Sabtu, 20 Ogos 2016

1MDB ~ Parti Liar & Kelab Malam..!


Selepas isu judi..! isu sebotol arak yang bernilai RM100 ribu..! kini..

‘Parti liar DiCaprio dikaitkan dengan dana 1MDB’

Sebuah penerbitan industri hiburan yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan bahawa aset yang dipercayai dicuri daripada firma pelaburan negara Malaysia, 1MDB mungkin ada kait-mengait dengan yayasan kebajikan kepunyaan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio, yang terkenal dengan penganjuran parti liar.
"Parti serba bebas dan liar ‘bacchanal’ di mana para isteri pasti tergugat dengan wanita Slavic yang pakaian menjolokkan mata di mana para pasangan secara terbuka bercengkerama di bilik mandi," adalah bagaimana The Hollywood Reporter (THR) menghuraikan majlis tahunan Yayasan Kebajikan DiCaprio (LDF) itu, berdasarkan mereka yang pernah menghadirinya.
Mungkin keterlaluan, tetapi ‘bacchanal’ boleh diterjemahkan sebagai "orgies" atau pesta seks berkumpulan dan ia merujuk kepada sambutan kumpulan kultus Bacchus, dewa purba anggur, kegilaan ritual, keghairan agama dan teater .
Sambutan itu terkenal dengan keseronokan hedonistik seperti penggunaan alkohol, dadah, seks, orgies serta kerakusan.
Dan jika laporan oleh penerbitan itu adalah benar, wang yang didakwa dicuri dari 1MDB mungkin didermakan kepada yayasan kebajikan itu di dalam salah satu parti liar yang dianjurkan bagi mengutip derma dan menghidangkan makan malam mewah dengan pelayan Slavic yang separuh bogel.
Ini, kata THR, adalah berdasarkan maklumat dalam pemfailan pelucutan aset berkaitan 1MDB yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika.
THR melaporkan pada majlis tahun ini yang diadakan pada 20 Julai lalu di St Tropez, tiket bermula pada harga AS$11,778, dengan DiCaprio menyambut kehadiran kira-kira 500 tetamu parti liarnya.
Sebelum tu cerita kelab malam pulak...

Dana 1MDB biayai pembinaan empayar kelab malam?

Laman web Sarawak Report mendakwa dokumen dari British Virgin Island mungkin mengaitkan sebuah kelab malam di Las Vegas dengan dana 1MDB.
Dokumen yang diterbitkan oleh laman web luar pesisir pemantau pusat kewangan Offshore Alerts mengaitkan kelab malam dan rantaian restoran Hakkasan dengan Khadem al-Qubaisi.
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebelum ini, mendakwa Khadem menerima dana AS$473 juta dari 1MDB, melalui akaun bank Edmond de Rothschild di Luxembourg di bawah nama Amanah Vasco.
CEO bank berkenaan, Marc Ambroisien dibidas kerana meluluskan urusan tersebut pada tahun 2015. Beliau kemudian meninggalkan bank itu pada April tahun yang sama.
Walau bagaimanapun, menurut dokumen BVI pada November 2015, yang diterbitkan oleh Sarawak Report, Ambroisien masih mengekalkan hubungannya dengan Khadem.
Dokumen, yang ditandatangani oleh Ambroisien, menunjukkan bahawa beliau adalah pengarah Dana Strategik Tasmeem, yang sebelum ini dikenali sebagai Dana Strategik Vasco.
Syarikat Tasmeem Real Estate adalah antara pemegang saham Hakkasan, menurut pemfailan pengawal selia UK, kata Sarawak Report dalam satu kenyataan yang dihantar melalui email.
Menurut, Sarawak Report, ini juga menunjukkan bahawa Khadem masih mempunyai kepentingan dalam Hakkasan, walaupun kononnya memutuskan hubungan selepas meletak jawatan sebagai pengerusi pada bulan April lalu.
"Jelas, Vasco dan Tasameem kekal dikaitkan dengan sumber hasil yang sama," kata Sarawak Report.
"Sarawak Report percaya pihak berkuasa global yang menyiasat hubungan kewangan Quabaisi (Khadem) akan beralih minat mereka dengan perniagaan berbilion dolar Hakkasan."
Khadem membeli jenama Hakkasan pada harga GBP 69 juta pada 2009, dan mengembangkan kelab malam di Las Vegas itu pada 2013, katanya.
Hakkasan juga mempunyai restoran di 12 lokasi di seluruh dunia, termasuk di Jakarta, Doha, Dubai, Mumbai, New York, San Fransisco dan Miami.
Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan dakwaan ini dan telah menghubungi Hakkasan untuk mendapatkan komen.
Khadem adalah antara empat individu yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah DOJ untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana yang diseleweng dari 1MDB.
Tiga lagi mereka, termasuk rakan perniagaan Abu Dhabi Mohammed Badawy al-Husseiny, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz  yang juga adalah penerbit Hollywood serta ahli perniagaan, Jho Low .
Kerajaan Malaysia mendakwa editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown yang berpangkalan di London adalah sebahagian daripada konspirator yang mahu menumbangkan perdana menteri. Ini dinafikan oleh Rewcastle-Brown.
Najib berulang kali menafikan dirinya menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali telah membersihkannya daripada sebarang salah laku.
Duit mak bapak dia orang ke???
Lu Fikir La Sendiri!!!

