Jumaat, 31 Julai 2009

Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya.... Biarkan!


UMNO perlu berani! Pemimpin UMNO perlu punya maruah diri! UMNO selama ini menjadi payung kepada bangsa Melayu, wadah perjuangan bangsa, Parti yang menyatukan seluruh umat melayu dalam negara, UMNO yang menjadi tunjang kekuasaan dalam pentadbiran negara selama ini tetap dari dulu, kini dan selamanya membela Bangsa, Agama dan Negara!

UMNO tak perlukan orang lain, jauh sekali memerlukan persetujuan seorang tua nyanyok, rosak dan sesat yang konon bergelar ulama dalam semak, didewa sebagai tok guru, namun gerak, perkataan dan perbuatan lagsung bercanggah dengan tuntutan agama Islam yang syumul.

Lupakan Nik Aziz! Siapa nik aziz hingga UMNO dilihat begitu terikat dan terikut dengan rentaknya! Nik Aziz yang jelas mengidap sawan Anu-war aljub yang tidak sesekali akan melihat akan perpaduan melayu itu satu kewajipan, perpaduan melayu yang selama ini menjadi asas kepada kuasa melayu kekal berkuasa bukan lagi lagu yang merdu untuk dendangan nik aziz dan anu-war aljub.

UMNO seharunya lebih fokus kepada perpaduan didalam UMNO itu sendiri dan selepas itu barulah melihat kepada sokongan kepada mereka yang tidak berparti. UMNO juga boleh menganjurkan semangat ukhwah dan kesatuan bangsa ini sesama ahli-ahli parti PAS dan PKR yang ramai lagi masih rasional apabila memperkatakan isu kesatuan umat melayu demi survival politik dan kuasa melayu dalam negara.

Tapi mereka ini tidak mahu dijadikan isu oleh UMNO untuk kepentingan politik sesetengah pemimpin. Mereka ini mungkin berbeza dalam ranting perjuangan politik tapi sekepala dalam asas perpaduan bangsa. Mereka tidak mahukan momokan dan sebarang fiesta dalam perjumpaan. Itu sebab UMNO perlu mengenal pasti sasaran serta bijak memilih pemimpin mana yang wajar diberikan tugas dan amanah untuk mendampingi golongan ini. Yang jelas bukan nya pemimpin yang duduk di mainstream kekuasaan.

Dalam mendepani kerenah penghapusan ISA, sebenarnya bukan semua anggota pembangkang yang bersetuju dengannya. Itu sebab pemimpin UMNO perlu peka dan menyusuri isu ini terutama di kawasan masing-masing. Yang panas hanya dibeberapa tempat terutama nya di Kuala Lumpur sedangkan dikebanyakkan tempat isu penghapusan ISA ini jelas tidak mendapat sambutan. Tetapi ianya dimainkan dengan begitu hebat di media-media arus perdana dan media alternative maka dilihat seolah-olah isu ini menjadi isu nasional sedangkan hakikatnya TIDAK!

UMNO dan Pemimpin seharusnya jangan terperangkap dengan dakyah dan cywar yang dirancang rapi oleh anu-war aljub dan pengikutnya termasuk nik aziz untuk menari mengikut rentak mereka. Sebenarnya banyak lagi kerja dan usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan terutama pemimpin UMNO agar rentak politik negara ini kembali kepada kita untuk memalu dan memukul gendang mengikut rentak yang kita sendiri alunkan.

Yang jelas hari ini bukan UMNO yang bermasaalah, yang masih bermasaalah ialah beberapa kerat sahabat di dalam komponen BN yang masih lagi gagal mencari formula mujarab untuk penyatuan parti mereka. Namun ini sedikit sebanyak mengganggu usaha memurni dan memantap imej yang sedang UMNO lakukan. Pemimpin BN perlu segera menyelesaikannya.

Berharap kepada yang sudi, meminta kepada yang mampu, bagi yang memang jelas menolak akan perjuangan UMNO...tinggalkan mereka! UMNO cukup tua untuk mendepani pelbagai isu dan liku perjuangan, cuma yang perlu ialah biarlah ianya dilaksana dan dilakukan oleh setiap ahli UMNO itu sendiri, Ahli perlu mengambil inisiatif bahawa mereka juga bertanggung jawab dalam memperkasa kan parti, begitu juga pemimpin, bukan sesetengah pemimpin, jauh sekali cuba mengenepikan sesetengah pemimpin yang lain...

