepercayaan..! Tentunya pemimpin seperti Khaled la yang menunjanginya..!
UMNO memerlukan pakar perancang, pendamai dan pemikir berani yang sentiasa kehadapan..!
Hakikatnya UMNO memerlukan lebih ramai Khaled Nordin dalam mempastikan perjuangannya terus mara dan berjaya..!
Ditangan Khaled dan pemimpin yang sepemikiran dengannya sahaja sauh UMNO sudah kemas ditarik dan layar UMNO sudah tersedia gagah untuk terus berkembang..!
Ditangan orang lain???
Lu Fikir La Sendiri!!!
Kawasan yang diwakili oleh the richest minister di era dinosaur memang sukar untuk diubah kecondongannya. Sesuailah apabila richest in materials di lawan dengan ucapan richest in hemah. Bravo.
BalasPadamSiapa dia awak maksudkan? Setahu kawan, "the richest minister" ia lah Najib. Najib memang richest in materials. richest in hemah tak tahu lah, sebab Najib songlap berbillion Ringgit.
PadamKalu awak maksudkan lain orang, kasi lah fakta dan hujah bagi nya.
itu kata siapa ? madey kutty ? richest minister has always been Midin... jgn nak ubah fakta .... bangang !!
Padamkemain garang jing jibo komen dlm ni..kat rumah kena ngemas cuci baju segala..maklumlah takut bini..jangan nak ubah fakta...bangang katanya...hahahaahahaha
PadamPencacai sekor ni bila tak dapat, duduk penjuru bilik
PadamAku rasa Mahathir perlu meminta maaf kpd Anwar/Wan Azizah kerana menuduh Anwar dg perbagai tuduhan yang sungguh liar. Ini akan memberi ruang kpd PKR untuk kerjasama dg Mahathir dalam PRU akan datang ini.
BalasPadamKamu memang nyata Jing Jibo. Komen kedua kau dah keluor topik pos ini. Mencaci Tun M tanpa fakta dan hujah yang boleh di terima.
PadamSabelom kau tipu bohong pembaca pembaca yang baru masuk di sini, aku nak keluarkan pengenalan atau CV kamu -
Anjing Jibo
Anjing Jibo di blog ini sekor saja. Selalu masuk tak pakai nama, ada masa menyamar pakai nama yang orang lain dah pakai di sini, ada masa pakai nama seperti Keris Berayon dll. Semua Protun di sini tahu bahawa yang di hayon nya ha nya bola dia. Dan bola Jibo, bos dia.
Bola yang kecut sebab Jing Jibo ni dah tua. Masuk sini pagi petang siang malam, walau pun pukul 2-3-4 pagi. Menipu, membohong, memfitnah. Dah tua baka tapi otak budak kecik. Itu pasal apa yg dia cakap selalu nya mcm bebudak.
Anjing Jibo ini gunakan berbagai mode, cara, gaya bahasa, nada bercakap. Kekadang guna mode bertitik ... kekadang mode bebudak kikiki, hahaha, hehehe, (terakhir ini Warghh kaahh kaahhh kaaahhhh pulak), kekadang serius, bahasa tinggi sikit. Terakhir ini, banyak memantun macam kartun.
Tapi pada umum nya - terutama nya bila dia dah tak tahu nak response atau meradang - dia mengarut dan mencarut. Dia di kasi makan dedak, takda melukut yang ada habuk beras sikit pun, takda zat, tak membina otak nya. Pengtahuan nya cetek, selalu nya bodoh, bangang, bongok, bingong, bingal, baghal.
Kita teruskan balas, bidas, sebat, belasah, hentam, tibai, kritik, kutuk, ketuk, sekel, pelangkong, kentot dan tahikan dia. Itu saja cara nak deal dengan dia.
Pada masa masa nya, jangan pedulikan dia, pulaukan dia.
Kepada Protun harus Contoh bekas MB johor muhyuddin
BalasPadamJadi suga dady
jaga kroni dengan melepaskan apek tak siap projek 1bestari takrikh ditetapkan
Projek lembu yg gagal dibuat oleh muhyuddin
Paling kaya Di johor ketika dia pemerintah johor
Ini contoh terbaik pengikut protun he.he.he.he
Memang di atas ni tabiat Jing Jibo. Menuduh sembrono, tanpa fakta dan hujah yang munasabah.