27 ulasan:

  1. Saman Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu, termasuk Jho Low dan Riza Aziz untuk membekukan aset-aset yang dipercayai dibeli dengan wang 1MDB yang dilencongkan, akan bermula pada 22 Ogos ini.

    Ini bermakna, mereka yang disebut namanya dalam saman itu berpeluang membela diri dan mencabar tuntutan kerajaan AS untuk merampas aset-aset bernilai AS$1 bilion atau kira-kira RM4,000 juta itu.

    Persoalan sekarang ialah sama ada Jho Low, Riza Aziz dan yang lain-lain akan hadir atau tidak dalam perbicaraan tersebut.

    Beranikah mereka berhujah dan menunjukkan bukti-bukti bahawa aset-aset tersebut dibeli dengan wang sendiri tidak berkait sama sekali dengan wang 1MDB?

    Jika tidak hadir, bukan saja aset-aset akan dibekukan, malah juga bermakna mereka tiada kekuatan untuk mencabar dan secara tidak langsung suatu bentuk pengakuan bahawa pembelian aset-aset itu memang berkaitan dengan wang 1MDB yang dicuri.

    #SelamatkanMalaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak kisah jika mereka tak cabar tindakan DoJ itu. Harta mereka akan di rampas dan ada peluang di pulangkan kapada Malaysia. Husam Musa dan Mathias Chang pun dah fail saman bagi nya di US.

      Tapi bagus jugak kalau ada yang cabar. Boleh tengok atau baca semua fakta dan hujah yang akan di keluarkan di mahkamah. Saya minat nak tahu nama penuh MO1. Dah tahu, tapi nakkan penjelasan resmi. Apa yang keluar di mahkamah itu, jika tak di nafikan pihak DoJ, boleh di anggap malumat resmi.

      Padam
  2. Sebagai seorang melayu beragama islam dari negara muslim bernama malaysia, saya berasa teramat malu dengan orang2 agamawan seperti mufti2, menteri hal agama dan mereka yang kononnya expert dalam agama islam kerana mereka ini gagal mengutuk tindakan najib walaupun bukti dah bertimbun2. Apa guna cakap tangkap pasal khalwat, tak berpuasa, larang guna perkataan Allah dan larang main pokemon go......yang nyata salah dipertahankan apalagi yg jadi AG adalah apandi seorang muslim, igp khalid orang islam...

    Tak malukah mintak orang lain hormat islam?????????????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan tak baik kutuk mengutuk, lagi baik puji doj habis habisan, diaorang baik kan kan kan.