Kepada Anu-war aljub, nik aziz dan mereka yang hanya berbangsa melayu di Kad Pengenalan tapi langsung tidak menghayati dan mensyukuri akan nikmat sebagai bangsa melayu..biarkan!

Persetan dengan mereka, kerana perjuangan yang tidak didasari dengan perjuangan bangsa di bumi melayu yang bertuah ini jelas tidak akan membawa mereka lebih jauh dari apa yang mereka miliki sekarang malah apa yang mereka nikmati ini dilihat semakin terlepas dan akan tertolak oleh majoriti rakyat yang tahu menilai akan asas perjuangan sesebuah parti politik..

Hidup UMNO! Bangkit BN!

Sabtu, 25 Julai 2009

Seloka PAS, DAP & PKR... Barua Membarua Membawa Bencana...


PAS, DAP & PKR, Barua Membarua Membawa Bencana
Menipu Rakyat Tak Kekal Lama
Tembelang Pecah Busuk Merata
Akibat Bertuhan Peliwat Negara
Angan Tak Sudah Nak Jadi Menteri Perdana
Tak Kira Dosa Tak Kira Pahala

PAS, DAP & PKR, Barua Membarua Membawa Bencana
Menipu Rakyat Tak Kekal Lama
Kerajaan Pakatan Rakyat Itu Depa Kata
Perintah 5 Negeri Dah Besar Kepala
Pengikut Taksub Terus Dikuda
Negara Huru Hara Itu Yang Mereka Suka

PAS, DAP & PKR, Barua Membarua Membawa Bencana
Menipu Rakyat Tak Kekal Lama
Buang Adap Buang Budaya
Hukum Agama Ikut Selera Dia
Kepentingan Politik Itu Yang Utama
Perpaduan Ummah? Apa Jadah Nya...

PAS, DAP & PKR, Barua Membarua Membawa Bencana
Menipu Rakyat Tak Kekal Lama
Kepentingan Rakyat Bukan Kerja Mereka
Pembangunan Negeri Kerajaan Pusat Boleh Jaga
Yang Penting Ini Masa Ini Ketika
Guna Kuasa Cari Harta Untuk Tambah Kaya

PAS, DAP & PKR, Barua Membarua Membawa Bencana
Menipu Rakyat Tak Kekal Lama
Fitnah Disubur Bohong Ditabur Itulah Senjata
Siang Malam Berpolitik Itulah Kerja
Bermadahlah Tok Guru Menjual Agama
Melelong Syurga Konon Macam Dia Punya

PAS, DAP & PKR, Barua Membarua Membawa Bencana
Menipu Rakyat Tak Kekal Lama
Kebenaran Tetap Akan Menjelma
Kalau Tak Hari Ini, Mungkin Esok Atau Lusa
Kerana Rakyat Dah Jelak, Muak Dan Sayangkan Agama
Membela Bangsa Mempertahan Kedaulatan Negara

PAS, DAP & PKR, Barua Membarua Membawa Bencana
Menipu Rakyat Tak Kekal Lama
Bibit Pakatan Runtuh Dah Semakin Ketara
Bahangnya Kuat Menyelinap Kepelusuk Negara
Hanya Masa Yang Akan Menentukannya
Yang Pasti Dah Dekat Tak Payah Tunggu Lama

PAS, DAP & PKR, Barua Membarua Membawa Bencana
Menipu Rakyat Tak Kekal Lama
Rakyat Menilai Setiap Gerak Dan Kata
Jelaslah PR Indah Khabar Dari Rupa
Hanya UMNO Dan BN Pilihan Yang Ada
Terbukti Mampu Memerintah Negara

UMNO Dan BN Dulu, Kini & Selamanya...

Rabu, 22 Julai 2009

PAS Barua DAP Barua PKR...Berbarua-barua lah jadinya..


Dulu apabila sesebuah parti politik ditubuhkan, ianya mesti lah bertunjang kepada ideologi yang jelas dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara. macam UMNO lah yang ditubuhkan dulu jelas akan tuntutan bersatu untuk menuntut kemerdekaan agar maruah bangsa, agama dan negara dapat dipertahan dulu kini dan selamanya...Itu Keramatnya UMNO!

