Jumaat, 2 September 2016

HOT Rahman Dahlan ~ Ada MO1 No 2..?


Ingatkan kenyataan kedua Pengarah Strategi BN tu bakal menghurai kekusutan tapi rupanya ia menambah belit yang berkecamuk di kepala hotak 'bos' nya..!

Disaat para penjilat berkuntau mengatakan MO1 tu bukan Najib hingga tergamak menghina Agong..tup tup..! Rahman bersuara..! buka sekali..! tapi sudah yang ke dua kali..! Apa strategi Rahman sebenarnya?

Menteri kabinet yang lain pun nampaknya tak 'kuasa' nak mengomen kenyataan Rahman..! masing masing dilaporkan berkata - tanya Rahman..! 

apa agenda Rahman? 
Datuk Abdul Rahman Dahlan sekali lagi menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak orang yang dimaksudkan sebagai “Malaysian Official 1” (MO1), seperti dirujuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam dokumen permohonannya merampas aset 1MDB Julai lalu.
Badan penyiaran Britain BBC memetik menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai berkata perkara itu tidak perlu diragukan lagi.
“Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (DOJ) itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri,” katanya
Ditambah pula...

PAS, DAP mahu pengesahan MO1=Najib disusuli siasatan, penjelasan Najib

Pengakuan Abdul Rahman itu dapat membantu SPRM dalam sisatannya, kata PAS.
DAP dan PAS hari ini menggesa Putrajaya tampil memberi penjelasan selepas pengesahan terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang “Malaysian Official 1” (MO1) merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengalu-alukan pengesahan Abdul Rahman, yang juga pengarah strategi Barisan Nasional (BN), dan menambah ia dapat membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usahanya memerangi rasuah.
“Cuma, ramai tertanya-tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan kabinet dan juga PM sendiri?” kata Tuan Ibrahim.
“MO1” disebut 36 kali oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Julai lalu, dalam dokumen permohonannya mahu merampas aset berkait 1MDB bernilai lebih RM1 bilion susulan dakwaan salah laku dan kecurian dana.
Ia mengundang spekulasi MO1 merujuk kepada perdana menteri, walaupun Najib dan pemimpin Umno sehingga ini rata-rata tidak memberikan komen secara langsung mengenai perkara itu.
Kenyataan Rahman dan desakan PAS tersebut pasti membuat tidur malam jumaat Najib semalam tidak berapa lena..! betul tak?
Lena tak lena itu Najib punya pasal..!
Soalnya...Menteri Najib sudah membuat pengakuan kali kedua..! Ini bermaksud apa yang di sabitkan kepada MO1 dengan pelbagai kesalahan didalam dokumen DoJ secara tak langsung Rahman mengakuinya..! 
Itu sebab banyak kali telah disebutkan..! Kertas takkan mampu membungkus api bro..!
Hanya macai@balaci sahaja yang membohonginya..!
Layan...

Najib MO1 dan Duit 1MDB Biayai Empayar Hiburan 


BUAT kali kedua Pengarah Strategik Barisan Nasional, (Datuk) Abdul Rahman Dahlan dilaporkan telah menamakan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, sebagai orang yang digelar “Malaysian Official 1” (MO1) oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ). (Baca di sini)

Tetapi konco, macai dan balaci Najib kelas mamat dan pemakan dedak tetap menafikan. Mereka mencari berbagai-bagai helah dan alasan untuk menimbus bangkai gajah Tok Mia yang reput dan busuk.

Ahli Parlimen BN Langkawi, Nawawi Ahmad, misalnya cuba mengabui mata rakyat jelata dengan mengaitkan MO1 dengan Yang di-Pertuan Agong. Dia kemudian memohon maaf atas perbuatan bodohnya setelah menyalahkan orang lain kononnya menyalahtafsirkan kenyataan beliau.

Tetapi pengesahan Abdul Rahman ini bukan calang-calang pengesahan. Ia adalah pengesahan taraf  Kabinet dan standard global oleh salah seorang pembela terulung Perdana Menteri.

Ia bukan pengakuan lawak standard Ahli Parlimen Langkawi. Ia pengesahan rasmi yang dibuat bukan kepada media arus perdana tempatan yang boleh diperkotak-katikkan tetapi kepada penyiar global – British Broadcasting Corporation (BBC). Bukan sebarang orang boleh dapat “airtime” di BBC. (Baca/tonton di sini).