PadamIni dia tabiat buruk Jing Jibo yang dah di senaraikan:
1. Komen tak ikut tajuk atau isi kandongan pos
2. Tak menjawab tuduhan atau points di komen komen lain
3. Tak pedulikan apa orang lain kata, macam DAP Red Beans
4. Tak ikut peraturan, norma atau cara bertutur - anarchistic
5. Maki hamun bila tak dapat jawab atau takda fakta dan hujah
6. Alih Tiang Gol apabila too hot to handle.
7. Apabila tak ada fakta dan bukti untuk lawan argument orang lain, terus tuduh fitnah
8. Apabila argument dipatahkan, orang lain dikata bodoh, anak luar nikah, pro Dap, yahudi, pro tun etc etc etc.
Yg lain2 dah di kata dlm c&p menerangkan siapa dia
Nak mengambik hati penykong2 Muhyiddin, Khalid kata
BalasPadam9. Kita pasti akan mengenangnya. Kita tidak akan melupakan sahabat. Kita akan terus mendoakan semua orang yang pernah berbuat baik dan berjasa pada kita.
Tapi ada bahagian perenggan itu yang telah di padam atau omitted dek penjahat2 Jibo, macam Pengerusi "Cari Makan" PAC Hassan omitted dua ayyat penting dari derap Laporan yang SEMUA ahli2 nya dah setuju.
Yang di omit penjahat2 Jibo dari ucapan Khalid tu ia lah:
"Kita semua pun sokong parti baru yang TS Muhyiddin tubuhkan itu. Sesiapa yang suka join parti itu, kita tak menghalang nya, sebab kita mengenangkan jasa TS muhyiddin."
Siapa tak percaya, semak lah dari derap asal ucapan nya.
Akhabar akhbar ada menerbitkan pendapat
PadamSome in Pagoh Umno prepared to defect
Sacked Umno deputy president Muhyiddin Yassin remains a well-respected figure among Umno Pagoh members
Kalau UMNO Johor berpandangan bahawa Tan Sri Muhyiddin tak bersalah dan pemimpin atasan UMNO yang segelintir itu bersalah, patutnya semasa Tan Sri Muhyiddin digantung tugas sebagai Timbalan Presiden, dan semasa Tan Sri Muhyiddin dipecat dari parti, UMNO Johor patut bangun menentang kezaliman pemimpin atasan yang segelintir yang merupakan pengkianat kepada negara dan parti itu.
BalasPadamTetapi lihatlah kenyataan daripada UMNO Johor sendiri yang mengatakan bahawa UMNO Johor menghormati dan menerima tindakan kejam Najib dan kuncu-kuncunya terhadap Tan Sri Muhyiddin, sekarang UMNO Johor bercakap pasal jasa dan sumbangan Tan Sri Muhyiddin terhadap parti, tetapi di saat Tan Sri Muhyiddin dizalimi dengan kejam hingga tersingkir dari jawatan, tersingkir dari parti kerana mempertahankan kepentingan negara dan rakyat serta maruah UMNO, di mana pemimpin-pemimpin utama UMNO Johor, semua membisu diam seribu bahasa membiarkan kezaliman terhadap Tan Sri Muhyiddin kerana pemimpin utama UMNO Johor yang lain pun sayangkan jawatan masing-masing, rela biarkan tokoh UMNO Johor yang banyak berjasa kepada negara, negeri dan parti diperlakukan dengan begitu kejam dan hina oleh Najib dan kuncu-kuncunya.
Apakah UMNO Johor tidak sedar bahawa selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan dari UMNO, mana dia suara pimpinan UMNO Johor untuk pertahankan Tan Sri Muhyiddin, tak ada, semuanya kata hormat keputusan MT UMNO walaupun keputusan MT UMNO itu adalah kezaliman yang nyata.
Jika Tan Sri Muhyiddin tidak menubuhkan BERSATU, apakah wadah yang ada untuk Tan Sri Muhyiddin untuk berjuang menyelamatkan negara ini?
Datuk Seri Mohd Khaled Pengerusi UMNO Johor sendiri mengakui bahawa terdapat segelintir pemimpin atasan UMNO yang menjadi duri dalam daging dan beban kepada parti, tetapi apa yang Tan Sri Khaled Nordin buat untuk selamatkan parti? Tak ada, hanya yang ada adalah menjadi pak turut untuk selamatkan jawatan.
