Rabu, 9 Februari 2011

Lagi Kenyataan Terhadap Kebiadapan Zafrul dan Aznam..

Petikan dari blog sahabat citra-bangsa semasa terkini...

Silap lantik Zainal Aznam di NEAC

Oleh Tengkujoh Tengkorak




FORUM anjuran Ideas seperti dilaporkan wartawan Malaysiakini, Aidila Razak bertajuk Perlantikan Isa Samad buruk untuk pasaran, boleh dibaca dan menarik untuk diulas kerana kedua-dua anggota panel, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan CEO Maybank Invesment dan Zainal Aznam Mohd Yusof, Anggota Panel Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) bolehlah disifatkan sebagai budak-budak higusan yang perlu diajar.



Kebencian mereka berdua kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, ADUN Bagan Pinang, Ketua Penerangan Umno Negeri Sembilan, Pengerusi Felda dan Ketua Umno Bahagian teluk Kemang nampaknya meluap-luap.
Budak-budak higusan ini masih mengatakan Mohd Isa pernah terpalit dengan kes rasuah! Rasuah apa? Bila kedua-dua budak hingusan ini menyiasat Mohd Isa dan mendakwa Mohd Isa atas dakwaan dan tuduhan rasuah?
Kalaulah saya menjadi Mohd Isa, saya saman kedua-dua budak higusan ini. Cuba selak semula apakah kesalahan Mohd Isa apabila beliau dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno dulu? Adakah kerana kes rasuah?
Mohd Isa dikenakan tindakan kerana melanggar tata etika pemilahan parti. Kedua-dua budak higusan ini, yang mungkin cetek ilmunya tetapi mendapat kedudukan baik dalam dunia kerjaya, sebenarnya tidak sedar bahawa orang politiklah yang menuntut kemerdekaan Malaysia.
Kerana orang politiklah maka Maybank itu wujud. Kerana orang politiklah NEAC itu wujud dan menyebabkan salah seorang dari budak-budak ini dapat duduk sebagai CEO Maybank Investment dan seorang lagi, budak yang tidak sedar diri dapat duduk sebagai Anggota Panel Penasihat Ekonomi Negara.
Dasar yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia, dibina oleh orang politik dan asas ini menyebabkan kedua-dua budak-budak higusan ini dapat melanjutkan pelajaran dan akhirnya mendapat tempat kerja yang baik.
Bukan mereka berdua yang membangunkan negara ini.Diulangi, bukan mereka berdua dan bukan emak dan bapak mereka berdua yang menuntut kemerdekaan negara ini tetapi kata-kata mereka untuk ‘pengharaman menyeluruh perlantikan ahli politik mengetuai GLC’ adalah kenyataan biadap, seolah-olah orang politik tidak berguna kepada Negara ini, tetapi mereka berdua sahaja yang betul dan perlu dilantik mengetuai GLC.
Negara ini diperintah oleh parti politik iaitu BN. Semua dasar-dasar kerajaan diputuskan oleh Barisan Nasional. Kenapa pula mereka yang tidak terlibat bertanding dan memperkuatkan kerajaan, untuk melayakkan kerajaan ditubuhkan menyibuk dalam soal perlantikan Pengerusi GLC?
Apakah GLC ini kepunyaan tok nenek mereka? Berapa peratus kemerosotan yang berlaku di pasaran saham sejak Mohd Isa dilantik menjadi Pengerusi Felda? Usahlah perbodohkan orang ramai dan cukuplah menghirup nafas keselesaan hasil perjuangan Umno dan BN.
Kedua-dua budak-budak ini, kalau mereka di Thailand, mungkin mereka jadi penjaga rumah perlacuran sahaja. Tak ada siapa yang memperdulikan mereka. Mereka bukan bekerja di bawah kerajaan Pas, DAP atau PKR yang menyebabkan mereka boleh menyerang perlantikan yang dibuat oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Sebenarnya, orang-orang Umno pun meluat dengan Zainal Aznam Mohd Yusof ini kerana bukan ada apa-apa bakti pun kepada rakyat.
Tapi, orang Umno ni baik-baik belaka. Mereka tidak menuduh Zainal Aznam sebagai penyebabkan pertumbuhan ekonomi jadi perlahan.
Orang Umno tahu kemampuan budak-budak ni tetapi menjadi dasar Umno, menghurmati perlantikan yang sudah dibuat.
Tetapi disebabkan budak-budak ini kurang ajar, kononnya mahu kerajaan mengharamkan perlantikan orang politik yang sekaligus dia juga mengaitkan Perdana Menteri pun kalau boleh bukan dari kalangan orang politik, seolah-olah GLC yang diketuai orang politik jadi musnah.
Mereka berdua lupa, berapa banyak lagi bukan orang politik yang menjahanamkan GLC dan berapa ramai yang terbabit dengan ‘kaut’ duit-duit GLC?
Mahu dibariskan di sini bagaimana MAS rugi…adakah kerana orang politik di situ? Tetapi biarlah rakyat sendiri berfikir kerana kalau didedahkan semuannya, nanti makin ramai orang Melayu yang naik dan berjaya kerana perjuangan orang politik dan kuasa politik, apabila diberi tanggungjawab dan amanah, mereka menyeleweng.
Budak-budak berdua ini perlu diajar. Kalau Tan Sri Mohd Isa mahu, seret mereka berdua ini ke mahkamah kerana mendakwa beliau terpalit dengan rasuah yang menjaid punca kebimbangan pasaran.
Tetapi, ramai yang tahu Tan Sri Mohd Isa adalah seorang yang berjurus. Beliau lebih sibuk dalam usaha memberi penerangan kepada para peneroka yang sedang giat dikelirukan dan rakyat, untuk kembali bersama-sama kerajaan yang ikhlas mahu membangunkan Malaysia.
Disebabkan sifatnya yang berjurus itulah menyebabkan beliau tidak mahu melayan karenah budak-budak yang baru hendak mengenal dunia ini.
Kedua-dua budak-budak ini kononnya membayangkan diri mereka lebih layak untuk menjadi Pengerusi Felda dan kononnya kerajaan ketandusan tokoh untuk dilantik menerajui jawatan Pengerusi Felda.
Forum-forum yang dianjurkan oleh Ideas atau mana-mana badan bukan kerajaan sebenarnya bagus tetapi anggota panel forum perlulah dicari dari kalangan mereka yang tahu asal usul dan bukan dari kalangan mereka yang perasan diri mereka hebat sangat.
Kat Chow Kit, budak-budak higusan seperti budak berdua ini bersepah. Kalau mahu diisi dalam lori sampah DBKL pun tak muat kerana ramai.
Yang bagusnya budak-budak higusan kat Chow Kit itu, walaupun mereka terpelajar tetapi mereka tidak menghina dan menuduh orang lain terpalit dengan rasuah.
Bukankah prinsip kita, seseorang itu tidak akan bersalah selagi tidak dijatuhkan hukuman bersalah?
Apakah Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Zainal Aznam Mohd Yusof merupakan hakim yang telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Mohd Isa? Siapa yang menjadi pendakwanya?
Siapa yang menjadi peguambelanya?
Hei budak-budak higusan…tulisan ini adalah permulaan kepada membalas kebidapan dan kurang ajar kamu berdua. Jika kamu bersedia, tunggulah masa lain yang akan memperlihatkan bagaimana nanti kamu diajar oleh orang-orang Umno, pewaris kepada penuntut kemerdekaan negara ini.