Kewujudan komponen BN atau Perikatan juga menekankan akan parti yang berteraskan bangsa bagi bersama-sama berkongsi kuasa, hidup bersama, sepakat dan mewujudkan suasana muhibbah dikalangan rakyat dalam negara. Boleh dikatakan senario politik dalam negara bertunjang kepada semangat kebangsaan dan bersatu didalam komponen bagi mencari penyelesaian menang-menang diantara kaum...kenapa ini berlaku? kerana komposisi kaum yang wujud dalam negara tidak akan membenarkan sikap dan tuntutan melampau dari mana-mana bangsa dan sebarang masaalah diselesaikan antara pemimpin didalam komponen. Itu Bijaksananya pemimpin-pemimpin BN!

Malah kalau dilihat akan asas penubuhan PAS dan DAP sendiri jelas bahawa kedua-duanya membawa perjuangan bangsa. Malah PAS lebih ekstrim dengan membawa pendekatan yang kononnya lebih islamik dengan penubuhan negara islam dan hukum hudud sementara DAP bukan sahaja dengan slogan Malaysian Malaysia nya malah dengan cabaran 'langkah mayat dahulu kalau nak menubuhkan negara islam'. Kedua-duanya saling berlawanan, masing-masing menegak benang basah yang amat bertentangan.

PKR pula ditubuhkan kerana hendak menyelamatkan Anu-war yang mata lebam kerana tuduhan meliwat...itu jer. Sebab tu PKR dah tak laku pada PRU 2004 kerana parti yang tidak mempunyai arah tuju perjuangan hanya ditubuh atas sentimen dan isu semasa yang akhirnya tenggelam ditelan masa. Ianya hanya bangkit selepas bekas banduan Anu-war keluar dari penjara dan mula menyuntik semangat dan nafas baru dengan membawa slogan keadilan untuk semua. Maknanya asas perjuangan untuk rakyat cuma semangat kebangsaan dinafikan... tak heran ramai melayu tak sedar diri dan melayu derhaka hidup dalam PKR...

Tapi kini, parti pembangkang dah semakin pudar arah perjuangan parti masing-masing, sebab tu bila penulis bertanya kepada seorang kawan yang menganut ajaran parti PAS tentang hala tuju PAS kini dia pun tak boleh nak menjawab. Apa sahaja yang diharamkan dahulu sekarang dah halal, Ada pemimpin tinggi yang berbisik kepada ahli PAS dalam pertemuan tertutup menyatakan bahawa ini semua adalah politik...jadi hukum dan fatwa pun pakat ikut selera politik la... yang bingung kuda belang dibawah yang diperas untuk menyumbang derma demi jihad yang jahat, siang malam pagi petang menyampaikan risalah karut tok-tok guru selama ini, tapi akhirnya dikhianati akan usaha kuda-kuda belang ini atas nama POLITIK... itu PAS!

Hari Ini PAS dah menjilat DAP, malah mempertahankan perlakuan sumbang berbogel pemimpin DAP hanya kerana politik, Dalam dakapan mesra dengan DAP isu hudud adalah politik, isu membangun bersama ulama adalah politik, kewujudan negara islam adalah politik...Itu PAS!

DAP pula sememangnya sebuah parti cauvinis yang jelas anti kepada hak dan keistimewaan melayu, DAP yang memang kurang ajar dan biadap kepada raja-raja melayu. Parti rasis dulu, kini dan selamanya akan terus menerus mempertikai perlembagaan. Itu sebab DAP tidak pernah mendapat tempat dihati rakyat sejak ianya ditubuhkan. Yang jelas menentang asas penubuhan PAS...tapi PAS wokey.. sebab? politik...PAS jadi barua DAP pun tak per...

DAP tahu bahawa untuk memerintah seorang diri mustahil. Itu sebab bila adanya pengkhianat bangsa, petualang negara bernama Anu-war Al Juburi maka ianya merupakan peluang untuk DAP mengerjakan orang melayu yang selama ini dinaungi oleh UMNO memerintah negara. Secara sedarnya DAP tahu dan mengakui bahawa negara ini adalah negara melayu dan hanya melayu sahaja yang boleh menjadi tunjang kepada kekuasaan negara. Namun seperti orang mengantuk yang disorong kan bantal apabila adanya bangsat-bangsat bangsa yang rela menggadaikan maruah diri, keluarga dan bangsanya demi survival politik diri maka DAP 'hidup' dan 'subur' ditengah-tengah ular berbisa ini.. demi politik! DAP jadi barua PKR pun apa ada hal!