Jadi apakah relevannya UMNO kepada orang-orang Melayu lagi bila tedapat segelintir orang dalam UMNO membuat onar yang menjahanamkan parti, menjahanamkan bangsa, menjahanamkan negara, tetapi pemimpin UMNO yang lain diam membisu seribu bahasa kerana sayangkan jawatan lebih dari sayangkan parti, lebih dari sayangkan bangsa, lebih dari sayangkan negara, apa guna macam ini?
Saya lebih menyanjungi Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang sanggup keluar parti kerana sudah tidak sanggup bersubahat dalam sebuah parti yang telah dijadikan seperti harta sendiri oleh Najib dan kuncu-kuncunya, ini baru bermaruah, mempertahan prinsip yang ikhlas dan jujur.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli PERKASA
Parlimen Kubang Pasu
Kedah Darul Aman
".. apa yang Tan Sri Khaled Nordin buat untuk selamatkan parti?"
PadamGamak nya dia menunggu yang lain lain buat. Lepas tu ikut. Mereka di Majlis Tertinggi UMNO.
Politik atas pagar, angkat tangan bila orang lain angkat, play safe, dah lama di praktik. Di gelar politik tarak bola.
Di peringkat nasional, Najib pulak yang maian politik tarak bola. Tarak saman SR, WSJ, DoJ dsb nya.
Jangan juga kita lupa kepada DS Husni Hanazdlah, seorang anak kepada ilmuan agama yang akhirnya tidak tertahan menanggung beban subahat kepada sang berkuasa yang menindas rakyat jelata saban waktu. Syukurlah DS Husni sanggup meninggalkan segala jawatan atas dasar keinsafan walaupun beliau belum cukup berani bangun menentang kezaliman secara terangan. Malang sungguh tinggal kini anak seorang agamawan juga tapi kerana gila kuasa sejak zaman Nuar Brahim maka sanggup butakan mata juga hati melihat kejahatan dilakukan oleh sang Penguasa siang malam suami juga isteri. MOga cepatlah insaf wahai Zahid sesungguhnya hayat kita tidak lama, ingatlah pesan ibu ayah saudara.... Wang ringgit dan kekuasaan duniawi tidak akan kemana, tersalah jalan Neraka jahanam bakal menjadi teman selamanya...
PadamSokong penulisan anon 6.02 PTG 100%. Penulisan yang amat tepat dan jelas.Syabas saudara!!......
BalasPadamKalu dulu musa berhenti, melompat pemimpin umno johor memujuk. Sekarang muhyidin kena pecat, melompat pemimpin umno mohon jawatan
BalasPadamZahid yang melompat ke? Dapat dia jawatan Timbalan PM.
PadamTapi tak boleh harapkan jawatan Timbalan Presiden. Sebab Najib tangguhkan pemilihan parti sampai PRU14. Bila UMNO lingkup di PRU14, jawatan Timbalan Presiden tak gitu mustahak lagi.
84. Ingatlah kata kata Almarhum Pramoedya Ananta Toer, sasterawan ulung Indonesia betapa “Dalam hidup, cuma ada satu yang kita punyai, iaitu keberanian. Kalau itu kita tidak punyai, apalah harga hidup ini"
BalasPadamKonMen:
memang tepat, keberanian harus bermula dengan kejujuran dan bukan berani kerana mengharapkan akan ada imbuhan. makanya usah berani macam SR dan macai2 yang mana keberanian itu dimulakan dengan harapan ada udang di sebalik mee hailam atau mee mamak.
Bila berpegang kpd dasar "Cash Is King", keberanian dsb nya jadi kentot, jadi tahi.
PadamSR, WSJ pun tak berani saman.
Khaled ajak ahli umno supaya berani.Khaled juga akui secara halus yg najib adalah masalah utama umno.
BalasPadamTapi bagaimana keberanian itu mahu diterjemahkan?Kalau semua ahli umno yg tidak bersetuju dengan najib diam membatu dimana mahu diletakkan keberanian itu?