Jadi, akibat pengesahan Abdul Rahman itu bertambah kuat dan jelaslah bukti yang selama ini cuba dipertikaikan iaitu Najib adalah numero uno – orang nombor satu – 1MDB.

Atau adakah Abdul Rahman juga akan buat macam Ahli Parlimen Langkawi dengan mengatakan kenyataan beliau diputarbelitkan atau disalah takrif? Boleh buat tapi sudah terlambat. 

Masih Tak Percaya?


Soalnya, dengan pengesahan kepada BBC oleh Abdul Rahman bahawa MO1 adalah Najib, masih adakah lagi konco, macai dan balaci pemakan dedak akan cuba putar-belit dan adakah lagi pihak yang tidak percaya?

Ini termasuklah para ulama dan agamawan PAS. Berpandukan pengalaman lalu, saya rasa segelintir mereka akan terus tidak percaya walaupun pengakuan itu dibuat oleh menteri Najib sendiri.

Kita sudah lihat macam mana Presiden PAS, (Datuk Seri Tuan Guru) Haji Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Am (Datuk Tuan Guru) Haron Din dengan keras menafikan pembabitan Najib dalam dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan 1MDB.

Malah mereka kini menjadi kayu penongkat mahligai politik Najib yang condong dan goyang.

Tetapi penafian Abdul Hadi dan Haron menjadi semakin sukar dipercayai dan dipertahankan dengan semakin banyaknya pendedahan baru yang sangat sensasi mengenai penipuan dan penyelewengan duit 1MDB.

Sebelum Abdul Rahman menggugurkan bom nuklear ke atas Najib, media massa antarabangsa melaporkan kemungkinan sebahagian duit yang disonglap daripada 1MDB telah digunakan untuk membiayai empayar hiburan antarabangsa milik seorang Arab.

Kelab malam Las Vegas ini dikatakan dibiayai duit curi 1MDB
Laporan itu mengatakan bahawa pada 18 Ogos lalu, seorang Arab bernama Khadem Abdullah al-Qubaisi telah ditangkap oleh pihak berkuasa Abu Dhabi kerana disyaki menyelewengkan duit sebanyak AS$470 juta (kira-kira RM1.8 bilion) dalam urusan usaha sama negara itu dengan 1MDB.

Apa yang al-Qubaisi dituduh buat dengan duit itu saya rasa Abdul Hadi, Haron dan semua orang PAS boleh faham. Cuma sama ada mereka hendak mengaku atau tidak.

Al-Qubaisi ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi
Al-Qubaisi adalah orang di belakang Hakkasan Group, sebuah empayar hiburan yang memiliki kelab malam, hotel dan restoran mewah di merata dunia.

Kalau betul alasan penangkapan al-Qubaisi oleh pihak berkuasa Abu Dhabi itu, jelaslah duit yang disonglap daripada 1MDB telah digunakan untuk kegiatan yang dilarang oleh Islam.

Tak tahulah saya kalau Abdul Hadi dan Haron boleh meyakinkan kita bahawa kelab malam Hakkasan di bandar raya judi Las Vegas itu patuh Syariah.

Yang sudah jelas adalah sebahagian duit yang dibocorkan daripada 1MDB telah digunakan oleh anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, dan rakan kongsinya, Jho Low untuk membiayai penerbitan filem separuh lucah “The Wolf of Wall Street” serta membeli kediaman mewah di Amerika serta lukisan mahal. Harta itulah yang hendak dirampas oleh DoJ melalui saman sivilnya di Los Angeles.

Tapi kalau Abdul Hadi dan Haron tak faham lagi atau tak peduli, saya tak tahu apa nak kata. Nak kata mereka masih tunggu empat orang saksi misteri pun tak masuk akal juga sebab satu dunia sudah tahu.

Susah nak fikir. Nak tuduh atau syak mereka terima dedak daripada Najib tentu tak kena pada tempatnya sebab mereka orang agama.

Masakan ulama besar sanggup jadi tali barut dan bersekongkol sembunyi perbuatan salah yang membebankan rakyat jelata sekarang dan pada masa akan datang?

Wallahuaklam.


SPRM dan PDRM bila nak panggil Rahman Dahlan? Pandi bila nak respond kenyataan Rahman? PAC dan Audit tak nak bersembang sembang dengan Rahman ke?