Ini lah budaya politik pembangkang yang sedang membelit sebahagian rakyat dalam negara. Budaya politik tunggang menunggang, kuda menguda, jilat menjilat demi survival politik sempit dan kabur. Tiada perjuangan sama sekali. Politik hanya untuk mendapat kuasa, kuasa hanya akan dibahagi sesama mereka sedangkan kuda belang mereka tetap hidup ditakuk lama.

Rakyat dan Negara sedang diperlihatkan bagaimana budaya politik lacuran ini bersenggama di 5 buah negeri. Budaya pemerintahan secara pelacuran ini tak kan bertahan lama. Berpeluk cium hanya kepada perkara yang dilihat menguntungkan mereka sedangkan bagi maslahat yang lebih besar mereka ketepikan. Menyelesai masaalah rakyat jauh sekali. membangunkan negeri jauh panggang dari api. Rakyat disogok dengan andaian dan persepsi. Kebenaran jangan dipeduli yang penting agenda peribadi...

PAS, DAP & PKR barua membarua membawa bencana,
Menipu rakyat tak kekal lama,
Akhirnya kebenaran akan menjelma,
UMNO dan BN itulah pilihan semua!!!


Hidup UMNO!

Ahad, 19 Julai 2009

Siapa Nik Aziz?

Mari ikuti cerita yg diluahkan sendiri oleh sahabat baik Tuan Guru Nik Aziz sendiri menulis bahawa sejak sekian lama Nik Aziz memang suka bercakap berubah-rubah...

* Penulis Mohd Sayuti Omar dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain.




Lepas Fatah & Cikgu Rahim, Kini Nik Aziz Pula Meraban

SATU masa dulu sekitar tahun 90-an seorang ahli parlimen bergelar ustaz meminta saya memohon maaf kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebabnya, kata bekas wakil rakyat itu kerana saya derhaka kepada Tok Guru. Saya dikatakan derhaka kerana mengkritik dan menegur sikap Tok Guru itu menerusi buku berjudul “Kesan dan Akibat – Pindaan Perlembagaan Kelantan.”

Apa yang saya kritik dalam buku itu ialah mengenai sikap Tok Guru itu yang bercakap berubah-rubah dan tidak konssten, meraban. Saya mengistilahkan sikap itu sebagai berdolak dalih.

Permintaan bekas ahli Parlimen itu dibuat menerusi seorang bekas kawan saya, (bukan orang itu tetapi orang lain).

Saya menjawab kepada orang yang menyampaikan permintaan bekas wakil rakyat berkenaan; Kenapa saya harus memohon maaf, dan bila saya derhaka kepada tok guru? Apakah kritikan kepada orang politik dianggap derhaka? Apakah konotasi derhaka sebenarnya?

Selepas itu saya bersemuka dengan bekas wakil rakyat berkenaan di parlimen. Saya bertanya beliau apakah istilah yang boleh saya pakai terhadap seseorang yang bercakap tidak betul dan merubah-rubah isi kata-katanya? Saya tidak mahu menanyai hukumnya, tetapi bertanya apakah sifat orang berkenaan.

Hari ini cakap begini esok cakap lain pula dan lusa menarik balik apa yang dicakapkan. Kata saya kepada bekas wakil rakyat itu kalau dalam bahasa Inggeris orang yang bercakap tidak tetap dan berubah-rubah dipanggil over laping. Atau dalam bahasa Kelantan dikatakan ‘belawak” (bohong). Manakala dalam bahasa Arabnya disebut munafik.

Orang munafik kalau menurut ustaz-ustaz otodoks di kampung-kampung bila mati nanti lidahnya akan dipotong ataupun disula dengan api neraka.