Kalau betul2 berani,ahli2 dan pemimpin2 umno yg masih ada maruah buatlah sesuatu yg boleh menyingkirkan najib secara total.Kalau itupun tidak berani tak perlulah cakap pasal 'berani'.
Orang politik selalu cakap opposite of apa yang sebenar ada di hati nya atau yang berlaku. Siri komedi BBC Yes, Minister cukup tepat.
PadamGitu jugak bila seleweng 1MDB dan songlap berbilion.
Ini lagi satu contoh cakap opposite dari yang sebenar -
PadamLangkawi MP apologises to King over MO1 issue
Free Malaysia Today - 1 hour ago
PETALING JAYA: Langkawi MP Nawawi Ahmad has apologised to the King for linking the monarch to Malaysian Official 1 (MO1), named in the United States Department of Justice (DoJ) suits pertaining to 1MDB.
Bagitulah seorang pemimpin yang berdiri ditengah-tengah pemimpin yang dahagakan kuasa terpaksa dengan apa cara sekalipun mesti berderama.Dalam arena politik sekarang ini adalah kerja cari makan terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan kedudukan,salah langkah maka jatuh kebawah. jadi sebagai MB beliau mesti berhati-hati memberi pandangan umpama menarik benang dalam tepung mesti mau buat dengan baik.Apa ada dengan jawatan MB yang menjadi TPM sendiri dengan mudah ditendang dan dah ada perancangan dalam umno siapa yang akan ganti DSN.Tunggu dan lihat TP umno kemungkinan besar akan dilantik oleh Presd. dimana kuasa itu dalam tangan Pread.Sekarang ini hanya sandiwara bagi melihat dan memilih siapa yang bagitu setia dengan Presd.Tunggu dan lihat.Pemimpin-pemimpin lama pun sekarang ini dah banyak bersuara umpama kita tabur gandum kapada kumpulan merpati.
BalasPadamTak payah nok menyibok dng parti UMNO laaa... tumpu jer pada Parti BERSATU hidup segan mampos tak mau.... lu ora.g dah berambos dri UMNO.. pingan x retak nasi pun tak hingin .... DoJ mana... bila lagi... bila lagi mau sita... dah saman.?Bila nak tanhkap... kirija suma mcm CIFUT BABI... Spork bila mau sita...PM Spork dah nok mati rebah srndiri... tapi kirjsmcm CCIFUT BABI ajerr....
BalasPadambabi punyaa baka PM plg rasisdi donia...
babi punya PM ia lah Jibo. Tak boleh di nafikan. Main sodok berbilion Ringgit. Nanti akan di dakwa dek DoJ USA, InsyaAllah. Macam bekas Presiden Ukraine, Lazarenko, di tahun 2014.
PadamTanpa Nama22 Ogos 2016 7:16 PTG, awat ni? Sakit mental ka? Sasau ka?
PadamHang pa pi menyibuk kacau BERSATU walaupun BERSATU belum menjadi sebuah parti politik secara rasmi tu apa cerita?
Saman hari Selasa bila Najib nak buat, esok Selasa, apakah Najib akan saman WSJ esok? Ni bukan setakat lembat macam siput babi, ni lembab dah teruk dari siput babi, dah lebih setahun ancam nak saman WSJ pada hari Selasa, dah lebih kurang 60 kali hari Selasa sejak ancaman saman tu dibuat oleh Najib melalui peguamnya, sampai la tak saman lagi apa cerita ni?
Tengok la, Jho Low mempelingkup USD 25.4 juta bersamaan RM 101.6 juta (USD 1.00 = RM 4.00) untuk bermain judi di kasino Caesar Palace dan kasino Venetian Las Vegas, duit diambik dari duit jualan bon 1MDB, sebuah syarikat milik kerajaan, milik negara Malaysia.
Tapi tengok la, mana ada pemimpin UMNO termasuklah Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, tak dak pun sorang yang mendesak atau membuat laporan polis supaya Jho Low ditangkap dan dibicarakan, dalam perasmian mesyuarat UMNO hingga setakat ini, tak dak lagi la pemimpin utama UMNO yang berani mempertahankan hak negara dengan mendesak kerajaan supaya menangkap Jho Low dan membicarakan di mahkamah kerana mempelingkupkan berbilion duit milik negara termasuk RM 101.6 juta untuk main judi itu.
