Jumaat, 19 Ogos 2016

Singapura Kekal Tegas Berkaitan 1MDB..!


Singapura membuktikan bahawa penyelewengan dan keroskan telah pun berlaku di negara mereka..! Makanya mereka terus tegas dalam mempertahankan maruah negara mereka..!

Dalam keriuhan isu 1MDB di serata dunia termasuk jiran sebelah negara...Pandi buat apa? Khaled KBAB buat apa? Bagaimana dengan kehendak PAC yang mahu siasatan lanjut terhadap 1MDB?

Apa kisahnya? apa ceritanya? dah pergi Singapura untuk mendapatkan bukti sokongan? dah pergi jumpa DoJ untuk dapatkan dokumen sokongan? dah itu...dah ini???

Dah apa???

Isu 1MDB: Falcon dihalang ceburi perniagaan baru di S'pura

Falcon Private Bank (Falcon) dari Switzerland dihalang dari menceburi perniagaan baru dalam Singapura oleh bank pusat tempatan dan pengawal selia kewangan, lapor akhbar Swiss, Finanz und Wirtschaft pada hari Rabu sambil memetik dapatan maklumat yang diperolehinya.
Falcon merupakan salah sebuah bank yang sedang disiasat oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) atas kemungkinan ketidak patuhan peraturan anti pengubahan wang haram dalam urusniaga pengendalian yang melibatkan 1MDB.
Falcon yang dimiliki oleh IPIC dari Abu Dhabi belum memberikan maklum balas mengenai perkara itu yang dihantar menerusi emel manakala MAS enggan mengulas mengenainya, demikian menurut laporan Reuters.
Falcon sebelum ini berkata, pihaknya sedang memberi kerjasama kepada penyiasat Singapura.
"Adalah menjadi dasar untuk MAS tidak mengulas mengenai urusan penyeliaan dengan institusi kewangan tertentu," kata jurucakapnya dalam kenyataan.
Pihak pemantau kewangan Swiss, FINMA juga enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Laporan akhbar Finanz und Wirtschaft itu juga tidak menyebut jika bank-bank lain turut dihalang daripada menjalankan perniagaan baru di Singapura.
Menurut jurucakap, FINMA menjalankan kerjasama secara erat dengan MAS dan pihak berkuasa penyeliaan lain dalam siasatan ke atas 1MDB dan telah membuka prosiding penguatkuasaan terhadap lima bank, salah satu daripadanya bercanggah dengan bank BSI dari Switzerland.
Sampai masanya nanti...tak cukup tanah badak bangsat ni semua nak lari..!
Yakinlah..masanya akan tiba..!
Bila?
Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. Kah kah... spork tegas la pulak.... tegas dng sita kan jauh bezanyee... tegas dng rampas assets kan jauhhh nooo bezanya.... tegas dng dakwa dan tangkap jauh bebeno bezanyerr..... api pun tak mau bako taik fitnoh medey kutty.... lu fikir la sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fakta dgn temberng kan bnyk bezanya.
      Siasatan doj dgn air liur pandi lantikan najis kan bnyk bezanya.
      1mdb berhutang 50B kn bnyk hutangnya.
      Najis xsaman lg walaupun sudah banyak selasanya

      Padam
  2. Usah khuatir! Harinya pasti akan tiba ibarat bom jangka yg bakal meletop. Hanya menunggu detik masanya. 22 Ogos ni pun dinanti dengan penuh debaran seperti perlawanan chong wei dan lin dan.

    BalasPadam
  3. Kepala abah kau tun fitnah najin,si lanun tu yang lari dati soalan, nampak benar kau ni dunggu tahap gaban malas baca buta hati anon 829 kalau kau orang yang bijak aku nk bagi satu soalan jet tak yah banyak2 kenapa 1mdbongok bole tersalah bayar hitang kt kompany yang tkda kena mengena....kalau tk bagi jawapan yang memuaskan memang betulah yang kebanyakkan orang cakap memang betulah yang umnp ni banyak orang dungu.tamak ,gila kuasa dan syok srndiri......oh ya tadi aku terlihat krlibat lanun dalam tv dicrita kononya dia dapat tinhkatkan bisnes bumipitra bole caya ker apa dia cakap. Terus sku tukar chanel sebab apa tau silanun ni pernah ditangkap menipu...dia bole tipu orang umno seban dia orang dunggu tapi bukan orang aku.....lanun tetap lanun

    BalasPadam
  4. Waah ini pasti menarik kalu berita melibat Singapura
    Kita tau bekas Temasek ini musuh kita punya negara
    Barangkali mereka jugak nak tumpang buat angkara
    Bolehkah hamba insan kerdil ini turut sama bersuara

    BalasPadam
  5. Kat Malaysia baru nak siasat akaun peribadi PM dah kena pecat, buang, tukar dan bubar. Yang menjadi lebih badut bila SB polis pulak pi tahan pegawai penyiasat.

