Khamis, 25 Ogos 2016

Makna Sebenar MKN..?


Hanya negarawan yang berjiwa besar dan berani mampu memohon maaf..! 

Sesungguhnya keputusan yang dibuat pada waktu itu adalah berdasar kepada keadaan dan tuntutan semasa itu..! 

Tapi hari ini tafsirannya telah di salah erti hingga menjadikan ianya senjata untuk terus kekal berkuasa..!

Kuasa siapa?

Layan..

MOHON MAAF

1. Saya ingin memohon maaf kerana pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu Akta Parlimen sebagai undang-undang. Kononnya disebabkan pindaan ini, maka Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru telah dapat dikuatkuasakan walaupun tidak mendapat tandatangan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

2. Tetapi saya ingin jelaskan bahawa pindaan tersebut bukanlah meliputi semua undang-undang. Terdapat beberapa undang-undang yang diluluskan Parlimen yang masih lagi perlu mendapat persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong.Sebenarnya terdapat lebih 30 prosiding yang tersenarai dalam Perlembagaan yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertuan Agong sebahagian darinya tanpa mendapatkan nasihat Perdana Menteri.

3. Diantara hak dan kuasa ini termasuk mengisytihar darurat. Perisytiharan darurat adalah keistimewaan yang diberi kepada Yang di-Pertuan Agong kerana implikasinya amat serius.Ianya memberi hak kepada kerajaan untuk menggantung pelaksanaan undang-undang.Dengan ini Kerajaan boleh menangkap sesiapa sahaja tanpa dibicara.

4. Fasal (1) Perkara 150, Proklamasi Darurat menyatakan “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

(2) Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir akan berlaku.

(2A) Kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini termasuklah untuk mengeluarkan Proklamasi-Proklamasi yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi sudah dikeluarkan atau tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi itu sedang berkuatkuasa.

(2B) Jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan.

(2C) Sesuatu ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama sebagaimana Akta Parlimen, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah ordinan itu ialah Akta Parlimen sehingga ordinan itu dibatalkan atau diungkaikan di bawah Fasal (3) atau sehingga ordinan itu luput di bawah Fasal (7) ; dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memasyhurkan ordinan di bawah Fasal (2B) boleh dijalankan berhubung dengan apa-apa perkara mengenainya yang Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaki diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.

(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua- dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).

(4) Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah, walau apa pun yang terdapat dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan pemberian arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri itu.

(8) Walau apa pun terdapat dalam Perlembagaan ini—
(a)  hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana- mana mahkamah atas apa-apa alasan;
Daripada Perkara dan Fasal tersebut, nyatalah bahawa
(I) Kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat kekal terletak hanya pada Yang di-Pertuan Agong dan tidak boleh di pertikaikan.

5. Tidak ada disebut yang di dalam kes ini, Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong juga boleh memasyhurkan ordinan yang mempunyai kuasa yang sama dengan Akta Parlimen.

6. Dengan kuasa ini yang kekal ditangan Yang di-Pertuan Agong tidak terdapat apa-apa keperluan bagi mana-mana undang-undang lain untuk membolehkan Kerajaan menggantung undang-undang bagi menangani masalah keselamatan.

7. Selain tidak menjadi keperluan, Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru yang memindahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri menghina peruntukan Perkara 38 (4) yang menyatakan “Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.”

8. Jelas sekali Akta Majlis Keselamatan Negara ini, menceroboh kedudukan istimewa Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat.Untuk Akta ini diluluskan sebagai undang-undang persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan.

9. Dibawah Fasal (3) Perkara 40 Undang-undang Persekutuan peruntukanboleh diadakan bagi menghendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang yang bukan dari Jemaah Menteri pada menjalankan mana-mana fungsinya selain—

(a) fungsi yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;
.
10. Mengisytihar darurat adalah satu perkara yang ditentukan Perlembagaan sebagai atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong.Tetapi apabila Akta Majlis Keselamatan Negara memindahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri sebagai pengerusi Majlis Keselamatan, keperluan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk secara bersendirian melaksanakan hak untuk memutuskan darurat tidak lagi bermakna. Secara dasarnya Majlis Keselamatan Negara telah merampas kuasa dan hak Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan perkara ini. Persetujuan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja haruslah diperolehi lebih dahulu.