Mungkin la ni Jho Low adalah institusi yang perlu dipertahankan oleh semua ahli dan pemimpin UMNO kerana suci murni setaraf dengan Najib yang kononnya institusi presiden UMNO yang suci murni.
Maka perbuatan Jho Low mempelingkupkan duit negara untuk main judi adalah perlu dipertahankan, kerana inilah perjuangan terbaharu UMNO iaitu mempertahankan institusi Jho Low yang setaraf dengan institusi presiden UMNO, pelinkup duit negara untuk main judi pun tak pa, itulah perjuangan terbaharu yang perlu dipertahankan habis-habisan oleh semua ahli UMNO terutama ahli-ahli UMNO bertaraf pemimpin.
UMNO dah rosak, rosak sebab yang ada dalam UMNO la ni hat pemimpin sibuk mempergunakan parti untuk kepentingan diri, hat kat bawah pulak menyokong semberono, ikut saja cakap pemimpin walaupun pemimpin cakap merapu.
UMNO lingkup bukan kerana diserang musuh, tapi UMNO lingkup kerana pemimpin yang jahat dan pengikut yang menyokong semberono tak fikir, bila pemimpin berdrama terus percaya.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli PERKASA
Parlimen Kubang Pasu
Kedah Darul Aman
Tanpa Nama22 Ogos 2016 7:16 PTG, hang pi habaq kat Zahid Hamidi dan Najib la supaya jangan ganggu kelulusan penubuhan BERSATU sebagai sebuah badan politik yang sah di negara ini, tak payah nak melalak hina BERSATU kerana yang nak mampos tu adalah UMNO yang dah nazak kerana pemimpin yang jahat serta pengikut yang menyokong tanpa berfikir.
BalasPadamKalau UMNO betoi-betoi kuat, sila Najib dan Zahid jangan kacau proses pendaftaran BERSATU dan lebih elok lagi Najib dan Zahid buat surat kepada Ketua Pendaftar Pertubuhan untuk menyokong kelulusan BERSATU, kita tengok la nanti siapa yang tersungkur, siapa yang terbang tinggi.
Bukan nak bongkak, tetapi nak mengingatkan golongan bongkak yang tak sedar diri dalam UMNO bahawa kamu mendabik dada kononnya kuat, sedangkan menunggu masa untuk tersungkur terpelanting ke parit dan dihanyutkan ke laut sahajalah.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli PERKASA
Parlimen Kubang Pasu
Kedah Darul Aman
Kalau Zahid dan Najib ganggu Pegawai Kerajaan yg pegang jawatan Pendaftar Pertubuhan, memang mereka patut di perbu.uhkan lah.
PadamItu tanda mereka gobar, risau, takut dengan puak yang nak keluarkan Najib dari jawatan Presiden UMNO atau di gantikan dia dan UMNO sekali di PRU14.
Sabelom di daftarkan pun dah takut, makna nya barisan yang menubuhkan parti itu ada banyak pengaruh, di hormati ramai rakyat, di hormati ramai pengundi dan akan dapat banyak undi di PRU14. Bersama dengan barisan Pembangkang, Bersatu boleh menang, mengalahkan UMNO/BN.
Zahid dan Najib ada lah di sebalik ciri-ciri kehandalan penaja parti Bersatu. Sebab Najib menyeleweng dan mennyonglap dan Zahid menutupkan mata nya sahaja.
hang pi habaq kat Zahid Hamidi dan Najib
Padamhangpa juga yang angkat dia jadi MO1 & MO2, so ikut suka dialah apa dia nak buat pun. Dia ada kuasa. Kalau dia suruh IGP tangkap ko dan sumbat di Kemm Kemunting pun OK.
Saya nak komen 1 saja. TSMY tak meninggalkan umno tapi dipecat oleh najib. Besar beza maknanya.
BalasPadamBagus point itu, Beb.
PadamNamun demikian, Tun M dll meninggalkan UMNO sebab takda jalan lain nak Selamatkan Malaysia selain dari tubuhkan parti baru.
Setuju, sebenarnya Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin berhasrat untuk menyelamatkan negara ini sebagai ahli dan pemimpin di dalam UMNO, tetapi kerana UMNO sendiri sudah tidak dapat diselamatkan, CASH IS KING lebih utama daripada pejuangan agama, bangsa dan tanah air, maka wadah baharu perlu diwujudkan untuk menyelamatkan negara ini walaupun terpaksa mengorbankan UMNO.
