Isnin, 19 November 2018

Kem Azmin ~ Rafizi...Umpama Api Dalam Sekam..!


Konon biduk lalu, kiambang bertaut namun rupanya luka yang terjadi meninggalkan tokak yang semakin menjadi nanah..! 

Itulah suasananya dikalangan perwakilan kongres selama 2 hari lepas. ini dikuatkan lagi dengan ucapan penutup ke dua kem leader semalam...

Pemilihan PKR berakhir, perseteruan Azmin-Rafizi belum reda


Pemilihan PKR tahun ini menyaksikan Anwar Ibrahim memenangi jawatan presiden tanpa bertanding.
Bagaimanapun saingan sengit bagi jawatan timbalan presiden antara Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli yang berlangsung selama hampir dua bulan merupakan tumpuan utama pemilihan kali ini.
Saingan antara kedua-dua pemimpin PKR itu menyaksikan tuduhan politik wang, kehilangan undi, pengurusan pemilihan yang tidak adil, dan percubaan mensabotaj pengundian yang melanjutkan lagi tempoh proses pemilihan.
Beberapa hari sebelum keputusan rasmi diumumkan, Rafizi akhirnya mengaku kalah kepada Azmin, yang menurutnya adalah demi kepentingan parti.
Meskipun beberapa kenyataan yang dibuat bagi meredakan ketegangan sepanjang pemilihan, ucapan Azmin dan Rafizi dalam Kongres Nasional PKR di Shah Alam memberi gambaran kedua-dua mereka akan terus menjadi seteru dalam parti.
Malah, kongres berkenaan dilihat dibayangi ketegangan antara kedua-dua kem berkenaan.
Sabtu lalu, perwakilan PKR Perlis Tengku Nazeri Tengku Aldin dalam ucapannya menggesa Rafizi dan Azmin agar menghentikan perseteruan mereka bagi menyatukan parti.

Tengku Nazeri
"Saya menggesa pasukan Rafizi dan pasukan Azmin, sudah sampai masanya untuk menghentikan semua (perseteruan) ini," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin yang bersetuju dengan gesaan itu.
Susulan itu, Azmin melangkah ke arah Rafizi dan kedua-dua mereka bersalaman sebelum sama-sama mengangkat tangan. Kedua-dua pemimpin PKR itu kemudian saling berpelukan.
Bagaimanapun, ucapan kedua-dua mereka mereka dalam kongres hari ini mengandungi sindiran antara satu sama lain.
Dalam ucapan terakhirnya sebagai naib presiden, Rafizi mengingatkan berhubung segelintir pemimpin kanan parti itu yang menurutnya memperlekehkan usaha mengangkat Anwar Ibrahim selaku perdana menteri kelapan.
Selain itu, Rafizi juga berkata bahawa beliau boleh membuat rayuan berhubung keputusan pemilihan PKR, namun tidak berbuat demikian kerana ia akan menyebabkan kritikan ke atas Anwar dan parti mereka.

Azmin pula, yang akhirnya berjaya mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR yang dipegangnya sejak 2010, berkata antara faktor beliau kekal mempertahankan kedudukan nombor dua itu adalah kerana mampu berdepan cabaran dengan tenang.
Azmin turut berjenaka bahawa beliau bukan dicabar Rafizi, tetapi bekas anggota parlimen Pandan itu hanya "menawarkan khidmat kepada parti".
"Tak ada masalah, saya tenang saja. Anwar pesan 'Azmin, tenang'. Saya kata 'tenang macam mana, Datuk Seri? Aku kena serang kiri kanan'.
"Orang yang tenang InsyaAllah akan berjaya selama-lamanya," katanya lagi.
Dengan keputusan rasmi yang sudah diumumkan, pasukan Azmin dilihat mendominasi pemilihan kali ini.
Jahanam dah Pigayarrr nih..! Imam dan bilal masjid tak di pilih pun lari masjid lain beb..! Lagikan pulak Parti Koyak Rabak..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Dahulu Rafizi merasakan dia no 2 paling berpengaruh dalam parti, rupa2nya dia ni biasa2 sahaja, tiada keistimewaan apa2.

    BalasPadam
  2. Najib dulukan tenang2 juga... campur selamba dan buat bodoh.. last2 apa jadii.. contoh terbaik ingatan buat Azmin tenang ada had nya.

    BalasPadam