      Padam
    2. Bukti dari mana dari kapir ambir Freemason Dan yahudi, dah CAI tak percaya ke siasatan dilakuakan oleh AG,polis,sprm,PAC.nak suruh kita orang percaya pada doj itu he.he.he doj sendiri gagal selesaikan kes berlaku di amerika itu....

      Kelaka macai ini 'Baru sekarang CAI ingat Islam dulu macai protun beri sokongan 100% bagi kondom percuma pada Rakyat Malaysia ini 'tak seorang pun macai protun menbantah apabila Anak sendiri tun m minta sokong palimen untuk bagi peruntukan kondom percuma, nasib baik dun bn Dan pas beragama Islam menghalangnya

      Padam
    3. Jing Jibo mengeji Tun M di atas ini cakap mengarut. Nanti lapang akau nak sebat sampai dia semput.

      Padam
    4. jing jibo takut bini ajak bedebat dia lari..dasar bacul pengecut..komen kemain berapi..telor tak de rupanya

      Padam
  3. J,low ada club malam pun macai protun bising, APA pencapaian kroni apek protun di amerika langsung tak ada, nak jual kereta proton di amerika jangan harap lah, kampung filem puterajaya pun bailout oleh protun he.he.he dah CAI protun. Sultan brunia ada hotel Dan club malam di Hollywood Tak ada bising. APA pencapaian protun di amerika selama 22tahun cerita dengan kami ini.

    Leonardo DiCaprio beroman ke main ke APA kena mena dengan 1mbd itu. Cerita dengan kami apa jadi kampung filem di puterajaya yg telah bailout oleh protun itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jing Jibo, kalau si Taek Low itu tak hentam duit 1MDB. lantak lah dia. Tapi kamu amat bodoh tak sedarkan itu pun.

      Kamu anarkis atau kepala gila. Sekali kata takda kena mengena DiCaprio dengan 1MDB. tapi sebut Sultan Brunei pulak. Kepala kau dalam bontot ke?

      Kau tak tahu ke duit yang di gunakan untuk menghiburkan DiCaprio itu datang nya dari 1MDB. Kepala hotak kau kalau kau fikir lain.

      Padam
    2. Bodo...komen saekor mentibang laut...prOoTt

      Padam
  4. Todiam tekobil kobil.

    BalasPadam
  5. Doj Dan FBI lembat buat kerja macam siput babi ,protun dah banyak berjuta USD pun tetep doj dan FBI lembat buat kerja he.he.he
    Bila tangkap najib?
    Dah dakwa ke belum?
    Dari tahun lepas lagi protun cakap najib bakal tangkap oleh FBI
    Bukti Dari file 79muka dah tambah Surat sampai 136 muka Surat habuk tak ada
    Sambang lebat je macai protun ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau dah bankrap modal/ hujah, Jing Jibo. Asyik tanya itu saja. macam orang bodoh. Ye le, kau memang bodoh. Tapi jangan tonjolkan le. Nanti kau di panggil Mat Tonjol pula.

      Najib kata di kempen PRU13 bahawa jenis kamu ini bangang, hamjadah. Sebab tak cari dan keluarkan fakta dan hujah yang pengundi boleh percaya. Nyaris lingkup dia di PRU13. Akan lingkup di PRU14.

      Padam
    2. jing jibo takut bini kat sini komen berapi api...
      jing jibo cuba tunjuk berani diajak berdebat dia lari...
      jing jibo bachul...bachul

      Padam
    3. The planned #TangkapMalaysianOfficial1 rally will go ahead at its proposed venue Dataran Merdeka, this despite the police stating that the rally will not be allowed to be held there.

      “We, the youths, are determined to continue with the #TangkapMO1 rally this Aug 27 at Dataran Merdeka,” said Anis in a statement.

      The #TangkapMO1 rally follows the US Department of Justice's damning revelations that US$3.5 billion had been stolen from 1MDB.

      Of this amount, the DOJ claimed US$731 million made its way into the accounts of Malaysian Official 1 (MO1), an unnamed civil servant who is related to Prime Minister Najib Abdul Razak’s stepson Riza Aziz.