11. Apabila Kerajaan mengenepikan permintaan Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong supaya Akta Majlis Keselamatan Negara diperhalusi dan disemak semula, maka jelas sekali pindaaan tersebut tidak mematuhi Perlembagaan. Oleh itu Akta Majlis Keselamatan Negara tidak boleh dimeterai sebagai undang-undang.

12. Perkara 130
Bidang kuasa nasihat Mahkamah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal tentang kesan mana- mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa- apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka.

13. Peruntukan ini memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan jika terdapat kesangsian terhadap kesahihan ataupun ketidaksahihan Akta Majlis Keselamatan Negara yang tidak pun mendapat persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong.

14. Perlantikan Perdana Menteri.
Lantikan Perdana Menteri juga merupakan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.Yang diperlukan ialah supaya Yang di-Pertuan Agong melantik seorang individu sebagai Perdana Menteri jika individu tersebut mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.Nama yang dicadangkan oleh parti yang menang tidak semestinya diterima Yang di-Pertuan Agong, jika Yang di-Pertuan Agong merasakan bahawa terdapat calon lain yang lebih sesuai.

15. Oleh sebab itu, berdasarkan kepada peruntukan yang sama di dalam Perlembagaan Negeri masing-masing, di tiga negeri – Terengganu, Perlis dan Selangor – calon yang dikemukakan parti yang menang ditolak dan Raja-Raja membuat keputusan menerima calon yang lain. Mereka ini dilantik sebagai Menteri Besar dan diterima Majlis Mesyuarat Negeri.

16. Yang di-Pertuan Agong jelas sekali mempunyai hak untuk melantik Perdana Menteri atas budi bicara. Jika semasa persidangan, Dewan Rakyat menolak lantikan Yang di-Pertuan Agong, maka calon tersebut terpaksa berhenti daripada menjadi Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong akan menamakan calon yang baru.

17. (105) Ketua Audit Negara

(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Audit Negara, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

106. Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara
(1) Akaun bagi Persekutuan dan bagi Negeri-Negeri hendaklah diaudit dan dibuat laporan mengenainya oleh Ketua Audit Negara.

(2) Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan berhubung dengan akaun bagi Persekutuan dan akaun bagi Negeri-Negeri dan berhubung dengan akaun bagi pihak-pihak berkuasa awam lain dan akaun bagi badan yang dinyatakan melalui perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

107. Laporan Ketua Audit Negara

(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan- laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

18. Perdana Menteri, Dato Sri Najib telah memerintahkan Ketua Audit Negara untuk mengaudit akaun 1MDB. Laporan yang sepatutnya dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebaliknya di hantar kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Laporan PAC bersama dengan laporan Ketua Audit Negara kemudian dihantar kepada Peguam Negara. Laporan Ketua Audit Negara kemudiannya diisytihar sebagai rahsia dan diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

19. Ini bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan dimana laporan Ketua Audit Negara hendaklah di hantar kepada Yang di-Pertuan Agong dan kemudiannya dibentang kepada Dewan Rakyat. Amat jelas bahawa Kerajaan pimpinan Dato Sri Najib bukan sahaja mengabai peruntukan Perlembagaan, tetapi bertindak bertentangan dengannya, dengan memberi laporan tersebut kepada Peguam Negara. Ianya kemudian diklasifikasi sebagai rahsia rasmi.

20. Intipati laporan audit ialah untuk membongkar salah-laku atau kepincangan dalam pengurusan oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskan kewangan sesuatu organisasi. Dengan mengisytihar laporan Ketua Audit Negara sebagai rahsia, maka sia-sia lah tindakan dan tujuan audit diadakan. Rakyat mempunyai hak untuk mengambil tindakan ke atas Kerajaan kerana menyembunyi hasil laporan Ketua Audit Negara.