6 ulasan:

  1. lahabau punya melayu..tolong tidak tau nak kondemkan org..baru nak senang sikit je dah nak jatuhkan..nila sifat melayu phd..ok bro gua sokong lu tibai manusia2 ni biar dia orang beringat jgn jadi manusia busuk hati..singai pnya manusia..melayu tolong melayu..

    BalasPadam
  2. Biasalah dalam umno u help me i help u walaupun pemimmpin itu tahi rasuah. Rakyat tahu, usahlah di tutup bangkai gajah dengan nyiru. Tu kerja bodoh.

    BalasPadam
  3. Kenapa sukar sekali untuk berkata benar dalam politik melayu UmnO? Bila di puji pencacai UmnO suka dan bila di kritik mulalah kutuk, hina dan ungkit orang tu. Andai kritik itu ada kebenarannya terimalah dengan lapang dada. Apa semua maanusia tu maksum????

    BalasPadam
  4. Tulisan entri yang terlalu emosi...tiada pun fakta dan kupasan secara ilmiah....tiada isi hanya hampas yang lahir daripada minda yang terlalu jumud...betul orang politik bangunkan negara..betul...hanya kerana fakta itu orang politik jadi maksum tak boleh dikritik oleh orang bawah...???? siapa Isa samad..benarkah dia suci bersih 100% tak pernah buat salah apa pun sepanjang hidup??? yang baik kena puji yang tak baik kita kritik untuk penambahbaikan...mungkin isa samad tidak sesuai di situ..mungkin ada lagi orang politik umno yang lagi berwibawa?? siapa tahukan..??

    BalasPadam
  5. Dalam hal ini sebelum kita mengkritik org lain tengok dulu pada diri kita. Adakah kita sebersih bersih nya seperti kapas. Kalau tak jgn lah kita nak mengkritik org. Tengok dahulu apa yg org itu boleh buat setelah di berikan jawatan tersebut. Sekiranya terdapat kelemahan selepas dia menjalankan tugas itu baru lah nak mengkritik. Dalam dunia ini tak ada seorg pun yg layak bergelar " ORG BERSIH " dalam menjalankan tugas harian mereka hatta Nik Ajis yang di anggap " wali " itu sekali pun.

    Jadi biarkan dia menjalankan tugas yg di amanahkan kepada nya. Kalau ada kepincangan kelak baru lah di kritik malah di suruh turun dgn segera. Buat 2 manusia " PAKAR " kritik itu, tengoklah dulu diri kalian berdua. Adakah anda berdua sebersih bersih nya seperti kapas atau sebaliknya. Jgn kita hanya menilai seseorang itu dari luaran sahaja tapi kita kena nilai juga dari dalaman juga seprti kata pepatah inggeris.

    BalasPadam
  6. Kelakar bangang pencacai Isa Samad...

    BalasPadam