Ahad, 18 November 2018

Menteri Anggap Patin Tempoyak Lebih Penting Dari Kongres Parti..!


Berangin nampak Presiden KY Jelly..!

Baru Bian makan patin tempoyak, tak hadir Kongres PKR!

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada menteri Kabinet dari parti itu yang gagal menghadiri Kongres Nasional PKR ke-13.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, kepentingan parti perlu diutamakan walaupun memegang jawatan penting seperti menteri.

"Saya nak tegur menteri-menteri, saya tak peduli jawatan kamu. Perjumpaan dan kongres parti wajib hadir melainkan ada kebenaran khas seperti (Datuk) Saifuddin (Abdullah) dan (Dr) Xavier (Jayakumar).

"Tapi ada menteri tak hadir. Saya nak beritahu, mereka diangkat kerana sokongan rakyat dan ahli.
"
Tidak boleh apa juga alasan untuk meremehkan kedudukan dan kepentingan parti," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan, hari ini.

Malah, Anwar turut mengingatkan agar kesilapan itu dibaiki segera.

"Saya nak beri peringatan, baiki keadaan sekarang. Kalau tidak saya tidak akan tolak ansur siapa juga," katanya.

Sementara itu, ketika sidang media Anwar berkata teguran itu dikhususkan kepada Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

"Saifuddin mengiringi Perdana Menteri ke Papua New Guinea, manakala Xavier ada persidangan di Mesir.

"Baru pula tiada penjelasan sebab itu saya tegur dalam ucapan," katanya.
Semakan Sinar Harian di laman Facebook Baru mendapati beliau memuat naik gambar aktivitinya mencuba masakan patin tempoyak di kawasan rawat dan rehat Temerloh, Pahang.

Menurut Baru, beliau dalam perjalanan ke Lembaga Lebuhraya Wilayah Timur.
Turut kelihatan dalam gambar tersebut ialah timbalannya, Annuar Tahir.

Manakala, semalam beliau memuat naik videonya menyampaikan ucapan di program Sukan Kerja Raya 2018 di Ipoh, Perak.

Dia peduli ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Dia sibuk.. Kuakuakua

    bankami.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Xde apa hal..dh jadi menteri mestilah sibuk kesana sini..time mkn dia mkn mcm kita juga..

    BalasPadam