21. Seperti yang saya katakan dari awal lagi, pindaan kepada Perlembagaan yang menyebabkan persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi diperlukan bukanlah secara menyeluruh. Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih lagi diperlukan jika Akta yang dicadangkan menyentuh kuasa serta kedudukan Yang di-Pertuan Agong. Dan Akta Majlis Keselamatan Negara jelas memberi kesan ke atas kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat, yang mana kuasa tersebut tidak lagi bermakna. Untuk Akta ini, persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan.

22. Di dalam mengisytiharkan yang Akta Keselamatan Negara ini sudah menjadi undang-undang, walaupun ianya tidak mendapat persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong, Dato Sri Najib tidak mematuhi pindaan kepada Perlembagaan yang dibuat semasa saya menjadi Perdana Menteri.

23. Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza. Pindaan tersebut tidak melucutkan lebih 30 perkara lain dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.


Rakyat perlu bangkit mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan disamping terus menjunjung kedaulatan Undang Undang..!

Negara kita adalah hak kita..! tiada siapa pun boleh menceroboh dan menafikannya..!

Jangan sampai rakyat dan negara dihina oleh segelintir dari mereka yang gilakan kuasa..!

Berani kerana benar..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

36 ulasan:

  1. Madey si tua nyanyuk kini resah risau terkapar-kapar
    Dia nak kena gulong tikar yang baru je nak dihampar
    Nyaris dia nii nak kena Sultan Johor punya penampar
    Itulah akibat bila kemaruk gila mulut lantang celupar

    BalasPadam
    Balasan
    1. jing jibo tak yah sebok pasal johor..aku bangsa johor hormat pada sultan..hormat pada tun m.. ulasan mereka adalah pandangan mereka..masalahnya jenis jing jibo jadi batu api busuk hati hasad dengki. ada dna si kitol. muka engkau ni jing kalau ngadap sultan johor wajip kena penampo.mati engkau nanti jibo tak tolong jing hadap la kau sesorang dlm kubur tu..

      Padam
    2. Yang resah risau tu Musibat mcm kau!!!

      Makan dedak dari Penyamun 1MDB yang terulung lepastu melalak dimerata Blog mcm Anjing/Babi kena main Pantat!!!

      Padam
  2. Matdey selama ini ingat dirinya licik licin macam belut
    Tetapi raja tahu dia pencetus segala masalah kemelut
    Sultan Johor dah murka perintah si tua ni tutup mulut
    Umno dah makin dekat le kenduri kuning punya pulut

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasihat kat jibo laa jing...majlis raja raja titah cepat kasi setel 1mdb ke dia takut jing cepat masuk kedalam plak..

      Padam
  3. Udah senyap sunyii nampaknya cai-cai jahanam puaka
    Mungkin dah sedar ikut Matdey kelak nasib kan celaka
    Jangan marah ler ye cai-cai anjing nanti Sultan murka
    He he… kalu rasa diri Melayu jangan pula menderhaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg menderhaka tu jibo..cuba nak ambik kuasa agung dgn akta mkn...mesyuarat mrr tak datang...kau mana tau jing duk rumah takut bini

      Padam
  4. Kah kah... habis hilang lesap cai-cai bingai otak sabut
    Sultan murka mengamuk caii-cai semua kelam kabut
    Blog ini bagi udah dilanda taufan kencang angin ribut
    Cai-cai bahalol bacul bapok lintang pukang larii cabut

    BalasPadam
  5. Alahaii sungguh tak pernah diduga tak pernah sangka
    Dengan tetiba aduhai cempedak bertukar jadi nangka
    Terkucil dalam seluar le kali inii Matdey si tua bangka
    Dia pecah belahkan orang Melayu Sultan udah murka

    BalasPadam
  6. Alahai Jing Jib nie....