      Padam
  6. Kalau pd 22 Ogos jho low seangkatan berani cabar doj rampas harta, sudah tentu bukti pemilikan transaksi dan sumber kewangaan dikemukakan. Kalau x berani cabar doj. Sendiri Mau fikirlah. Berani kerana benar ye tak cai??.

    BalasPadam
    Balasan
    1. APA bodoh macai ini siapa nak saman 1mbd dan syarikat anak tiri dialah kena turun ke mahkamah us itu, kalau berani orang saman dia turun ke mahkamah ia, macai protun boleh turuh di mahkamah amerika itu. Dengan fakta Dan bukti sekali aku nak tengok tun m berani tak turuh ke mahkamah us itu, tun m kemukakan tuduhan tun m kena jadi saksi dan bawa sekali bukti jangan penakut ia,

      Kepada macai2 protun desak tun m turuh ke mahkamah us itu 22 Ogos seperti kau cakap je jangan sembang lebat je.
      Suruh tun m tujukan buktinya sekali.

      Padam
    2. Jing Jibo 345 PTG cakap tak tentu arah macam orang gila.

      Padam
  7. Doj Dan FBI lembab buat kerja macam siput babi ,protun dah banyak habis berjuta USD pun tetep doj dan FBI lembab buat kerja he.he.he
    Bila tangkap najib?
    Dah dakwa ke belum?
    Dari tahun lepas lagi protun cakap najib bakal tangkap oleh FBI
    Bukti Dari file 79muka dah tambah Surat sampai 136 muka Surat habuk tak ada
    Sambang lebat je macai protun ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi pun, kata kes besar, tak kan 136 muka je. ish ish ish.

      Padam
    2. Mu tunggu lah 22 hb Ogos ni. Kalau tak cabar doj. Harta dirampas, kemudian baru dakwa kes jenayah. Tak hadir mahkamah , waran tangkap keluar pula. Sabar lah Macai. Biar doj buat keje step by step. Jgn gelojoh. Penantian itu kan satu penyeksaan.

      Padam
  8. Tangkap MO1 rally to go ahead ‎

    The planned #TangkapMalaysianOfficial1 rally will go ahead at its proposed venue Dataran Merdeka.

    “We, the youths, are determined to continue with the #TangkapMO1 rally this Aug 27 at Dataran Merdeka,” said Anis in a statement.

    The #TangkapMO1 rally follows the US Department of Justice's damning revelations that US$3.5 billion had been stolen from 1MDB.

    Of this amount, the DOJ claimed US$731 million made its way into the accounts of Malaysian Official 1 (MO1), an unnamed civil servant who is related to Prime Minister Najib Abdul Razak’s stepson Riza Aziz.

    BalasPadam
  9. The planned #TangkapMalaysianOfficial1 rally will go ahead at its proposed venue Dataran Merdeka, this despite the police stating that the rally will not be allowed to be held there.

    “We, the youths, are determined to continue with the #TangkapMO1 rally this Aug 27 at Dataran Merdeka,” said Anis in a statement.

    The #TangkapMO1 rally follows the US Department of Justice's damning revelations that US$3.5 billion had been stolen from 1MDB.

    Of this amount, the DOJ claimed US$731 million made its way into the accounts of Malaysian Official 1 (MO1), an unnamed civil servant who is related to Prime Minister Najib Abdul Razak’s stepson Riza Aziz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. She said those attending TMO1 had every right to assemble peacefully and guaranteed that there would be no untoward incidents.

      “We just want to gather and tell the authorities to catch Malaysian Official One. We are not gathering to create chaos.”

      Meanwhile, Bersih 2.0 Chairperson Maria Chin Abdullah, whose organisation will also be taking part in the rally, echoed similar sentiments.

      Padam
    2. Whatever. Getting police permission is a must. We are civilised people.

      Padam
    3. Civilized people are reasonable. Is asking people to assemble only in stadiums reasonable?

      Were the past Bersih Rallies with Police permissions? They notified the Police in accordance with the Peaceful Assembly Act 2012.

      Padam
    4. Fortunately, the police made the right decision.

      Padam