Atau..agaknya Rahman cuba nak ajak kita meneka ada orang lain selain Najib..? Selain Najib siapa lagi yang boleh di sabitkan sebagai MO1?

Lu Fikir La Sendiri!!!

19 ulasan:

  1. Apakah Rahman Dahlan menyedari bahawa kapal yang dilabuhkan sauhnya dan pada masa yang sama dikembangkan layarnya sedang teroleng2 hendak karam. Belayar ke depan tidak dapat kerana sauh kuat mengikat, berlabuh tidak mungkin kerana angin kuat membadai, mengundur adalah mustahil kerana itu bukannya sifat kapal layar .

    Membaca ...
    Melihat ...
    Mendengar ...

    Luahan kontraktor bahawa sukarnya mendapat projek kerajaan.

    Bicara ADUN bahawa banyak projek kerajaan terpaksa ditangguhkan ...

    Membuktikan bahawa kantung negara sedang parah.

    Mampukah Rahman Dahlan dan lain2 pemimpin politik UMNO berjuang dan bertahan pada PRU itahun hadapan yang dijangka akan dibuat pada bulan March.

    Pembekuan aset 1MDB di Amerika Syarikat dan negara lain menyebabkan MO1 tidak akan mendapat dana/derma untuk pilihanraya yang akan datang.

    Selamat tinggal UMNO.

    Kertas tidak mungkin membungkus api.
    Hanya sedikit kecerdikan mampu merungkai perkara sebenar ...

    BalasPadam
  2. Buang epal yang busuk tu akan dapat menyelamatkan epal-epal yang lain...

    BalasPadam
  3. The best article to read on the implication by rahman dahlan's admission on MO1 is by Outsyed The Box.

    Clear, concise and no bullshitting

    Kalau najib's men in the likes of tun faisal, tengku sharifuddin, nazri, mykmu bloggers, dr mim etc do not admit on their losing position, I suggest they retire early before the axe fall on them.

    To pentaksub Blog Akhzaman....belajar balik the truth in our religion. Oh ya, jangan arabkan melayu malaysia

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  4. Apakah agenda rahman yg sebenarnya...jeng jeng jeng..kihkih..apakah teori RAHMAN akn jadi kenyataan..dimana mohd najib pm terakhir srlepas runtuhnya tembok umno..jengx3..prOoTt

    BalasPadam
  5. My views

    1. Rahman is a sabahan

    2. Muhyiddin said he saw najib's account

    2. The person who showed it to him was also a sabahan, former AG Gani Patail

    3. Musa Aman is losing grip in sabah, worrying about the swiss account issue.

    4. Shafiee, another sabahan is gaining ground in sabah

    5. What better way to make great escape.

    6. I think rahman is being rattled by the coming DoJ civil proceedings in the US.

    BalasPadam
  6. Cai2 najib tak nak buat posting? Benda serius ni...tuduh2:)

    Pentaksub blog akhzaman blog? Macam mana dari perspektif Islam.

    Kebarangkalian :) :)

    1. Rahman ni mole mahathir
    2. Rahman ni pro yahudi
    3. Rahman ni pro lgbt
    4. Rahman ni pro liberalist
    5. Rahman ni agen DAP
    6. Rahmsn ni agen nak tumbangkan najib dan kerajaan
    7. Rahman ni agen kapir makan babi
    8. Rahman ni anjing salakan mahathir

    Bukan saya kata tapi agen najib dan pentaksub blog akhzaman..barangkali...

    BalasPadam
  7. Bapak kata arab bagi dia derma..
    Anak pulak dapat hadiah..
    Anak kandung adakah dapat biasiswa..?
    Bini pulak dapat sedekah jariah..maklumlah suri rumah.,,,

    kuang kuang kuang

    BalasPadam
  8. Pemakan dedak patut rasa bangga..
    Ada rakyat Malaysia yang sangat bertuah..
    Dapat rezeki mudah bilion dan juta juta..
    Walaupun haram depa tak kisah..

    kuang kuang kuang

    BalasPadam
  9. Putera M ni akal serupa budak lahir tidak cukup bulan
    Balik-balik spin putar belit kenyataan Rahman Dahlan
    Hari tu bersama Syafiqah berguling kuntau atas jalan
    Nasib lah ko sebab dah banyak dedak dikunyah telan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pantun apa nii bro...langsung xkena dgn maksud..syafiqah tuu cantik bro boleh buat calon isteri..Belajar pun pandaii..prOoTt