Saya bertanya kepada bekas wakil rakyat, bila Tok Guru Nik Aziz cakap begitu apakah istilah yang tepat untuk dipakai? Perkataan apakah yang tepat untuk dikiaskan? Dia tidak menjawab dan hanya diam saja seolah cuba menafikan yang dia ada mengatakan sesuatu kepada saya.
Dan saya merasakan tuduhan beliau ke atas saya derhaka kepada Tok Guru itu tidak betul.

Tidak menurut sifat-sifat derhaka yang sebenarnya. Ia dibuat kerana rasa taksub dan teruja bekas wakil rakyat itu kepada Tok Guru berkenaan. Menegur sesuatu kesalahan seseorang bukan derhaka tetapi tanggungjawab yang perlu dilakukan dengan bijaksana.

Moral kisah yang saya cuplikkan itu bagi menunjukkan bahawa perangai Nik Aziz bercakap tidak betul dan berputar-putar itu bukan baru berlaku. Ianya sudah lama diamalkan sebelum ini. Kalau orang mengatakan dia nyanyuk dengan cakap yang tidak istiqamah itu adalah tidak betul. Dia bukan nyanyuk tetapi itu mungkin tektik politiknya. Mungkin strateginya untuk jadi popular.

Mungkin Nik Aziz menerima pakai berbohong itu adalah sebagai strategi politik yang ampuh. Mungkin dia tahu hukumnya mengenai itu. Mungkin juga dia menerima pakai istilah bohong sunat yang diamalkan oleh para pengawal poligami! Ataupun berbohong itu adalah keistimewaan yang Pas berikan kepada orang yang memegang jawatan Mursyidul Am.

Sebab seseorang yang memegang jawatan Mursyidul Am tentulah mereka yang bertaraf ulama, suci, terhindar dari dosa besar dan dosa kecil. Mempunyai moral yang baik, akhlak yang baik dan saksyiah yang tinggi dan luhur. Makanya mereka yang memiliki kecemerlangan itu tidak mungkin mudah untuk ‘berjibah’ dengan dosa-dosa kecil dan dosa besar.

Justeru apabila Nik Aziz berdolak dalih atau berbohong dalam kes membabitkan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ia tidak menghairankan kerana itulah stail Tok Guru itu. Jika diperhatikan apa yang berlaku ke atas Nasharudin jelas Timbalan Presiden Pas itu menjadi mangsa stail politik Nik Aziz yang dibatasi susila Melayu dan Islam!

Hari ini beliau telah menjadikan Nasharudin sebagai bola politiknya. Dia boleh tendang ke mana saja dia suka. Sekejap dia suruh Nasharudin letak jawatan, keluar Pas dan menyertai Umno. Pada masa lain pula dia menafikan apa yang dihemburkan itu dan meminta maaf. Nik Aziz melihat semua itu hanya sebagai satu tektik saja tanpa merasai perasaan orang lain.

Serangan atau tendangan kepada Nasharudin tidak habis-habis. Terbaru dia meminta Nasharudin berkempen di Manik Urai pula. Sebelum ini dia yang melarang Nasharudin daripada hadir ke Manik Urai. Macam-macam alasan digunakan bagi menghalalkan tindakan itu, kononnya untuk mengelakkan Nasharudin dari diboo.

Anihnya perbuatan Nik Aziz itu tidak dicela oleh orang Pas. Kedudunaya sebagai Menteri Besar Kelantan, sebagai Mursyidul Am dan panggil Tok Guru seolah-olah menghalalkan untuk dia melakukan itu semua. Orang Pas jadi ' malu mata ' untuk menegur kesalahan Nik Aziz dan rela membiarkan dia larut dalam kesalahan yang dilakukan.

Apa yang dilakukan ke atas Nasharudin sebenarnya sesuatu yang teruk dan melampau. Ia tidak sepatutnya dilakukan oleh orang berjawatan Mursyidul Am. Kalau perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang terdesak dan gilakan kedudukan, ada kulihanya. Tetapi bila Nik Aziz sendiri turut sama bersikap sebagai orang pendendam ia memberi gambaran nilai saksyiah yang murni sudah tidak ada dalam Pas.

Kalaulah orang seperti Nik Aziz boleh bercakap bohong, bermain politik sesama sendiri, apalah lagi pemimpin lain yang cetek dan kewarakannya boleh dipertikaikan serta menerima bulat-bulat politik sekular, apalah hendak diharapkan kepada mereka untuk membawa kebenaran dan kemurnian dalam Pas.