PadamKesetiaan kepada pemimpin, kesetiaan kepada parti tu biarlah bertempat, sampaikan wang negara dicuri berbilion-bilion, lebih seratus juta ringgit wang negara dipelingkupkan di meja judi, tapi tak ada tindakan dari pihak kerajaan yang diketuai oleh UMNO, maka ini bermakna UMNO sudah rosak, kalau kita bersama dengan pihak yang rosak, maka kita pun akan rosak.
Penyakit dalam UMNO ni adalah penyakit CASH IS KING, pemimpin pung pang pung pang membohong ahli-ahli UMNO dengan retorik mangkuk hayun, ahli-ahli UMNO pula menyokong membuat tuli lebih-lebih lagi ditabur habuan tertentu, macam yang berlaku dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini, beri alatan elektrik, maka terus lentok dek penangan CASH IS KING ini.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli PERKASA
Parlimen Kubang Pasu
Kedah Darul Aman
Sokong mohd faiz!
PadamAli Tinju dengan selambanya mengedarkan secara percuma 2,000 helai t-Shirt kepada pendemontrasi Gerakan Merah, dari mana dia dapat wang yang begitu banyak untuk biaya kos pembelian baju itu? Kalau seunit baju itu harga RM 10.00 pun, sudah melibatkan RM 20,000.00, dari mana dapat duit untuk semua ini?
BalasPadamApakah pekerjaan Ali Tinju ini? Kerana setahu saya, Ali Tinju ni hanyalah bekas askar pencen sahaja, tak tau la pulak kalau dia ni ada kilang atau pasaraya dalam 5 atau 6 buah.
Mesti punca nya dari Mr Cash Is King.
PadamPendirian Najib itu akan nejahnamkan bangsa Melayu, akan melingkupkan negara, jikalau dia tidak undur atau di ganti dek UMNO atau di gulingkan bersama UMNO/BN di PRU14.
Baju kuning tak nak kira ke berapa pulak kos nya tu. Sapa pulak king nya.
PadamBudak paizzz ... dari kubang ... berkubang dalam pasu... pegi la berkubang lam sawah ka... besaq sikit... yg nok mrnghancutjan UMNO Madey pendrk kutty.... 22 tahun sakau... bagi kroni dan anak brranak... tak cukup dng khianat pada parti yg beri anaj beranak intan berlian...emas permata tetiba lansung tak tau berterima kasih pada UMNO ... pemimpin dari utara mme perangai mvm tu... tak cukup mrnghancutkan bangsa sanggup pula melacurkan agama Islam dan akidah umat islam.. brrsekongkol dng ajaran pluralist murtad... syiah dan DAP evangelist komunis... melacurkan islam dng slogan islam madani... hadhari.. islamic state dan melayu tuan dinegara ini hakikatnya srmua pengkhianat bangsa..budak paizz ini adalah fakta ....!!
BalasPadamJing Jibo ni dah pakai mode budak kecik pulak. Cakap pasal pemimpin utara selatan tak tau mana lagi punya bodoh. Dahtu mula tunjukkan dia naik gila. Cakap pasal melacurkan agama Islam, brrsekongkol dng ajaran pluralist murtad... syiah dan DAP evangelist komunis.. enath apekebende nya.
PadamMakan pil kau tu, Jing. Kalau lewat, nanti lepas tahap siuman, kau di straight-jacketkan, di heret ke Tg Rambutan.
9.00
PadamGelabah. .. cemas... terdesak.. kelam kabut.. tetiba ilang pedoman bila timbul isu pluralist.. syiah.. DAP evangelist komunis yg terang bersilau mrnghancur islam... itu FAKTA bodohhh... pemipminutara mme pleacur yg mrlacurkan islam dan bangsa ...FAKTA bodooo... tunjukkan fakta mu..
jing jibo takut bini..jibon bwk goldman sachs bank yahudi penasihat pun yahudi dlm negara.buang isa od ikut ckp dap...yg songlap itu jibon yg ada skandel itu jibon yg dituduh itu pun jibon...cuma bab takut bini jing&jibo
PadamKalau korang tanya PKR siapa yg lebih baik antara Najib vs Mahathir tentu jawabnya tentulah Najib
BalasPadamKalau korang tanya PAS siapa yg lebih baik antara Najib vs Mahathir tentu jawabnya tentulah Najib
Kalau korang tanya DAP siapa yg lebih baik antara Najib vs Mahathir tentu jawabnya tentulah Najib
Kalau korang tanya siapa yng mempunyai gelaran mahafiraun & mahazqalim jawab mereka sudah pastilah Mahathir
jing jibo dah nyanyok...