    BalasPadam
  6. Saya ni tak ada ler niat nak caci atau kutuk sesiapa
    Melalui blog ni nak ambil kesempatan betegur sapa
    Mungkin kemelut ini angkaraa mereka yang hampa
    Perkara seinci digembar-gembur jadi berdepa-depa

    BalasPadam
  7. Hanya di halang je ambil pinjaman baru, he.he.he boleh merayu di mahakamah Singapore, he.he.he.
    CAI protun mana tahu undang2 he.he.he,

    kalau macai protun cakap bank Goldman Sachs tebabit sama dalam kes 1mbd rugi kenapa dia tak kena sama dilarang ambil pinjaman pada customer, nampak sangat ini penipuan untuk jatuhkan najib he.he.he. maklumlah Goldman Sachs dah rugi Dan nak membuang perkerja nya di Asian tengara, Singapore tak lama lagi bukan tempat kowangan antarabangsa lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penipuan tp takot nk amek tindakan.he.he.he.

      Padam
  8. Benda remeh saja tapi ada orang ambil kesempatan
    Mula nya mau selidik saja tapi terasuk bisikan setan
    Lepas itu mulalah segala fitnah tohmah dan hasutan
    Puncanya jawatan tertinggi negara menjadi rebutan

    BalasPadam
  9. Ada yang sanggup nak gadai negara umpama pelacur
    Malah maklumat dipalsukan rahsia negara kasii bocor
    Golongan ini tak pedulii kalu Melayu nak rosak hancur
    Tapi kita yakin kesan main api satu hari mereka lecur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Najib "gadai negara mcm pelacur."

      Najib Pengkhianat, Pendengki, Buang ISA, buat Keputusan Buang Akta Hasutan.

      Yang khianat dan dengki kpd kaum Melayu ia lah Najib. Negara ini negara Melayu, beribu tahun di kenali sebagai Tanah Melayu, bapak dia Melayu, tapi dia kata dia Bugis, "jugak pendatang". Dia lanyakkan maruah Melayu, dengkikan, khianati kaum Melayu.

      Najib buang ISA yang membendung kegiatan subversif DAP yang anti-Melayu, anti-Islam dan cetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Najib buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan berkenaan hak dan kepentingan Melayu, termasuk Kedudukan Istimewa Melayu di Perkara 153.

      DAP tak suka Perlembagaan, tak hormatkan Bahasa Kebangsaan, tak suka sejarah negara ini, sepatut nya Najib cari jalan atasi masalah susah nak bina rakyat Malaysia, tapi, dahlah Muhyiddin mestikan Sejarah di sekolah sekolah, dia buang Mahyuddin pulak.

      Betapa pengkhianat nya Najib kpd kaum Melayu, dia jugak senyapkan DEB, buang Kementerian Pembangunan Usahawan yang membiming peniaga2 Bumiputera. Biasiswa yang di maksudkan untuk anak kaum yang mundur ekonomi dan pelajaran saperti kaum Melayu pun di kasi nya kpd kaum Cina yang terkaya di negara ini sejak berpuluh tahun. Najib mesti di buang pronto.

      Padam
    2. Najib panggil bank Yahudi Zionis Goldman Sachs beroperasi di Malaysia. Kasi lesen, kasi projek besar, upah nya saja berjumlah US$500 juta = RM2 bilion.

      Bank Yahudi Zionis itu bantu Najib bikin bond tapi jugak kasi peluang dia seleweng 1MDB dan songlap berbilion Ringit masuk akaun dia, anak tiri dia, kroni dia dll.

      Auditor General kata US$7 bilion (RM28 bilion) lesap dari akaun 1MDB. Dept of Justice USA kata US$3.5 billion (RM14 bilion) di "misappropriated and money laundered" di US, dalam proses rampas.

      1MDB terhutang RM53 bilion, IPIC pulak tuntut RM28 bilion, membebankan rakyat sebab 1MDB gomen punya dan tanggungjawab semua hutang. Celaka.

      Padam
  10. Sekali lagi jing jibbo dah masuk menyemak,tak dapat tulang dia pun bising menyalak,gila dah sampai dia jadi semakin galak, ubat tak makan sekarang dia penyakit otak.

    BalasPadam