Cara Nik Aziz layan Nasharudin seolah-olah Nashardin seorang ahli biasa Pas dan langsung tidak menghormati kepada kedudukan Nasharudin sebagai Timbalan Presiden yang dipilih oleh muktamar. Satu masa dia berpegang kepada keputusan muktamar, misalnya mengenai konsensus sokongan kepada Pakatan Rakyat yang dibuat dalam muktamar di Ipoh tetapi dalam masa lain dia sendiri memungkiri keputusan muktamar. Ada sikap double standard di sini.

Justeru itu kalau sekiranya Nasharudin terus merasa ‘ malu mata ’ untuk tidak turun ke Manik Urai walaupun Nik Aziz merayu dan mempelawanya janganlah marahkan kepada Nasharudin. Sebagai orang yang ada perasaan, hati, perut dan pedal Nasharudin juga harus membela dirinya sendiri yang sudah dicarik-carikan itu.

Elok juga kalau Nasharudin tidak duduk satu pentas dengan Nik Aziz di Manik Urai. Saya cukup bimbang kalau Nasharudin duduk sepentas nanti ia akan dieksplotasikan oleh orang tertentu untuk terus memburukkannya. Tidak mustahil kalau kehadiran itu kelak akan dipusing menjadi cerita lain pula kononnya Nasharudin yang menangis-nangis meminta untuk turun ke Manik Urai. Dalam politik apa saja boleh berlaku tidak ada apa yang mustahil. Jadi bagi mengelakan kecelakaan berlaku bertimpa-timpa Nasharudin kena bijak mentafsiran pelawaan itu.

Persoalanya apakah bila tiba-tiba Pas Kelantan teringat kepada Nasharudin menandakan Pas ada masalah di Manik Urai? Biasanya kalau manusia sudah sakit dan terhimpit mulalah dia meraban tidak tentu fasal. Waktu inilah baru dia teringat kepada waris waras yang selama ini dijauhinya. Dasar manusia!

Sabtu, 18 Julai 2009

PRK MU...1 Manifestasi Kesatuan Melayu!


Dalam sistem demokrasi 1 undi mengatasi tetap dikira menang begitu jugalah sebaliknya. Walaupun bermacam post morterm yang dibuat di kedua pihak, sama ada UMNO/BN hendak memanjangkan perkara ini ke mahkamah diatas keraguan-keraguan yang timbul atau PAS yang sehingga kini masih menuding jari sesama sendiri atas aib yang menimpa parti.

Bagi Nik Aziz sakit seluruh kepala dan badan masih belum kebah. Nik Aziz yang seakan di 'tomoi' hanya menjawab karung duit bagi memberikan alasan walhal pedih dan malu yang ditanggung serta marah yang menyelubungi jiwa dan raga tetap terus membara...apa punya PAS! tak abis-abis kasi orang tua ni sakit...kalau mati siapa susah? huhu..

Dalam posting yang lepas, penulis telah menyatakan kenapa nik aziz termenung? hari ini jelas yang nik aziz bukan sahaja termenung malah fobia melihat karung guni hingga melihat karung guni beras dan kentang pun dia fobia. Sikap takbur bongkaknya telah memakan dirinya, Strategi PAS yang mendewa-dewa kan beliau juga nampaknya sudah tidak laku, tak heran poster nik aziz pun banyak yang dibuang setelah selesai PRK MU tempoh hari, agaknya dah tak de pahala lagi kot...

Sikap sombong PAS Kelantan yang menolak bantuan ahli-ahli dari negeri lain juga nampaknya menjadi bahan 'kekek' kan ahli-ahli PAS di seluruh negara. Malah ada yang merasa puas kerana dapat mengajar PAS Kelantan yang taksub menjilat Anu-war dan memeluk erat DAP sedangkan menolak persaudaraan sesama agama. Wan A Rahim dan A Fatah sehingga kini terpaksa menjilat semula air ludahnya setiap kali bertemu dengan ahli dimana jua kerana angkuh menyatakan PAS akan menang mudah dan PAS mendapat majoriti 2000 undi.