Padamyg skandel itu najip
yg dituduh itu najip
yg masuk duit bilion itu najip
yg cash is king itu najip
yg pecat tsmy itu najip
yg buat gst itu najip
yg tak saman sr wsj itu najip
tanya pkr dap adakah mereka suka najip?
jing...bini garang eh...hahahahahaha
Dah3 chai, pergi dok kat penjuru bilik tu....
PadamJatuhnya sesebuah kerajaan bukan disebabkan faktor luaran. Telah terbukti semua kerajaan yang berkuasa di dunia tumbang akibat kerakusan pemimpinnya. Lupa pada tanggung jawab, lupa pada amanah. Manusia selalu lupa akan sejarah tetapi sejarah tidak pernah memberi pengajaran kepada pemerintah yang zalim
BalasPadam1. ts muhyiddin telah dipecat dari umno dan bukan sesuka hati untuk lari dari tanggungjawab sebagai ahli umno. Biarpun kehilangan segalanya, jalan yang dipilih adalah hak beliau sebagai seorang politik yang berprinsip dan wakil kepada rakyat pagoh.
BalasPadam2. MB johor merasa kurang yakin dengan suasana politik umno hari ini dan sedia maklum apakah punca segala pemasalahan yang berlaku. Namun demi pangkat dan jawatan terpaksa diturutkan juga.
3. Pemangku ketua bahagian pagoh adalah orang yang ditatang oleh presiden umno bagi menyakinkan kemampuannya untuk menunaikan segala kehendak ahli pagoh berbanding dgn ts muhyiddin.
4. umno adalah wadah perjuangan politik orang melayu namun perjuangannya hanyalah untuk bersatu bersetia dan berkhidmat demi ds najib razak dan kroninya sahaja.
5. tidak salah rasanya ahli umno berhijrah kepada wadah perjuangan yang baru dan itu lebih baik dari terus meruntuhkan nilai bangsa melayu itu sendiri.
Saya bersetuju dgn tanpa nama 23 ogos 1:22PG.
BalasPadam1. Perjuangan demi rakyat tidak boleh disamakan dengan perjuangan demi periuk nasi. Sekiranya benar Najib bersalah, sesuatu wajib dilakukan demi kepentingan rakyat keseluruhan. UMNO adalah parti dan najib adalah individu dalam UMNO. Mana lebih utama utk diselamatkan jika punya pilihan. Begitu juga jika dibandingkan antara ahli UMNO dan rakyat Malaysia. Mana yg lebih utama utk diselamatkan
2. Melayu beralih arah dari UMNO ke wadah baru. Tidak bermakna melayu tidak bersatu. Sbg contoh selama ini orang melayu makan di kedai melayu A. Tiba² disebabkan kedai melayu A sudah tidak sedap makanannya, orang melayu makan di kedai melayu B. Apakah orang melayu tidak makan kerana meninggalkan kedai melayu A? Orang melayu tetap makan tetapi di kedai melayu B. Begitulah juga dalam soal berparti. Tidak semestinya melayu hanya boleh bersatu dalam UMNO sahaja sekiranya ada wadah baru yg lebih baik perjuangannya.. Akibat dari UMNO yg sudah jelas lari dari landasan sebenar.
bro,
BalasPadamini mainan politik aje bro. Nak ambil hati orang, kita spin dan puji sana puji sini. Tapi kalau orang Pagoh tidak bermakna pada UMNO, lu ingat, dia nak ucap begini?
Lu fikir lah sendiri
Pinjaman untuk pelbagai tujuan
BalasPadamKami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 dolar untuk 10 juta dolar
Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
pinjaman
tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
pelanggan mesti
Melebihi usia o f 18 tahun
Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
(Daviesruthfirm@gmail.com)