    Sultan titah atas kapisiti Sultan...adalah hak Baginda waima tidak sama pendapat. Begitu juga dengan Tun Dr M..jelas Beliau bicara atas kapisiti individu....adalah hak beliau ingin melontarkan pandangan beliau....disini jelas Demokrasi berjalan....Bukan mcm Najis...bila tidak seiring pendapat..PECAT...LUCUT...demokrasi telah mati dibawah najiss....

    #SelamatkanMalaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg pi buang ketua hakim negara dulu tu, sbb demokrasi lah ya?
      Kepala ninja kau...

      Padam
  7. Tak syoklah kalau tajuk selain drpd 1mdb, reza, jho lo, rosmah, najib.

    BalasPadam
  8. Lama udah tunggu sekor cai pun langsung tak datang
    Ramaii dah bungkus tertonggeng tertiiarap terlentang
    Lemah terkulaii tak bermaya tiiada lagii suara lantang
    Kat tempat tidor je le cai serupa isteri dalam pantang

    BalasPadam
  9. OK lah ye cai-cai Kejora nak berundur dulu minta diri
    Kasii ruang kalau ada komen cai-cai Matdey Malabari
    Mahu rehat jap dekat Maghrib menjelang malam hari
    Jemput le rakan cai-cai nanti bila Umno buat kenduri

    BalasPadam
  10. Mana hilang habis cai-cai bingai tak berani nak keluar
    Kecut hati kat dalam rupanya kecut juga kote kat luar
    Pasti ramai juga dah tercirit dan terkucil dalam seluar
    Menyorok kat umah seperti dalam gua punya kelawar

    BalasPadam
  11. Heran sungguh kemana hilang semua cai-cai beruang
    Mungkin udah mati akal melamun je terawang-awang
    Lompong sepi bisu je satu jam Kejora dah kasii ruang
    Agaknya Matdey udah tidak kasi lagi dedak dan wang

    BalasPadam
  12. Cai-cai bingai kini terkedu dulu kemain megah eksyen
    Sultan nak tampar Madey cai-cai jadi bengang tension
    Melopong ler tak buka laptop mengadap jer televisyen
    Tengok pun jadi tak lalu walau ditukar merata stesyen

    BalasPadam
  13. Udah tak nampak kelibat lagii cai-cai jahanam keparat
    Bila Matdey kena lanyak cai terus jadii lemah tak larat
    Mahu bikin komen pun cai-cai anjiing tiada lagi kudrat
    Mengelupor le cai-cai bagai babi hutan termasuk jerat

    BalasPadam
  14. Biar dia seorang menyalak dulu. BAGI PELUANG DIA SYOK SENDIRI!

    BalasPadam
  15. Sebelum inii kemain lagii cai megah terpekik terlolong
    Kinii sentap batang pelir ibarat takutkan hantu polong
    Terkejut Madey Sultan dah nak kasi penampor sulong
    Tak ada tempat le lagi cai-cai dedak nak minta tolong

    BalasPadam
  16. Mana cai-cai Matdey takkan udah habis mampos kojol
    Tak daya bertahan lagi le cai-cai ni Kejora tujah tonjol
    Kena tibai balun ayun berbirat belakang kepala benjol
    Dulu ada kote serupa Shahruk kini cipap serupa Kajol

    BalasPadam
  17. Salam. Sultan bebas bertitah apa pun tetapi kepandaian dan berilmu rasanya Mahathir lebih berilmu berbanding Sultan Johor. Jangan dipandang ringan pandangan Mahathir tu.Mencaci dan menghina tak kan kemana hanya menambah dosa je Orang yang banyak membaca tidak kan bercakap ikut sedap mulut.

    BalasPadam
  18. Salam. Sultan bebas bertitah apa pun tetapi kepandaian dan berilmu rasanya Mahathir lebih berilmu berbanding Sultan Johor. Jangan dipandang ringan pandangan Mahathir tu.Mencaci dan menghina tak kan kemana hanya menambah dosa je Orang yang banyak membaca tidak kan bercakap ikut sedap mulut.