Husam dalam menerima kemaluan besar ini hanya mampu untuk bermain politik agar jambatan yang dijanjikan BN dapat ditunaikan. Walhal BN telah lama membangunkan negara ini tanpa memerlukan ingatan dari sesiapa terutama dari husam yang berlagak sebagai pemimpin besar negeri tapi tidak tahu bagaimana untuk memaju dan membangunkan negeri. Mungkin ada keuntungan kepada husam didalam isu ini...kerana 65 undi ini juga menunjukkan bahawa nik aziz sudah mula ditolak pengundi dan rakyat, tentunya lebih mudah bagi husam untuk menambah 'kelajuan' tolakan kepada MB kelantan ini.

Lebih memihak kepada UMNO/BN tempoh hari adalah kesedaran pengundi akan peri penting nya kemajuan dan pembangunan yang mereka dahagakan selama ini. kesedaran pengundi muda dan pengundi luar untuk membela nasib keluarga dan saudara mara jelas mereka tunaikan. Nampak jelas mereka tidak mengkhianati kampung halaman dan penduduk seperti yang penulis harapkan dalam posting yang lepas...terima kasih & tahniah!

Tahniah juga kepada TS Muhyiddin, Tok Pa dan barisan kepimpinan UMNO/BN serta jentera yang bertungkus lumus, sesungguhnya rakyat nampak apa yang anda lakukan! Janji yang telah dikata wajarlah di kota, walaupun UMNO/BN masih belum berjaya secara total, namun sebenarnya Pengundi Manik Urai telah menyahut seruan perubahan yang dibawa oleh pemimpin pusat, Tuan Aziz teruskan lah servis kepada rakyat, Insyaalah Tuan berjaya.

Apa yang lebih penting ialah pengundi Manik Urai telah menerima mesej perpaduan melayu seperti mana yang diharapkan. Pengundi Manik Urai telah membuktikan bahawa kuasa melayu ini perlu kekal dan untuk mengekalkannya mestilah melalui perpaduan. Caranya? caranya dengan menolak parti yang dibawa oleh orang tua bernama nik aziz yang bukan sahaja GAGAL setelah diberikan amanah untuk memerintah negeri selama ini malah menolak persaudaraan seagama dan memeluk erat musuh yang nyata...

Perubahan telah bermula! Ianya telah bermula di Manik Urai!!!

ISU TEOH>>Polis Perlu Tegas...!

Pihak Polis perlu terus bertegas dalam mendepani isu kematian Pegawai Khas Exco Selangor.
Apa jua spekulasi, apa jua khabar angin, pihak Polis diharap dapat mempastikan keselamatan, ketenteraman dan keamanan dapat dikekalkan.

Kalau pun isu ini merupakan satu plot yang dicipta dan cuba untuk mengkambing hitam kan SPRM lalu menjadikan ianya sebuah drama lestari yang bakal mengalih perhatian alam kepada kes penyelewengan sebenar...itu penulis tak peduli, yang penting keamanan!

Pembangkang bermain api, meniup api kebencian sesama rakyat, Ada usaha yang dilakukan bagi membangkitkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan dengan mengambil tindakan keatas pemimpin bangsa cina sahaja, isu kematian Teoh telah dialun menjadi melodi sayu yang membangkitkan rasa simpati dan marah rakyat berbangsa cina kepada kerajaan terutama SPRM dan Polis. Pakatan jahat...

Pihak Polis perlu jelas mereka berdepan dengan satu pakatan yang mempunyai kuasa dan tenaga bagi mencetuskan apa jua perkara yang bagi mereka akan menguntungkan survival politik mereka..

Polis perlu tegas! Ini masa mengambil tindakan! Siapa jua yang cuba untuk menjadi jaguh dan menangguk di air keruh perlu diambil tindakan tegas dan keras. Tiada lagi amaran! yang ada hanya tindakan!!!

Isnin, 13 Julai 2009

PRK Manik Urai...Mengundi BN Adalah 1 Kebajikan, Sebaliknya...?


Esok adalah hari penentu bagi pengundi-pengundi di Manik Urai untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Pergi menunaikan tanggung jawab untuk mengundi itu juga merupakan suatu kebajikan jika diniatkan dengan ikhlas kerana Allah bagi menyempurnakan hak untuk memilih seorang calon wakil rakyat yang mampu membawa kebaikan bukan sahaja kepada dirinya malah kepada seluruh warga demi pembangunan dan kemajuan DUN Manik Urai.