      Padam
    2. Ted Manop nii kenapa dengan Kejora mahu cari pasal
      Lebih baiik Ted pergii beriiadah kat gelanggang futsal
      Udah ramai cai2 yang macam Ted ini jatuh menyesal
      Silap gaya jadi biol waktu malam tidor dekat bangsal

      Padam
    3. Ted Manop cuba guna otak sikit usah lah jadi pak turut
      Mereka caii dedak berjuang nak mengenyangkan perut
      Kalau terpengaruh nantii Ted akan mula nak mengarut
      Ini Kejora cakap elok-elok ni belum lagi nak maki carut

      Padam
  10. Inilah jadinya bila otak dangkal dan tak tinggi sekolah
    Tengok orang hentam cai-cai pun ikut terjah jugak lah
    Kalau MO1=Najiib pun apa hujah yang nak diperbalah
    Ada kah mana mahkamah dakwa atau buktii bersalah

    BalasPadam
  11. 11.33,

    Sebelum kutuk orang tak tinggi sekolah, cerminlah diri. You are trying to fool others. No one give a damn st yr comments.

    It is a fact MO1 is najib. It stays there.

    It is a fact no court has passed verdict on najib to date.

    But it has been established vide a civil suit that MO1 is INVOLVED but he has no assets in the states to be forfeited unlike riza, jho low, khadem and albusainy. The US court will decide on this soon.

    Remember, MO1 is the main leader in a conduit of personalities including runways such as nik, subuh, cassey, eric, jasmine etc etc. This will be criminal proceedings.

    If you do not know LAW, ask criminal or civil lawyers to advise you. Otherwise you are a damn a--hole. Stfu. Kejora ke tak kejora, you all are traitors to malays, muslims, the country and all the rakyat. Shame on you........

    BalasPadam
    Balasan
    1. So brader, in what sense is Najib proven guilty, I mean criminally or by law? And in what matter I'm the traitor to the Malays or to the nation? In what way can we believe that DOJ is revealing the truth?

      Don't just be dependent to hear say!

      Who is the real traitor to the Malays?
      Who keep on splitting the Malays who are already being split.

      Don't just bit around the bush and don't try uphold the wet thread.

      Shame on you too...

      Padam
    2. Cai 12.27 udah kena pukulan ‘pulang paku buah keras’
      Kalau laju peluru datang bila melantun balik nya deras
      Dia cuba nak goreng ingatkan Kejora ni biol tak waras
      Inii le dia jenis cai boleh ‘setakat menghabiskan beras’

      Padam
    3. 12.52 n 1.01

      A fact, VEHEMENTLY defended by the cais has been proven/confirmed i.e MO1 is NAJIB by cais beloved sabahan boy rahman dahlan.....

      MO1 in DoJ claim has been named more than 30 times to show HIS PROMINENCY starting from setting up of 1MDB till money more than a billion landed in MO1=NAJIB's account. These are all documented. UNFORTUNATELY OUR AUD GEN REPORT WERE OSAed.....why????

      We talk facts, unlikd najib who beats round the bush. All speaking on his behslf in realtion to kleptocratic activities are TRAITORS NOT ONLY TO MALAYS BUT THE COUNTRY.

      Who believe malays and muslims like you? We malays and muslims are apolitical but we thank Allah.....umno is never allowed in our state.....

      Pity and shame you kleptocratics lover.

      By the way....this is september....tick tock tick tock

      To cai 1.01,

      Sedap ke dedak haram?????

      Allahuakbar

      Padam
  12. A,kum. Maaf la tak Baca pantun. Sebab Baca komen lain pun Dan terbaca mcm pantun. Bile tgk komen baru masuk je tgk penghujung ayat dulu. Kalau sama je terus langkau. Jgn marah aaa. Sakit kepala la asik pantun je. Kalau pantun nasihat ok gak la. Jgn marah ye. Semekom.

    BalasPadam
  13. Ada caii tak punya modal komen orang ditambak tokok
    Serupa ayam berak kapor tapii galak dia mau berkokok
    Agak nya si pokai ni banyak hisap seludup punya rokok
    Sekolah tidak pandai sekadar jadi pomen bawah pokok

    BalasPadam