    BalasPadam
  19. Najis atau cai dia boleh ke menulis mcm ni.
    Setakat alih tiang gol, pantun sampah tu smpn dikalangan macai2 jela

    BalasPadam
  20. Ini la satu satu nua posting yg terkeluar dari 1MDB... joloo... DoJ dan FBI .... mungkin isu isu 1mdb tak laku dan dah basi ... maklum la lapuran setengah masak... fitnah dan bohong atau mungkin duit puluh2 juta dah abis untuk belanja fitnah. ... FBI dan DoJ pulak kirja macam CIFUT BABI... ahaksss... Selamat Menyambut Hari Merdeka... merdekakan diri anda dan keluarga dari fitnah jijik...

    BalasPadam
  21. Muhyiddin yang tersepit, agak2 boleh dapat peluang menang 50-50 di Paguh sekarang dah hancus terus.

    BalasPadam
  22. Budak PP lebam tu mangsa keadaan... lagi satu tak pandai pilih kawan... klu kawan dng pemimpin utara kedah lama... sah melingkup la hidup mu...

    BalasPadam
  23. Agong dan sultan pun Tak dpt lindungi rakyat dari perasuah Najis ...begitu lah nasib rakyat Malaysia ...sedey sedey ��

    BalasPadam
  24. jing jibo takut bini
    asik meroyan dlm blog ini
    konon dia lah paling berani
    orang ajak berdebat dia lari
    depan bini pijak semut pun tak mati
    dilempang dicarut tak berbunyi
    itulah jing jibo yg patut diketahui..

    BalasPadam
  25. Negara Johor sekiranya keluar dari Malaysia pasti Singapore yg milik Sultan Johor dituntut semula hatta klu berperang sekali pun.... Spore yg terlepas dari milik Sultan Johor adalah angkara bangsa melayu Kedah Lama yg terkrnal jadi talibarut penjajah... Angkara melayu kedah lama ini lah Sultan Johor hanya memiliki Pulau Batu Putih yg timbul tenggelam itu....

    Sultan Johor pasti akan ambil semula Spore semula dan perang ini akan dimenangi oleh kjaan Melayu Johor Berdaulat...

    BalasPadam
  26. Banyak cerita mencarut kat sini, semuanya penjilat tegar serupa lalat pemakan bangkai.Putar merdeka lah ketua Lalat Langau yang sebenarnya ibarat bangkai busuk, moga awak masuk neraka buat selamanya hahaha

    BalasPadam
  27. Dalam Gambar tu si Lanun Bugis Penyamun 1MDB jadi makna sebenar adalah...

    M = MUKA
    K = KAN
    N = NINNA MAH

    BalasPadam
  28. Secara logik pun Tanah Melayu ini mempunyai banyak sejarah tersendiri. Kerajaan Gangga Negara Kedah, Batu Bersurat Terengganu malah kerajaan Melaka sendiri jauh lebih lama daripada sejarah Johor. Moyang Tuanku Sultan JOhor telah promote istilah Bangsa JOhor sejak 1920 an, lama sebelum kemerdekaan. Apabila kita merdeka bersama-sama pada 1957 perseketuan tanah Melayu wujud bersatu padu dengan termeterainya tandatangan Semua Raja-raja daripada negeri yang punyai Sultan. Maka sejarah sebelum 1957 itu bolehlah ditinggalkan secara beransur-ansur bagi menyerap semangat perseketuan Tanah Melayu yang baharu malah diperkuatkan lagi dengan kemasukan Sabah dan Sarawak hingga membentuk sebuah negara bangsa Malaysia. Tak Mahulah negara makmur tercinta ini jadi kucar kacir apabila setiap negeri yang ada mula ugut mengugut untuk keluar dari Malaysia dan hidup sendiri. Pengekalan kuasa Raja dan Sultan yang berpanjangan di bumi Melayu ini pun merupakan satu Bentuk Rahmat Besar daripada Allah s.w.t. yang tidak terdapat di negara lain. Indonesia yang punyai ratusan keturunan Sultan dan Kerajaan Lama pun akhirnya diperintah secara REpublik. Malaysia yang jauh lebih kecil masil punya sejumlah besar kerajaan negeri yang bersultan malah ada penggiliran pula menjadi Yang dipertuan Agong. Bersyukurlah wahai para Sultan yang dikasihi, jika tidak kerana kebijaksanaan dan mulianya hati budi umat Melayu Islam, pasti kita tidak punyai warisan kesultanan hingga hari ini. Malaysia pasti akan lebih makmur dan kembali ke jalan yang benar bila PeeEMm sesat dapat dihukum atas segala kejahatan yang beliau telah lakukan.