Penulis tidak berhajat nak menghurai panjang lebar cuma nak menyimpulkan tajuk diatas kepada beberapa sebab:

UMNO berjuang menuntut Kemerdekaan bagi membebaskan negara dan rakyat dari belenggu penjajahan sedangkan PAS membelenggu dan menjajah pemikiran ahli agar taksub dan fanatik.

UMNO memerintah negara dengan menggunakan kuasa politik bagi meningkatkan syiar Islam sedangkan PAS memperalat dan memperkudakan agama untuk mendapat kuasa politik.

UMNO sentiasa mempastikan rakyat dan umat mendapat keseimbangan didalam mengejar dunia dan akhirat sedangkan PAS berslogan akhirat semata-mata mengejar dunia.

UMNO membuat dasar bagi mempastikan rakyat mendapat pendidikan agar melahirkan generasi dan umat yang disegani dengan kepakaran yang dimiliki sementara PAS menyempitkan ilmu hanya berkisar kepada ukhrawi yang merelakan rakyat dan umat mundur malah dihina kerana kegagalan membina tamadun bangsa yang hebat.

UMNO mempastikan rakyat sihat dengan bekalan makanan yang cukup dan berkhasiat sedangkan PAS langsung tidak mengusahakannya malah rakyat terpaksa berhijrah untuk mencari makan.

UMNO sentiasa memperuntukkan dana bagi membangunkan dan memakmurkan institusi masjid dan surau sedangkan PAS bukan sahaja tidak membinannya malah memecah belahkan jemaah di dalam masjid dan surau dengan sembahyang dua imam.

UMNO sentiasa meletakkan pembelajaran agama itu penting dan berusaha untuk memajukannya dengan prasarana yang lengkap dan tenaga pengajar yang berpengalaman serta berkelayakkan bukannya menutup pintu SAR dan mempolitikkannya.

UMNO diizinkan Allah untuk menerajui pemerintahan negara selama ini dengan asas perjuangan parti sentiasa dihadapan sedangkan PAS sentiasa gagal malah melacurkan perjuangannya hanya kerana ingin berpolitik dengan berkawan dengan setan-setan yang mereka sendiri namakan.

UMNO Insyaalah akan terus subur dan berkuasa sementara PAS akan hanyut dan tenggelam dengan ketaksuban dan kesesatan yang memperalatkan agama.

Terpulang kepada kebijaksanaan pengundi untuk memilih. Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayahnya kepada pengundi di Manik Urai untuk memilih calon yang benar-benar mampu dan bersedia untuk membantu, membela dan benar-benar bekerja demi kesejahteraan rakyat.

Manik Urai perlukan Tuan Aziz kerana beliau datang dari UMNO/BN yang jelas sejarah perjuangannya dan mampu untuk meneruskannya di Manik Urai. Sesuatu yang baharu itu akan binasa dan tentunya jalan-jalan akan rosak, jambatan perlu di selenggara, prasarana perlu dipertingkat, kemudahan perlu disediakan, kehendak semakin memuncak, peluang perlu dibuka dan banyak lagi yang tentunya tidak akan dapat diatasi hanya dengan berceramah dan berceramah...

Bagi lebih 2000 pengundi luar pula jangan lah dikhianati akan nasib dan harapan ibu dan bapa, saudara mara dan keluarga serta penduduk di Manik Urai kerana mereka memerlukan kemajuan dan pembangunan seperti mana yang anda nikmati di luar. Pulang untuk mengundi dengan keinsafan bahawa mereka yang tinggal di Manik Urai wajar dan layak serta berhak untuk mendapat segala kemajuan dan kemodenan yang sama anda miliki di tempat anda bekerja dan tinggal sekarang. Bukannya balik atas ketaksuban yang membuta tuli malah menyebar kerosakkan kepada mereka yang lain pula.

Pulang mengundi dengan niat ikhlas kerana Allah dan menjalankan kewajipan untuk memilih seorang wakil rakyat yang pasti boleh bekerja untuk rakyat dan membangunkan kawasan yang beliau wakili. Itulah tuntutan agama dan menuruti tuntutan agama adalah kerja kebajikan.

Mari Adik Kakok...Pakat Pangkah BN!
Hidup UMNO!