    BalasPadam
  29. Logik akal sejarah pembentukan negara Malaysia lahir daripada sejarah kerajaan lama bermula dari Gangga Negara Kedah lama, Batu Bersurat Terengganu dan juga Kerajaan Melaka. Sejarah awal wujudnya manusia di Semenanjung TAnah Melayu. Lama mengatasi kerajaan Johor. Apabila kemerdekaan tercapai dengan termeterainya perjanjian persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani oleh Raja2 Melayu maka kerajaan Tanah Melayu wujud dengan bersatu padu sekalian negeri bersultan juga negeri2 selat malah bertambah utuh dengan kemasukan SAbah dan Sarawak. Moyang Tuanku Sultan Johor mula mempromote istilah Bangsa Johor lama sebelum kemerdekaan iaitu seawal tahun 1920an. Sewajarnya dengan wujudnya Malaya dan seterusnya Malaysia maka semangat itu wajar dikembang ke peringkat nasional dan bukan setakat di negeri Johor sahaja. Ini bagi mengelakkan setiap negeri yang merdeka ini saling ugut mengugut untuk keluar daripada kerangka kerajaan Malaysia. Sesungguhnya Sekalian Sultan yang berdaulat di Tanah Melayu ini wajib bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnia RahmatNya maka kemuliaan hati orang bangsa Melayu Islam di Malaya inilah yang mempertahankan institusi Raja hingga dapat bertahan hingga hari ini. Andai kata tidak kerana itu pasti kesultanan Johor pun hanya tinggal sejarah sahaja sama seperti di Indonesi yang punyai ratusan warisan kesultanan kerajaan Melayu/ Jawa/ Bugis/Minang dlll yang tinggal kenangan hingga akhirnya wujud satu negara Republik Indonesia. Hebatnya kesultanan negeri2 Melayu ini membolehkan penggiliran pula bagi wujudnya jawatan Yang Dipertuan Agong. Soal Sultan dan Rakyat berpisah tiada yang jadi masalah ialah kebejatan seorang Perdana Menteri Malaysia yang telah berlaku khianat kepada Negara dengan memakan secara haram hasil mahsul negara untuk kepentingan diri sendiri , keluarga dan para kroni. Ini musuh yang nyata, jika tiada usaha mencegah jangankan bangsa Johor malah Bangsa Malaysia keseluruhanya akan musnah celaka.

    BalasPadam
  30. Sokong 100% Cahaya A Majid . Lagi pun mengikut pandangan aku,Tun bercakap mengenai perpaduan rakyat diMalaysia dan sedikit pun tidak menyentuh nama Sultan Johor.Aku pernah juga baca yang rakyat Johor sendiri pun tidak suka dengan sebutan Bangsa Johor ni......apa tah lagi jika ada pihak yang nak keluarkan atau pisahkan Bangsa Johor ini dari Malaysia.Pada aku apa yang Tun kata adalah benar dan tidak perlu rasanya ada pihak yang terasa.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Secara jujurnya saya sokong apa yang Tun cakap.
      Hanya hipokrit sahaja yang merasa sebaliknya.
      Sekarang ini pula timbul "Sarawak for Sarawakian?"
      Kemana hala tuju kita sebenarnya?

      Padam